Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 15 Mei 2008

ISLAM DIHINA MELAYU TAK HERAN

PULAU PINANG 8 Mei - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad). Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini. Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, memutuskan demikian setelah mendapati plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu. Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah. Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Siti Fatimah yang dilihat berbaju merah jambu dan berskirt hitam diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Jailani Abdul Ghani.Pada 10 Julai 2006, wanita itu memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan. Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004. Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab. Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.Dalam pada itu, sebelum mengumumkan keputusan, Hakim Othman kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf. ''Sepatutnya MAIPP perlu menyelia dan membimbing golongan yang baru masuk Islam. ''Kalau tidak buat macam itu, dikhuatiri akan wujud lebih banyak kes-kes sebegini,'' katanya. Tambahnya, murtad boleh berlaku berlandaskan tiga perkara iaitu melalui perbuatan, pertuturan dan iktikad yang menyimpang daripada ajaran Islam. Peguam syarie yang mewakili MAIPP, Ahmad Munawir Abdul Aziz memaklumkan kepada hakim bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang.
Sumber : Utusan Malaysia Online
Ulasan :Inilah penghinaan terbesar bagi umat Islam! Institusi kehakiman Islam telah menconteng arang ke muka mereka sendiri. Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mencatat sejarah pertama di negara ini dengan membenarkan permintaan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah untuk keluar daripada Islam. Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang benar-benar telah melanggar perintah Allah! Apakah hak mereka untuk membenarkan seseorang muslim keluar daripada Islam? Bukankah Islam telah menetapkan tatacara yang jelas bagaimana hendak menangani orang-orang Islam yang hendak murtad? Allah SWT sekali-kali tidak membenarkan mana-mana orang Islam untuk murtad kerana jika mereka masih berkeras untuk murtad meskipun setelah dinasihati dan diberi peluang untuk bertaubat, mereka tidak lagi layak untuk hidup dan hukuman bagi mereka adalah dibunuh. Hadis dari Ibnu Abbas, di mana katanya, Rasulullah saw bersabda,"Siapa sahaja yang menukar agama (Islam)nya, maka bunuhlah dia"Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Sudah tentulah kes ini akan menjadi rujukan kepada kes-kes lain yang akan datang. Pintu untuk murtad kini sudah dibuka, dan adakah kita masih ingin terus menjadi saksi tanpa mengambil apa-apa tindakan? Dualisme di dalam sistem perundangan kufur yang ada pada hari ini menjadi bukti empirik yang nyata betapa jauhnya kita daripada sistem perundangan Islam yang sebenar.Musuh-musuh Allah di luar sana sudahpun tersenyum lebar. Selama ini mereka amat menanti-nantikan keputusan untuk murtad memihak kepada mereka dan kini, pelbagai pujian telahpun dihamburkan mengenai ’keadilan’ Mahkamah Tinggi Syariah di negara ini. Hakikatnya, pujian itu adalah penghinaan terbesar bagi kita. Sesungguhnya kaum Muslimin akan terus tersepit dengan situasi seperti ini selama mana sistem sekular kufur masih dijadikan tuntunan. Wahai kaum Muslimin! Detikan waktu bagi kehancuran sistem kuffar sudah mendekati penghujungnya. Kini adalah masanya untuk kita bangkit dan bersama-sama menerapkan syariat Islam secara kaffah dan menggantikan sistem kufur yang sempit ini dengan sistem yang akan benar-benar membawa kesejahteraan dan keadilan!

Tiada ulasan: