Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 16 Mac 2008

SAH MELAKA BELUM SELAMAT !!!

Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
mriduwan@hmetro.com.my
MELAKA: Muzium Sejarah, di sini, gempar apabila 14 barangan antik zaman Kesultanan Melayu Melaka dan penjajah Portugis, termasuk keris lama serta pistol, hilang dari ruang pameran, pagi semalam.Empat belas unit barangan antik itu adalah 11 keris lama, termasuk tiga yang disimpan di dalam pejabat, dan tiga pistol Portugis.Kehilangan barangan antik itu disedari kurator muzim, Shahidah Abu Shah yang datang ke pejabat untuk memulakan tugas, kira-kira jam 8.30 pagi.Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas, berkata pada mulanya seorang petugas lelaki memasuki muzium tetapi tidak menyedari apa-apa. Selepas Shahidah masuk, dia mendapati banyak kertas berselerak dalam tong sampah seperti diselongkar.Selepas membuat pemeriksaan, dia mendapati pelbagai barangan, termasuk keris dan pistol zaman penjajah Portugis, hilang dipercayai dicuri. Kakitangan itu kemudian membuat laporan polis,” katanya.Khamis berkata, beliau bingung memikirkan bagaimana pencuri melarikan barangan antik itu kerana ruang pameran kaca tidak kelihatan diusik atau pecah.“Mungkin pencuri itu pakar mencuri barangan antik kerana cermin pameran tidak diusik. Saya melihat ruang pameran pistol Portugis itu tiada kesan diusik orang. Malah, peluru yang ditaburkan di dalamnya juga tidak dicuri, sebaliknya hanya pistol diambil,” katanya.Menurutnya, muzim terbabit mempunyai sistem keselamatan ketat dan dikawal tiga pengawal keselamatan, masing-masing seorang di Muzium Sejarah, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Tuan Yang Terutama (TYT).Katanya, pada masa sama, petugas muzium juga akan memastikan setiap pintu dan barangan pameran dalam keadaan selamat dan dikunci sebelum muzium ditutup.“Semalam, operasi muzium dilanjutkan sehingga jam 9 malam kerana biasanya ramai pelancong datang melawat pada Jumaat hingga Ahad. Saya difahamkan, petugas memastikan semua pintu dan barangan pameran dalam keadaan elok dan dikunci sebelum mereka menutup muzium,” katanya.Beliau yang enggan mengulas mengenai jumlah kerugian berkata, pihaknya perlu meneliti rekod muzium kerana semua barangan antik yang dipamerkan diinsuranskan.Sementara itu, puluhan pengunjung kecewa kerana tidak dapat memasuki muzium berkenaan bagi menyaksikan pameran pelbagai tinggalan sejarah berikutan ia ditutup sementara bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Johari Yahya ketika dihubungi berkata, polis masih menyiasat dan belum ada tangkapan dibuat.“Kami menyoal siasat pekerja muzium serta pengawal keselamatan yang bertugas. Tiada kesan pecah dan kami turut mendapat bantuan Unit Forensik Bukit Aman untuk siasatan,” katanya

Tiada ulasan: