Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 28 Jun 2008

ALAHAI SUNGAI MELAKA

assalamualaikum... salam ukhuwah
lama rasanya tak menulis entry sendiri, almaklum nak kejar masa zaman sekarang nie tak sama macam zaman dulu. kat sini saya bukan nak sembang kosong tapi nak ajak sahabat-sahabat fikir pasal sungai . mungkin ada yang kata ..apelah dah tak der tajuk lain nak bincang ker?? sebenarnya kita kena fikir panjang sebab sungai adalah anugerah Allah SWT . kalau tak der sungai tak merasa kita nak makan ikan air tawar kan .. yang kaki ngail tak der 'can' nak ngail dan bebudak pun tak kan dapat merasa macammana seronoknya mandi di sungai yang bersih dan cantik.

sungai serkam yang ditumbuhi lalang

Kerajaan sebelum nie pun dok sibuk buat kempen cintai sungai kita tapi yang jadi persoalan kepada kita sejauh mana keberkesanan kempen yang dijalankan dan sejauhmana kesedaran dan keperihatinan yang ditunjukkan oleh rakyat malasyia khususnya di melaka mengenai pentingnya penjagaan sungai yang bersih. Kalau tak silap saya dua bulan lepas telah dilancarkan pesta sungai melaka dan lebih 3 bilion dibelanjakan untuk membersihkan sungai melaka yang dikatakan boleh menarik pelancong untuk datang ke Melaka.


YAB Ketua Menteri Melaka juga pernah menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menjadikan sungai melaka seumpama sungai vennis di itali. Tu kisah sungai Melaka yang selalu dibanggakan. Tapi apa cerita pula dengan sungai sungai yang lain di Melaka ?? Sebagai contoh sungai serkam dan sungai Chohong yangpernah menjadi nadi penghubung antara satu komuniti dengan satu komuniti yang lain. kenapa ini tidak diambil kira oleh pihak kerajaan ?? bukankah ini satu pembaziran dalam belanjawan negeri ??

Pada pandangan saya, ini adalah satu perkara yang tidakwajar memandangkan keadaan yang semakin tidak menentu dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh kerajaan. kalau dinilai kembali apa yangdiperhatikan, saya mendapati pihak yang terbabit tidak sepatutnya memberikan tunpuan kepada sebatang sungai sahaja. oleh kerana sungai tu ada sejarah , jadi peruntukan penjagaan sungai hanya tertumpu pada sungai itu sahaja. kalau nak dikirakan banyak lagi sungai-sungai yang mempunyai sejarah tersendiri tapi ianyanya dipandang remeh dan tidak diambil kira.rasanya kalau sungai-sungai tersebut dah tak terurus dan tak dijaga dengan baik elok rasanya jika ditebusguna daripada mendatangkan masalah penyakit yang boleh merebak disebabkan kekotoran air dan sisa buangan serta kumbahan yang disalurkan kesungai. akhirnya yang terima akibatnya penduduk kampung berkenaan. bukankah ini boleh membawa kepada banjir yang berlarutan ?? atau jika kita masih sayangkan sungai kita maka kita kena jaga dengan sebaiknya. Jadikan tempat yang boleh digunakan untuk beriadhah dan sebagainya dan bukankah itu akan memberikan manfaat pada semua selain menghindarkan penyakit .Jagalah semua jangan tumpu pada satu saja ....,so LU Fikir Lah SEnDiri !!

Tiada ulasan: