Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 8 Jun 2007

Penyesalan ( Dulu dan Sekarang )

Jika dulu ku fikirkan diriku ini
Mana mungkin aku jadi sebegini
Hidup tak menentu….. ke sana sini
Bagaikan bahtera…tiada kemudi


Kata ibu kata guru tak ku turuti
Perintah Allah sering aku melanggari
Kawan serta rakan penghibur hati
Hingga aku leka lupakan diri


Namun kini aku dah mula mengerti
Hidup tanpa ilmu tidak beerti
Masa depan gelap sedang menanti
Walaupun ku hidup bagaikan mati


Apabila ayah bonda sudah pergi
Pada siapa…harusku minta simpati
Mungkinkah nasibku…balasan Ilahi
Moga aku sedar….cepat kembali

Tiada ulasan: