Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 5 Julai 2008

ADEGAN BUDAK JOLAI BERLAKU MANA KECAKNAAN KITA ??

TAMPIN: Selepas tiga individu, termasuk peneroka berusia 52 tahun dari gugusan Felda Jelai, dekat sini ditahan polis kerana terbabit dengan rakaman adegan seks menggunakan telefon bimbit bertajuk 'Budak Jolai', Mei lalu, tanah rancangan itu tercemar lagi apabila seorang remaja lelaki dan pasangannya yang baru berusia 14 tahun ditahan kerana aktiviti sama. Remaja berusia 18 tahun dari Felda Jelai Empat itu dipercayai merakam sendiri adegan seksnya bersama gadis dari Felda Jelai Tiga, tetapi rakaman terbabit tidak sempat disebarkan seperti yang berlaku pada adegan 'Budak Jolai' kerana perbuatan mereka dapat dihidu penduduk kampung. Menurut sumber, sebaik menyedari kejadian itu, penduduk kampung meminta bantuan polis yang kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Felda Jelai Empat, kelmarin sebelum menahan remaja berkenaan yang mengaku melakukan hubungan seks dengan gadis terbabit dan merakamkannya dalam telefon bimbit miliknya.

Polis kemudian ke rumah gadis berkenaan dan turut merujuk kes pasangan terbabit ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) untuk siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana melakukan persetubuhan haram. Berikutan kejadian itu, kakak kepada gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Gemas, kira-kira jam 3.30 pagi semalam mendakwa adik perempuannya dirogol remaja berkenaan. Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan itu dan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Katanya, remaja itu kini ditahan di Balai Polis Tampin untuk siasatan lanjut, manakala gadis terbabit dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan. Gugusan tanah rancangan itu sebelum ini gempar apabila seorang peneroka dari Felda Jelai Tiga serta pasangannya berusia 21 tahun dari Felda Jelai Empat ditahan polis hujung Mei lalu kerana terbabit rakaman adegan seks menggunakan telefon bimbit bertajuk 'Budak Jolai'. Turut ditahan, seorang pemuda berusia 21 tahun berasal dari Felda Jelai Tiga yang bertindak selaku jurukamera rakaman adegan di sebuah pondok dalam kawasan kebun getah itu, tetapi mereka dibebaskan dengan jaminan polis yang masih menyiasat kes berkenaan.
ulasan :
saya nampak budak buat benda nie sememangnya tak de perasaan malu langsung. Dahlah tu yang buat dengan dia nie pun setarap ngan Bapak dia pulah tu. Agak-agak mana maruah mereka sebagai seorang yang beragama islam. Adakah dah sampai nyawa dihalqum baru nak bertobat nasuha ?? dan apa pula tindakan yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Bahagian Penguatkuasaan ?? makan gaji buta kah mereka atau tak cukup kakitangan ?? Pada pendapat saya kalau dah tak cukup kakitangan kenapa tak tambah ?? dan kenapa pengambilan SPA untuk pegawai penguatkuasa diketatkan sampai bilangan yang memohon ramai tapi yang dapat kurang . kalau keadaan ini dibiarkan tak mustahil negara kita ini akan melahirkan banyak anak-anak yang tak sah taraf. Di Melaka sahaja anak yang tak sah taraf dah 151 kes pada tahun ini. Gejala yang Sangat Sial pula berlaku dengan cepat tanpa pencegahan dan pengawasan.
Jelaslah pada kita sekarang bahawa semua agensi agama khususnya bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeti-Negeti di Malaysia di tahap yang paling menyedihkan (low class) dan bukan ditaraf profesional.

Tiada ulasan: