Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 7 Februari 2008

SALAM MESRA

assalamualaikum ... agak lama juga mujahid tak bersama dengan antum sekalian. almaklum selain tugas yang sedia untuk memberikan informasi, tugas dakwah bil hal juga tak boleh kita nak tinggalkan terutama bagi yang bergelar guru agama. almaklum sekarang nie memang banyak cabaran yang perlu kita tempuh bersama dengan iman yang kental. kalau kita nak buat perbandingan iman kita pada masa kini dengan iman dizaman nubuwah.. iman zaman sahabat RA, iman para salafus soleh memang kita payah nak kejar. ala kulli hal mujahid ingin memohon kemaafan andaikata lambat untuk update laman ini disebabkan kurangnya kesempatan untuk berinteraksi disini. dunia ciptaan Allah belum habis diterokai, ilmu Allah lagikan pula. tu tak perati nikmat kurniaan Allah lagi. Apa pun sebagai hamba Allah yang kerdil (walaupun berbadan besar) tapi kita patut tunduk dan patuh serta merasai ada lagi yang lebih besar, lebih kuat dan lebih perkasa dan berkuasa dari kita. sama samalah kita muhasabah diri kita masing-masing adakah selama ini kita telah menunaikan tanggung jawab kita pada yang sepatutnya?? adakah kita telah bersedia dengan amal kebajikan kita untuk berhadapan dengan rabbul jalil yang maha agong ?? kita koreksi diri kita sebelum kita disoal siasat oleh 2 malaikat yang sedia Menanti Di Barzakh. wassalam ... salam perjuangan .. salam ukhuwah buat semua yang ku kasihi

Tiada ulasan: