Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 26 Ogos 2008

KAEDAH NAK HINA UMAT ISLAM BAKAL BERMULA

Berbeza dengan sebuah persatuan pelajar Islam yang menganggap penampilan dan muzik Avril Lavigne, Pemuda PAS tetap menyifatkan penyanyi punk pop itu "mengghairahkan dan seksi." Timbalan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan tidak bersetuju dengan pandangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) semalam.
"Dalam video klip di televisyen, Avril adalah penyanyi yang memaparkan tarian mengghairahkan. "Avril adalah penyanyi seksi dan penampilannya, saya anggap, sebaris dengan Mariah Carey," katanya kepada Malaysiakini, diminta mengulas presiden PKPIM Mohd Hilmi Ramli yang berpendapat "lebih baik sedikit daripada artis-artis luar negara" yang pernah membuat persembahan di Malaysia."Lagu-lagunya tidak membentuk etika dan moral yang baik, leka dan melalaikan," kata Nasrudin. Kalau generasi muda ingin berhibur, tambahnya, masih ada artis lain yang tidak keterlaluan, berpakaian tidak seksi dan tidak menampilkan gerak-geri yang merangsangkan nafsu serta lagu-lagu yang tidak memuja wanita dan dadah."Pemuda PAS tidak ada halangan, tidak jumud untuk menerimanya (artis sedemikian)," katanya.
Nasrudin bagaimanapun enggan menamakan artis dan kumpulan seniman yang dimaksudkannya.Konsert penyanyi muda kelahiran Kanada itu yang dijadualkan diadakan Jumaat ini tidak sesuai diadakan pada Jumaat ini dengan alasan ia tidak menghormati kedatangan Ramadhan yang akan bermula awal bulan depan.Menurut Nasrudin, Dewan Pemuda PAS bagaimanapun tidak akan berdemonstrasi membantah konsert itu di Stadium Merdeka. Sebaliknya, mereka akan hadir di luar pintu masuk pada hari konsert untuk mengedarkan risalah "untuk menasihati pengunjung agar membatalkan hasrat mereka" menontonnya.
KOMEN :
sahabat-sahabat sekalian .. inilah yang disukai oleh kerajaan barisan nasional dalam meraikan hari kemerdekaan yang ke 51. Mereka yang merancang agenda ini bukan tak tau dah masuk bulan ramadhan dan nampak sangat yang mereka nie sebenarnya belum merdeka.

Tiada ulasan: