Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 5 Julai 2008

GUNA TENTERA : JELAS DARURAT MAKIN HAMPIR

27 NGO bantah guna tentera kawal perhimpunan.
Sebanyak 27 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan kerajaan untuk mengerahkan anggota tentera membantu polis mengawal ketenteraman awam sewaktu perhimpunan awam diadakan - sama ada yang dijadualkan Ahad ini atau yang akan datang. Dalam satu kenyataan bersama, mereka menyifatkan cadangan tersebut akan memberi gambaran yang salah kepada rakyat Malaysia dan dunia amnya, seolah-olah negara dalam keadaan krisis atau berdepan dengan perpecahan.Malah, tegas mereka, perhimpunan-perhimpunan yang diadakan sebelum ini berjalan secara aman tanpa perlu kehadiran anggota tentera.Menurut mereka lagi, ia juga menunjukkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini bahawa keadaan keselamatan di negara ini adalah terkawal, tidak begitu meyakinkan. "Ini akan menimbulkan keraguan mengenai kemampuan perdana menteri untuk memberi kepimpinan yang positif dan kemungkinan ada anasir dalam kerajaannya yang cuba memberi gambaran seolah-olah timbul keadaan tidak stabil untuk mencapai agenda politik mereka," tambah kenyataan tersebut.Menurut mereka lagi, sejak pilihanraya umum 8 Mac lalu, negara sedang menujuk ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang lebih demokratik."Kewujudan sebuah negara yang bebas dan adil serta mengamalkan demokrasi terbuka, adalah amat penting bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan yang berterusan. "Suasana itu, akan mewujudkan kehidupan yang harmoni, mengukuhkan keyakinan pelabur dan kemakmuran negara," tegas mereka lagi.Hadir di sidang akhbar mengenai perkara itu ialah wakil-wakil NGO terbabit, antaranya Pengerusi Institut Nasional bagi Integriti Pilihanraya (NIEI), Pengarah Eksekutif Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah; Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez; Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng dan Setiausaha Persatuan Wanita Selangor, Suguna Papachan.Sementara itu, Irene berkata, penggunaan pasukan tentera untuk mengawal perhimpunan aman, akan hanya mewujudkan rasa ketakutan di kalangan rakyat.Manakala Ivy pula berkata pihaknya akan menyerahkan kenyataan bersama tersebut kepada ahli-ahli Parlimen supaya membantah cadangan untuk mengerahkan anggota tentera mengawal ketenteraman awam.
ULASAN :
apabila pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan mengenai kerjasama yang bakal terjalin diantara PDRM dan ATM seolah-olah menggambarkan pada kita betapa kerajaan kini terdesak dalam menjaga keamanan negara. Jika ini berlaku seolah-olah slogan yang dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu hanyalah omongan kosong yang mengaburi pandangan mata rakyat marhaen dimalaysia. Jika kita sorot kembali apa yang dilaungkan dalam slogam BN pada pilihanraya yang lalu yang menggunakan kata-kata "Selamat Aman dan Makmur" , pada pandangan saya ini tidak tepat. Ini kerana apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh TPM untuk mengadakan kerjasama menjaga keamanan negara seolah-olah negara kita ini masih dalam keadaan darurat dan sepatutnya kerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan sementara.
Saya berpendapat pihak yang berwajib perlu semak semula dan cuba fahami bidang tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Jika PDRM tugasnya menjaga keamanan negara maka tugas itu yang perlu dilaksanakan dan bukan melibatkan pihak lain. Kita tidak nafikan mengenai amarah rakyat terhadap kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat tapi sewajarnya penerangan yang jelas perlu diberikan dan kerajaan perlu telus dalam menjalankan tanggungjawab dan bukan membaling batu sembunyi tangan.

Tiada ulasan: