Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 22 April 2007

laksanakan segera ......

Kementerian Pelajaran Sedia Nilai Semula Kurikulum

KUALA LUMPUR 16 April – Kementerian Pelajaran bersedia menilai semula sistem kurikulum kebangsaan yang terlalu bersandarkan kepada peperiksaan awam bagi menilai pencapaian akademik pelajar.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sememangnya kementerian sedang menuju ke arah tersebut, malah dengan wujudnya beberapa sekolah cemerlang, banyak kelonggaran dan kuasa autonomi dalam sistem kurikulum telah diberi dalam menentukan kecemerlangan pelajar dan sekolah.

Bahkan, katanya, kementerian akan menghantar beberapa guru sekolah kluster berkursus di United Kingdom untuk mempelajari sistem kurikulum di sana yang tidak begitu menitikberatkan peperiksaan.

“Saya percaya saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu boleh dilaksanakan tetapi banyak bergantung kepada kerjasama pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), alumni sekolah dan kepimpinan yang berwibawa di peringkat sekolah,’’ katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Sekolah Bestari Malaysia 2007 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai saranan Najib ketika merasmikan persidangan itu hari ini supaya sistem kurikulum kebangsaan yang terlalu menekankan prestasi murid dalam peperiksaan awam dikaji semula bagi melahirkan golongan pemikir.

Latihan

Kata Najib, kerajaan boleh melengkapkan sekolah dengan pelbagai kemudahan dan melatih guru dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tetapi akhirnya, jika kurikulum masih memfokuskan kepada sistem peperiksaan iaitu mementingkan penghafalan dan mengemukakan fakta dan angka, objektif itu tidak akan berhasil.

Menurut Hishammuddin, bagi menjayakan penilaian semula kurikulum tersebut, Institut Aminuddin Baki (IAB) telah ditugaskan untuk memberi latihan kepada para pentadbiran dan kepimpinan di peringkat sekolah.

“Kita juga telah menghubungkan IAB dengan universiti yang terhebat, contohnya pada bulan lalu, kita telah menandatangani perjanjian dengan Kings College, London. Itu merupakan kunci kejayaan kita dalam masa terdekat ini,’’ katanya.

Ujar beliau, sekiranya dalam masa lima tahun, tempoh yang ditetapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) itu berjaya dan pendekatan baru yang dibawa dapat diterima pakai oleh semua, perubahan sistem kurikulum itu akan diperluaskan kepada lebih banyak sekolah.

‘‘Bukan sahaja kurikulum yang perlu kita kaji semula tetapi cara mengajar, cara anak-anak kita belajar dan sistem peperiksaan yang sedang dilaksanakan turut akan mengalami perubahan,’’ tegasnya.



Sumber: Utusan Malaysia.

ulasan pendekarserkam
-----------------------
assalamualaikum ... segala puji dan puja bagi Allah rabb sekalian alam selawat dan salam buat rasul junjungan dan tak kulupakan juga buat pada pejuang aqidah islamiah yang senantiasa bersedia dalam menghadapi segala cabaran .. sebenarnya bukan setakat kurikulum pendidikan saja yang perlu dorombak semula tapi kaedah yang digunakan pun perlu diubah selaras dengan asbab nabi SAW di turunkan ke atas muka bumi ini. realiti masyarakat sekarang ini jika kita kaji sedalamnya kita akan dapati punca sebenar segala masalah ini berlarutan dan berterusan adalah sebab tiada asas pendidikan .. tak kira dari segi aspek akademik .. aspek agama juga terlalu sempit. hakikatnya kita boleh lihat bagaimana melaratnya penyakit so sial yang terlalu meruncing dan tak dapat dibendung lagi. ini menunjukkan pendidikan agama khususnya islam perlu dititikberatkan

Tiada ulasan: