Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 15 Julai 2008

PENCADANG YANG HAMBAR DAN TAK KONSISTEN

Assalamualaikum ..dan salam ukhuwah buat semua teman yang mengunjungi blog saya ini. malam nie rasanya macam malas jer nak cerita apa -apa tapi menjelang jam 6.00 petang tadi salah seorang dari sahabat saya telah mengirimkan sms yang mengatakan " Jangan Lupa Tonton Debat Minyak kat saluran Astro Awani Malam nie". selepas itu saya telah mengunci jam tepat jam 9.00 malam. Hajat dihati nak tengok apa yang bakal diperdebatkan pada malam ini.
Tepat jam 9.00 malam bermulalah debat yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur antara Yb Datuk Ahmad Shabery Chek, Menteri Penerangan Malaysia dengan Yang Berbahagia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan topik "Hari ini Bentuk Kerajaan , Esok Turun harga Minyak". Bagi saya tajuk yang diperbincangkan memang cukup menarik perhatian ramai disebabkan sekarang nie memang heboh diperkatakan mengenai kenaikan harga minyak diseluruh negara dan dunia amnya. Tapi yang cukup tak menarik bagi saya ialah mengenai pendebat yang mewakili kerajaan atau dalam istilah bebudak sekolah menengah "pasukan Pencadang" yang kurang menyerlah. ini bukan bermaksud untuk memperkecil-kecilkan orang yang sedia ada kecil tetapi apa yang dilontarkan oleh Yb Datuk Ahmad Shabery seolah-olah melencong daripada soalan yang ditanya. Lain yang ditanya lain yang dijawab.
selain dari itu kita sendiri dapat lihat bagaimana pihak yang mewakili suara kerajaan tersebut lebih banyak mengajukan soalan yang berbaur serangan terhadap peribadi pihak lawan. Bukankah ini gaya orang yang tidak gentleman dan berwibawa. Sepatutnya pihak yang ditanya menjawab soalan yang diberikan dengan jawapan yang bernas dan terang. Kita tidak dapat nak menafikan kewibawaan menteri yang dilantik memegang portfolio dalam kerajaan tetapi bagi saya, jawapan yang diberikan perlulah jelas dan mudah difahami dan bukan memutarbelitkan fakta yang diberikan.
jika nak kata saya ini pandai dalam bidang ekonomi, saya akui yang saya kurang arif walaupun sebelum ini pernah belajar mengenainya disekolah, tetapi apa yang saya ingin perkatakan mengenai jawapan yang diberikan kurang menepati kehendak soalan yang diberikan dan boleh saya katakan pendebat dari kalangan pelajar sekolah menengah lagi handal dan bersemangat dalam berdebat. Antara contoh pendebat yang saya cukup kagumi dari segala segi di tanahair kita Malaysia ini, ialah YB Haji Mahfuz Omar, YB Salehuddin bin Ayob dan tak ketinggalan Che' Mat (Haji Mohamad Sabu). Ini kerana mereka banyak mengemukakan fakta yang jelas dan padat serta mudah untuk difahami.
Saya bukanlah hendak mengatakan bahawa tiada kelebihan dari pihak pencadang tetapi kebanyakan jawapan yang diberikan tersasar,dan ini yang menyebabkan apa yang diperkatakan tidak capai hadaf dan matlamat yang sebenar. Nampak gaya, wakil bagi pihak pencadang kena lebih banyak belajar lagi dalam menggunakan fakta serta mengaitkan dengan keadaan semasa supaya jawapan yang diberikan jelas dan tidak sukar untuk difahami. ok wassalam

1 ulasan:

Letting the time pass me by berkata...

Sepatutnya Anwar dapat melaukkan Shabery, tetapi saya nampak, Anwar pun kadangkala goyah dengan serangan Shabery.. Anwar mempunyai segala macam advantage didalam debat ini...

Syabas kepada Shabery kerana berani berdebat dalam isu yang sangat-sangat disadvantage pada beliau.. Pada saya, Shabery tetap menang... It is a win-win situation for him...Dia seorang "novis" melawan seorang "expert"...

Dia berjaya berdepan dengan Anwar didalam isu debat yang sangat-sangat berat sebelah.. Mana ade orang yang sokong harga minyak naik... Jadi kemenangan sudah tentu pada pihak Anwar... tetapi Anwar sebaliknya gagal memberikan pukulan KO kepada Shabery dan BN..

Tapi harga minyak pun tetap kekal.. tak turun pun.. jadi apa guna kalau Anwar menang debat nie? Sekadar menang sorak aje ke?