Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 11 Julai 2007

Musibah yang berterusan bagi umat islam

Tragedi berdarah di Masjid Merah
ISLAMABAD 10 Julai – Operasi tentera Pakistan menggempur Masjid Lal yang turut dikenali sebagai Masjid Merah di tengah bandar raya ini, awal hari ini bagi menyelamatkan beratus-ratus wanita dan kanak-kanak mencetuskan pertempuran sengit yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang.

Kira-kira 50 anggota kumpulan militan dan lapan askar disahkan terbunuh sementara 15 lagi anggota tentera cedera.

Beberapa letupan kuat dan bunyi tembakan kedengaran di kawasan masjid itu sementara asap tebal kelihatan memenuhi ruang udara.

Selepas pertempuran sengit hampir 12 jam bermula pukul 4 pagi (waktu tempatan), anggota militan pro-Taliban yang bersenjatakan mesingan, bom tangan dan pelancar roket terus berkubu di ruang bawah tanah masjid.

Pihak berkuasa mengepung masjid itu sejak 3 Julai lalu. Insiden di Masjid Merah itu adalah rentetan ketegangan yang meletus di Islamabad sejak beberapa bulan lepas apabila para pelajar melancarkan kempen antipelacuran dan mendesak dikuatkuasakan undang-undang Islam.

Kira-kira 20 kanak-kanak berjaya melepaskan diri dari kawasan masjid yang bertembok sebaik sahaja serangan bermula ketika hari hampir siang, tetapi beratus-ratus wanita dan kanak-kanak masih berada di dalam masjid tersebut.

Selepas berjaya menguasai 70 peratus kawasan masjid, tentera Pakistan masih tidak dapat menjejaki saki-baki kumpulan militan.

“Ia merupakan serangan terakhir bagi membersihkan masjid ini daripada militan,” kata jurucakap tentera, Mejar Jeneral Waheed Arshad.

Pihak tentera telah menyerbu masuk ke bangunan masjid dari tiga arah dengan dibantu kenderaan pengangkut armor.

Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar militan atau orang awam yang berada di dalamnya, tetapi kerajaan mendakwa terdapat kira-kira 100 militan dan antara 300 hingga 500 wanita serta kanak-kanak yang dijadikan tebusan.

– Agensi

Tiada ulasan: