Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 5 Julai 2008

REJAB BULAN TAUBAT

Definasi Taubat
Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.

( Surah Al – Muzammil - Ayat 20 )
Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :
1. Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
2. Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
3. Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.
4. Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
5. Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.


Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan manusia yang Ma’asum ( terpelihara daripada dosa ) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi.Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama. Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:
1. Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
2. Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .
3. Meningkatkan ketaqwaan diri.
4. Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat.
5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: