Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 9 April 2008

BALIKLAH PADA ISLAM ..

Pengguna Islam digesa boikot barangan BelandaKUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan bekerjasama dengan anggota Majlis Permuafakatan Antara NGO (Mapan) dan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa pengguna Islam di negara ini melancarkan kempen boikot terpilih produk keluaran Belanda.Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata pemulauan itu adalah tanda bantahan terhadap tindakan salah seorang anggota Parlimen Belanda, Greert Wilders mengeluarkan sebuah filem pendek yang secara terang-terangan menghina Islam bertajuk 'Fitna' menerusi Internet."Boikot terpilih ini adalah usaha kita menyuarakan bantahan secara aman terhadap perhinaan dan provokasi terhadap Islam."Tiada gunanya kita bersikap agresif tetapi kita perlu bangkit menyuarakan bantahan untuk mempertahankan hak dan maruah umat Islam dengan bijaksana," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin. Noor Nirwandy berkata produk-produk terpilih keluaran Belanda yang perlu diboikot termasuk minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove.Katanya, pasaraya Mydin akan bekerjasama meletakkan tanda produk keluaran Belanda yang dijual di pasar raya itu bagi membolehkan pengguna mengenal pasti produk tersebut."PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas kepada mereka supaya tidak mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam selain belajar menghormati sesama manusia," katanya.
BERNAMA
Sumber: mSTAR online 31/03/08
Ulasan: Sudah terlalu banyak penghinaan yang dilakukan oleh pihak kufar Barat kepada Islam dan umat Islam. Sudah berapa kali agama Islam dihina, Rasulullah SAW dihina dan kini al-Quran pula dihina. Kebencian orang-orang kafir kepada Islam sesungguhnya tidak akan pudar sampai bila-bila. Firman Allah, “...Telah nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. [TMQ Ali Imran (3):118]. Malangnya umat Islam itu sendiri yang masih tidak sedar akan hakikat ini dan hanya memilih ‘jalan aman’. Walhal jalan aman ini tidak pernah berkesan dan jalan aman inilah yang menyebabkan golongan kuffar ini terus berani menghina Islam. Memboikot barangan keluaran Belanda memanglah wajar dalam keadaan ini. Tapi apa yang umat Islam perlu fikirkan dengan lebih mendalam adalah, apakah cukup sekadar boikot? Setiap kali negara kufur menghina Islam maka barangan mereka diboikot, setelah agak lama, isu ini sepi semula dan barangan tersebut dibeli semula. Inilah yang terjadi atau dilakukan secara berulang-ulang oleh umat Islam, hakikatnya KFC masih terus wujud, McDonald masih terus beroperasi, Microsoft masih terus digunakan, handphone buatan Amerika dan Israel semakin laris dan sebagainya.Justeru, berkesankah (untuk menghentikan penghinaan ini) dengan hanya sekadar memboikot barangan, dan yang lebih penting, apakah (cara) ini yang dituntut oleh Allah untuk dilakukan oleh kaum Muslimin apabila agamaNya dihina? Amat melucukan juga apabila ingin memboikot, tapi hanya ditujukan kepada beberapa barangan yang terpilih sahaja. Inilah kekeliruan pemikiran yang ada pada umat Islam. Dalam memboikot barangan halal ini, sebahagian besar umat Islam tidak langsung memandang kepada produk-produk Barat yang jelas-jelas kufur seperti demokrasi, HAM, sekularisme, freedom, nation-state, pluralisme, feminisme dan seumpamanya. Produk haram inilah yang sepatutnya ditinggalkan oleh umat Islam.Bagi penguasa umat Islam pula, apakah yang mereka lakukan? Sekadar mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan menghina Islam? Di manakah kejantanan mereka? Atau kebaculan yang mereka zahirkan? Di manakah tentera-tentera mereka? Untuk apakah mereka simpan tentera-tentera ini jika bukan untuk jihad fi sabilillah menghapuskan orang-orang kafir yang menghina Islam? Apakah tentera-tentera ini sekadar diguna untuk berkhidmat menjadi pengaman di bawah naungan badan dan bendera kufur PBB?Bagi tentera kaum Muslimin, tidak mendidihkah darah kalian melihat agama Allah ini dihina? Tidak menggelegakkah darah kalian untuk mati di jalan Allah mempertahankan agama ini, yang mana syurga adalah balasan yang pasti bagi kalian? Kenapakah kalian masih tetap taat kepada pemerintah yang bacul yang memandulkan kalian semua dari jalan Allah?Telitilah apa yang pernah dilakukan oleh generasi awal Islam apabila Islam dan umat Islam dihina. Lupakah kita di zaman Khilafah Abbasiyyah di mana salah seorang Khalifahnya yang bernama Muktasim telah mengerah tentera Islam agar menyerang golongan kafir yang mengkhianati seorang perempuan Muslimah. Jeritan Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! yang keluar daripada mulut seorang perempuan itu disahut oleh Khalifah Muktasim dengan penghantaran tentera untuk menghapuskan kekuatan kufur yang menghina umat Islam.Maka, belum tibakah saatnya kita pada hari ini memerlukan seorang pemimpin (Khalifah) seperti Khalifah Muktasim yang berani mempertahankan Islam dan umat Islam agama Allah ini dihina oleh musuh-musuh Islam. Justeru, marilah kita melihat setiap isu yang berlaku terhadap Islam ini dengan pemikiran dan perasan yang Islami dan bukannya hanya dengan perasaan semata-mata. Rasa marah yang ada hendaklah disalurkan mengikut hukum syarak, bukan mengikut emosi semata-mata. Apakah hukum syarak terhadap orang yang menghina Islam, inilah yang perlu diambil oleh umat Islam. Jihad yang sewajibnya dilancarkan oleh negara adalah satu-satunya jalan untuk menutup mulut celupar sang kafir yang menghina kitab suci Al-Quran. Inilah perintah dari Allah SWT,“Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu), dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong” [TMQ at-Taubah (9):73-74].“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri” [TMQ at-Taubah (9):29].

Tiada ulasan: