Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 30 Mac 2007

Pegang M-16 Ketika Khutbah : kembali kepada sunnah sempena maulidur rasul SAW

sedutan dari utusan malaysia online

KOTA BHARU 28 Mac – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan cadangannya supaya pegawai polis memegang senjata api ketika berkhutbah bertujuan meningkatkan keberkesanan khutbah itu sendiri.

Beliau berkata, kebanyakan khatib kini tidak lagi ‘berkhutbah’, sebaliknya sekadar ‘membaca khutbah’ sehingga menyebabkan jemaah langsung tidak menghayati seruan mereka.

Katanya, cadangan itu juga bertujuan menimbulkan kegerunan kepada jemaah, tetapi terpulang kepada pihak berkaitan sama ada mahu menerima cadangan itu atau sebaliknya.

‘‘Bukan soal masa aman atau tidak aman, soalnya kita nak gerunkan jemaah dengan mesej supaya jangan terlibat dalam jenayah dan akibat yang akan diterima,” katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Mufti Perak, Datuk Harussani Zakarian yang tidak bersetuju dengan cadangannya supaya polis memegang senjata seperti M-16 ketika berkhutbah.

Menurut mereka, cadangan tersebut tidak sesuai dengan situasi semasa yang aman selain dikhuatiri boleh memberi gambaran negatif terhadap Islam yang sering dikaitkan dengan keganasan.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd. Rahim Hanafi menjadi perintis bagi institusi polis apabila menyampaikan khutbah di Masjid Langgar di sini.

Beliau berada di mimbar dengan memakai pakaian seragam polis dan memegang tongkat.

Sehubungan itu Nik Abdul Aziz ketika diminta memberi reaksinya kelmarin turut mencadangkan agar tongkat digantikan dengan senjata api seperti raifal sesuai dengan simbol kuasa polis.

Atas sifat polis, katanya, khatib boleh menampakkan kehebatan termasuk dengan memegang senjata seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah dan sahabat.

‘‘Soal nampak ganas tak timbul. Jika dilihat Nabi sendiri pembawa rahmat tetapi baginda pegang juga senjata kerana dalam masyarakat ada yang tidak tahu hendak dengar cakap.

‘‘Lagi pun cadangan saya ini ditujukan dalam konteks polis, terpulanglah, nak terima atau tidak,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Ulasan:

Tidak kiralah samada memegang pedang atau rifel M-16, seperti yang dicadangkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika kandungan khutbah yang dibaca tidak meliputi permasalahan utama umat Islam maka ia tidak ada maknanya juga.

Justeru, yang harus dijadikan tumpuan ketika ini adalah isi kandungan khutbah yang dibaca. Apakah permasalahan utama umat Islam ketika ini? Sudah tentulah Islam tidak diterapkan, maka itulah yang seharusnya menjadi topik utama dan semua isu-isu yang berkaitan dengannya.

Perpecahan umat Islam yang terbahagi kepada lebih 50 buah negara, kelemahan pemimpin-pemimpin mereka untuk mengangkat martabat Islam dan melindungi umatnya dan perlunya kita kembali menegakkan semula Daulah Islam yang telah dibina oleh Rasulullah SAW 1428 tahun dahulu wajib dijadikan agenda utama khutbah masakini.

Kini, sejak 3hb Mac 1924, Daulah Islam tidak lagi berdiri dan selama mana lagi sebilangan dari kita hendak jadi pemerhati?

Pertanyaan yang harus ditanya kepada para 'pemerhati-pemerhati' sekalian: Apakah kita ada hujah ketika berhadapan dengan Allah SWT di hari akhirat nanti? Umat Islam dihina, Rasulullah SAW kekasih Allah SWT dipersenda-senda dan Hukum Allah SWT tidak diterapkan...Masih sanggupkah kita menjadi pemerhati?, Ayuh, wahai kaum muslimin, para pengembang dakwah ada bersama kalian, sertailah mereka untuk menegakkan semula Khilafah Islam.

Firman Allah SWT:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada ma'aruf dan mencegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah" [ TMQ Al Imran : 110]

Hadis Rasulullah SAW:

"Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaannya, kamu mestilah menyerukan kepada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran atau Allah akan menurunkan siksa dari sisiNya kepada kamu sehinggalah apabila kamu berdoa, maka dia tidak akan mengabulkan doa kamu" [HR Tarmizi dari Huzaifah Al Yaman]

Kedua-dua nas di atas menegaskan tentang tanggungjawab melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Sesungguhnya kemungkaran yang ada di sekeliling kita pada hari ini tidak akan mungkin dapat dihalang (bahkan, terus meningkat setiap tahun) melainkan ditegakkan sistem penghukuman Islam. Dan tidak mungkin kita dapat menerapkan sistem penghukuman Islam melainkan Ditegakkan terlebih dahulu Sistem Pemerintahan Islam, iaitu Sistem Khilafah.

Wallahu alam

Tiada ulasan: