Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 15 Mei 2008

SAMPAH PUN JADI MANGSA ??

LONDON: Kerajaan Britain berhasrat mewajibkan pengutip sampah menyelongkar tong sampah rumah warga Muslim di sekurang-kurangnya 17 bandar, termasuk di London bagi mengesan sebarang bahan mencurigakan yang dikaitkan dengan keganasan. Seramai dua juta penduduk Muslim mendiami Britain dan masyarakat minoriti itu menjadi sasaran utama sejak kejadian pengeboman pada 7/7 yang mencetuskan senario kebencian atau fobia terhadap Islam. Cadangan yang dikemukakan pegawai majlis tempatan, lapor media tempatan, disifatkan sebagai cubaan mengheret tugasan intipan ke tangan pekerja majlis berkenaan. “Kami diminta mengintip penduduk dengan memastikan pengutip sampah menyelongkar sampah sarap rumah Muslim,” akui Pengerusi Majlis Perbandaran Bradford, Kris Hopkins. Malah, lapor akhbar Daily Mail, sejumlah 17 pihak berkuasa tempatan termasuk Bradford, Manchester, Oldham, Leicester dan empat kawasan London yang semuanya merangkumi penempatan besar masyarakat Muslim, sudah dimaklumkan mengenai pelan intipan berkenaan. Majlis tempatan itu diminta memastikan petugas yang bekerja mengutip sampah, menggeledah tong sampah Muslim bagi mencari sebarang bahan yang boleh dikaitkan dengan kumpulan pengganas. Pelan itu didedahkan kepada pihak majlis tempatan terbabit dalam satu mesyuarat sulit di tengah London yang dianjurkan Jabatan Masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan (DCLG). Malah, mesyuarat itu turut dihadiri barisan menteri berkaitan serta Ketua Polis.Berikutan pendedahan itu, jabatan terbabit cuba mengelak daripada kerajaan, khususnya menteri terbabit, Ruth Kelly, dipersalahkan. “Ia bukannya arahan Kelly mahu pun pegawainya yang lain, tetapi dibuat pihak polis,” kata pegawai jabatan itu. Cadangan itu juga goyah selepas pihak majlis tempatan, enggan bekerjasama. “Saya dan beberapa yang lain enggan melakukan usaha intipan sedemikian,” kata Robert Light, Pengerusi Majlis Tempatan Kirklees di Yorkshire Barat. Beberapa pegawai lain turut menyelar cadangan itu sebagai merepek dan boleh menjejaskan perhubungan dengan masyarakat Muslim. “Tugas kami merapatkan masyarakat dan membantu mereka bukannya membuat kerja-kerja kotor bagi pihak perisikan MI5.” - Agensi Sumber: Berita Harian 22/04/08
Ulasan:
Beginilah betapa prejudisnya kuffar Barat terhadap umat Islam, sehinggakan sampah-sampah yang dibuang oleh kaum Muslimin pun ingin diperiksanya. Benarlah firman Allah bahawa, “...telah nyata kebencian dari mulut-mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi...” [TMQ Ali-Imran (3):118]Apa yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Britain ini menunjukkan kepada kita bahawa propaganda ‘war on terror’ yang dilancarkan Barat ke atas umat Islam sebenarnya tidak pernah padam. Apabila berhadapan dengan orang yang bergelar Muslim, mereka telah pun menetapkan sikap berhati-hati dan sentiasa tertanam dalam benak mereka bahawa kita (Muslim) adalah pengganas. Inilah sikap pemimpin kuffar.Malangnya bagi pemimpin Islam pula, mereka sedikit pun tidak menaruh prasangka kepada kuffar Barat, malah sebaliknya mereka berusaha untuk berbaik dengan Barat dan sering melaungkan dialog dalam rangka merapatkan hubungan dengan kuffar Barat. Selagi kuffar Barat ini tidak dikalahkan, selagi itulah kesombongan dan kejahatan mereka ke atas umat Islam tidak akan luntur. Allah swt mengingatkan kita,“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” [TMQ al-Baqarah:120].“..mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu” [TMQ al-Baqarah (2):217].Sesungguhnya kehinaan akan terus menimpa umat Islam jika mereka tidak mengambil hukum Allah secara kaffah. Dan hukum Allah secara kaffah ini pastinya tidak akan tertegak kecuali umat Islam mempunyai sebuah negara (Daulah Khilafah) yang akan menerapkannya dan negara Khilafah itu nanti akan melancarkan dakwah dan jihad ke atas kuffar Barat yang memusuhi Islam selama ini. Hanya dengan ini sahajalah kemuliaan akan kembali ke tangan umat Muhammad. Justeru, untuk kembali meraih semula kemuliaan, umat Islam hendaklah masuk ke dalam agama Allah secara keseluruhan dan tidak hanya mengambil sebahagian hukum Allah dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman Allah,“...Apakah kamu hanya beriman kepada sebahagian Kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat kelak mereka akan dikembalikan kepada azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” [TMQ al-Baqarah (2):85]

Tiada ulasan: