Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 7 April 2008

RASULULLAH SEBAGAI IKUTAN

ALHAMDULILLAH dengan nikmat kehidupan kurniaan Allah bersua lagi kita kali ini untuk hidup berpandukan Rasulullah s.a.w sebagai ikutan. Selepas iman dan akidah kepada Allah terbina sebagai asas dan tapak, pengukuhan iman seorang Muslim diperteguhkan lagi dengan iman kepada Rasulullah.Jika beriman kepada Allah penuh yakin dan percaya, beriman dengan Rasulullah ikut apa yang nabi buat dan suruh.Sebab itulah nabi diutuskan kepada manusia dalam bentuk manusia. Jika malaikat menjadi nabi, susah hendak diikut. Malaikat tidak makan, tidak minum dan tidak berkahwin. Nabi sebagai manusia perangai kemanusiaannya adalah ikutan kita. Kemanusiaan Rasulullah berlandaskan wahyu Allah. Semua orang makan, tetapi jika makan mengikut cara nabi akan menjadi ibadat. Begitu juga berkahwin, nabi ajar cara perkahwinan yang betul, malah dalam hiburan nabi mengajar cara berhibur yang betul.Manusia suka kepada hiburan. Rasulullah mengajar kita cara hiburan yang betul. Pendek kata kedatangan Rasulullah untuk memanusiakan manusia dan hidup berpandukan kehendak Tuhan.
Remaja memang mudah mengikut dan terikut-ikut. Sebab itu remaja yang tiada prinsip mudah dipengaruhi dan terpengaruh. Biasanya remaja mudah terikut kerana ke cantikan atau ketampanan, kehebatan dan mengejar glamor.Sememangnya Nabi Muhammad s.a.w yang patut diikuti dan disayangi serta dipatuhi sebab pada nabi ada sega la-galanya. Bagindalah paling kacak dan paling hebat. Cuma kita saja tidak tahu kerana tidak membaca secara mendalam perjalanan sirah Baginda, malah jika membacanya pun hanya sambil lalu saja.Menurut Napeleon Hill dan Robert T Kayosaki: “Jika kita mahu berjaya kita mesti mengenali orang yang paling berjaya dalam hidup, kita baca biografinya, pelajari perjalanannya menuju ke puncak, kejayaannya,strateginya dan bagaimana dia menghadapi halangan. Se makin mengidolakan kita kepada seorang yang sukses, kian berminat kita mengikutinya.”Apa lagi Nabi Muhammad yang berjaya serba-serbi. Bayi yang baru lahir pun sebelum mendengar lagu seperti 'Ke ranamu' atau 'Jalur Gemilang', mesti terlebih dulu mendengar lagu kejayaan, iaitu 'azan'.Dalam intipati azan, pertama yang mesti disembah ialah Allah, kedua ikut dua kalimah syahadah dan ketiga Nabi Muhammad s.a.w dijadikan contoh teladan untuk cemerlang. Berbangga dengan nabi baru boleh ikut. Nabi Muhammad s.a.w cemerlang dalam pelbagai dimensi. Ada nabi lain tidak sempat menjadi bapa seperti Nabi Isa a.s. Ada nabi yang tidak sempat ada pasukan tentera, ada yang tidak sempat mempunyai negara malah syariat rasul ter dahulu terbatal dengan kedatangan syariat Baginda.Cerita nabi lengkap daripada mula lahir, ketika kanak-ka nak, remaja, dewasa sehingga tua dan wafat. Kehebatan Nabi Muhammad terserlah. Dalam semua kitab agama terdahulu terkandung cerita mengenai Nabi Muhammad, dalam Bible, dalam kitab Hindu lama Veda dan Parana, malah dalam kitab Buddhapun ada tercatat mengenai Baginda.Pernyataan Michael H Hart dalam bukunya 'The 100 Ranking of the Most Influential Person in History' memilih Nabi Muhammad sebagai orang paling berjaya dan ber pengaruh dalam dua bidang, iaitu keagamaan (spiritual) dan keduniaan.Daripada orang biasa, baginda mengasas dan mengem bangkan satu agama terhebat di dunia dan menjadi pemimpin agama dan politik yang unggul sehingga hari ini, 14 abad selepas kewafatan baginda.Kehebatan Rasulullah nyata diakui musuhnya sendiri. Jika orang bukan Islam mengakui kehebatan Rasulullah, apatah lagi kita yang mengisytiharkan beriman kepada Rasulullah mahu menjadi umatnya,lebih-lebih lagi menjadi pengikutnya.Biar orang lain membaca sejarah, sepatutnya kita yang mencipta sejarah. Kepada remaja, ulangi sejarah cemerlang Nabi Muhammad, jadikannya sebagai contoh ikutan.

Tiada ulasan: