Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 4 Ogos 2008

PERJUANGKAN ISLAM : DIMANAKAH KITA ??

assalamualaikum dan salam sejahtera.pada hari ini saya nak bawa tumpuan dan skop perbincangan pada topik Islam dalam bentuk mana yang selayaknya diperjuangkan. dewasa kini kita sering kali dihidangkan dengan pelbagai isu yang banyak dikautkan dengan islam malahan ada yang beranggapan ianya salah satu daripada ideologi yang bakal menggemparkan dunia pada masa akan datang.

tak ketinggalan dengan apa yang berlaku ditanahair malaysiaku yang tercinta. Ada golongan yang berplatformkan islam tetapi ada juga yang cuma menamakan islam tapi tidak bernafsu untuk melaksanakan islam.Ada pulak yang suka menjadikan islam itu umpama jambatan atau pun mempergunakan islam untuk meraih populariti seperti yang banyak dilakukan pada kebelakangan ini. Tapi pernahkah kita terfikir mengenai hadaf kita yang sebenar dalam melaksanakan islam dalam kehidupan kita ?? adakah hanya cukup menyatakan bahawa aku seorang muslim sahaja atau dengan menonjolkan sesuatu yang boleh menampakkan diri seseorang hingga dia dikenali sebagai seorang islam.

sahabat Nabi SAW yang mendapat didikan terus dari rasulullah SAW sendiri tidak tergamak untuk mengatakan dia islam jika dia tidak mengamalkanya. Jadi persoalannya sekarang ini dimana kita sebenarnya. Islam yang bagaimana yang ingin kita perjuangkan. Imam As-Syahid Hassan Al-Banna pernah menyatakan dulu dalam kitabnya Majmu'Rasail li Ikhwanul Musliminbahawa golongan yang memperjuangkan islam ada tiga golongan yang pertama golongan yang ikhlas memperjuangkan islam selama-lamanya. maksudnya mereka berjuang dengan hanya mengharapkan redha serta pahala dari Allah.berbeza pula dengan golongan yang kedua yang hanya menyokong perjuangan menegakkan islam tapi kurang memberikan komitmen yang sepatutnya dalam memperjuangkan islam.

Golongan ini banyak dilihat khususnya dalam kategori golongan agamawan yang banyak terdapat di sekolah-sekolah rendah , menengah dan juga dalam jabatan-jabatan kerajaan berbanding dengan yang bekerja secara swasta atau kilang-kilang.yang berani untuk menanggung resiko. Golongan yang ketiga pula golongan yang suka mengambil kesempatan atau yang mempunyai agenda atau matlamat tersendiri.Golongan ini kerap kali berubah hadap atau tujuan apabila bersama dengan sesuatu golongan atau kita boleh istilahkan seperti sesumpah atau iguana yang suka bersalin kulit mengikut keadaan atau suasana. Dalam islam golongan yang suka bermuka muka ini kita boleh katakan golongan yang munafiq.

Golongan yang seperti abdullah bin ubai bin salul serta yang sama waktu dengannya yang terdapat dalam negara kita ini hanyalah umpama bisul yang dah cukup parah dengan nanah yang hanya menanti peluang saja untuk meletuskan nanah kemusnahan yang busuk lagi membusukkan. tidak kurang dari itu mereka menghamburkan pelbagai prasangka buruk terhadap kepimpinan ulama yang ikhlas untuk mendaulatkan islam. Golongan yang seperti ini tak usahlah kita harapkan sangat untuk membela islam sedangkan diri mereka sendiri tidak terbela inikan pula hendak membela orang lain.

Golongan yang keempat pula adalah golongan yang menentang habis-habisan terhadap islam. golongan yang seperti ini tidak layak diajak untuk berbincang atau pun diadakan pertemuan andaikata natijah yang yang bakal diperolehi hanyalah kata-kata nista serta tong kosong yang tiada nilainya. Oleh itu , agak-agak dimanakah tahap kita sebenarnya. Ukur Iman dan Amal di badan sendiri. insya Allah kita akan sambung lagi akan datang. Salam Perjuangan

Tiada ulasan: