Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 26 Julai 2008

TAK PERLU MUZAKARAH TAPI MUHASABAH

assalamualaikum ...
apa kabar semua ?? alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk terus menerus melaksanakan tanggungjawab dakwah yang dipikulkan diatas bahu ini. insya Allah saya akan cuba melaksanakan mengikut kemampuan saya sendiri.
topik yang saya ingin bicarakan kali ini ialah mengenai senario yang berlaku dalam siasah negara kita yang tercinta , malaysia yang mana dihangatkan dengan isu muzakarah dan muqabalah yang ingin sangat dilakukan dan dilaksanakan oleh pihak pemerintah. disini saya ingin mengajak sahabat untuk memahami maksud sebenar muzakarah dan muqabalah serta perkara yang tidak kurang pentingnya bagi kita sebagai seorang yang beragama islam.
muzakarah dari segi bahasa arab membawa pertemuan atau perbincangan dengan membabitkan beberapa orang berdasarkan kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan objektif sebenar atau kita kata sebagai motif dan hadaf. manakala muqabalah pula adalah pertemuan biasa sepertimana yang dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama Pas Pusat.
pada pandangan saya sendiri saya tak nampak sebab utama yang memestikan umno sebagai parti yang memerintah negara dengan simple majoriti untuk mengadakan muzakarah dengan Pas sedangkan sebelum ini pun pernah dicadangkan tetapi ditolak oleh UMNO sendiri apabila beroleh kemenangan besar. saya bukan bermaksud untuk menyokong mana-mana pihak tetapi saya tetap menyokong mana-mana pihak yang inginkan islam yang sebenar. ingat kah saudara mengenai Kerajaan Campuran yang ditubuhkan oleh UMNO / BN + PAS semasa memerintah pada lingkungan tahun 70 -an dahulu apa yang berlaku. kini tindakan serupa cuba diulangi oleh pihak terbabit.
pada hemat saya, pimpinan Pas Pusat perlu cakna dan sedar mengenai perkara ini. sekadar mengingatkan sahaja supaya pisang tidak berbuah buat kali yang kedua. Sebaliknya bukan pas yang perlu buat muzakarah dengan umno tetapi Umno yang perlu buat muhasabah diatas segala yang telah dilakukan semasa menguasai negara ini. Sepatutnya dari dulu lagi dah fikir masalah yang menimpa ummat Islam khususnya yang berbangsa Melayu. Kadang sedih bila melihat keadaaan ini terus berlaku. Yang Murtad makin ramai, yang sosial nya pun lagi ramai.
Jadi apa yang perlu bukan buat muzakarah dan muqabalah tetapi buat muhasabah. Ini lebih penting. Saya tidak menolak cadangan pimpinan tertinggi yang inginkan muzakarah dan muqabalah tetapi perlu di ingatkan juga agar peristiwa majlis tahkim antara saidina Ali dan saidina Muawiyah bin Abi Sufyan tidak berulang kembali dan membawa kepada perpecahan kepada Ummat Islam secara keseluruhan.

Tiada ulasan: