Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 11 Februari 2007

AL-KISAH KUCING SAYANGKAN TUAN, MANUSIA TAK SAYANGKAN TUHAN

kucing sayangkan tuan, manusia tak sayangkan tuhan
assalamualaikum dan salam sejahtera syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat serta perlindungan yang telah dikurniakan pada kita yang sangat dhaif jika kita bandingkan dengan khaliq kita yang Maha berkuasa. selawat dans alam buat rasul junjungan yang telah menyinari kehidupan manusia serta membimbing manusia dari kegelapan jahil kepada cahaya iman yang gemerlapan.
apa kabar sahabat-sahabatku seiman dan seagamaku sekalian, rasanya dah lama kita tak bersua dalam blog ini yang rasanya dekat 3 bulan blog ini tidak dapat untuk diperbaharui beritanya dan kali ini ana ingin mengajak sahabat-sahabat untuk menghayati serta mengambil pengajaran terhadap dua perbezaan suasana yang berlaku pada masa sekarang ini. yang pertama ana nak ceritakan dengan perkara yang berkaitan dengann kucing kesayangan ana. tentu sahabat-sahabat bertanya dan nak taukan kenapa ana beriya-iya nak ceritakan tentang kucing kesayangan ana. ini kerana kucing kesayangan ini memberikan satu iktibar dan satu pengajaran pada kita semua.sememangnya kawan-kawan akan pandang remeh akan apa yang ana ceritakan ini tapi kadang-kadang kita perlu ingat bahawa terdapat hadith nabi SAW yang menyatakan akan masuk neraka seorang perempuan dengan sebab tidak memberi makan kepada kucing peliharaan.tapi yang ingin dikisahkan disini ialah satu tragedi yang mana memberikan iktibar betapa mulianya jika kita berbuat baik dengan binatang peliharaan kita seperti kucing.
keluarga ana ada membela 2 ekor kucing. seekor jantan dan seekor betina. yang jantan biasalah sememangnya suka bermusafir berbeza dengan si betina yang lebih suka duduk dirumah oleh kerana pada waktu itu sedang sarat bunting. nak dijadikan kisah, ayah ana baru saja selesai rawatan dari IJN kuala lumpur dan telah bersara sebagai kakitangan hospital melaka selepas menjalani pembedahan by-pass jantung pada bulan 8 yang lalu. selepas mengambil suntikan insulin sepatutnya ayah terus makan jika ikut nasihat dari doktor tapi oleh kerana mungkin terlupa dengan nasihat tersebut ayah terus ke tandas untuk berwudu' untuk menunaikan solat fardhu maghrib dan ayah mula mengagkat takbiratul ihram .. sewaktu sedang rukuk tiba tiba ayah rebah tak sedarkan diri. ketika itu tiada seorang pun yang mengetahui yang ayah dah pengsan cuma hanya seekor kucing betina yang paling ayah sayangi itu sahaja yang menyedari tuannya pengsan. kucing tersebut mengiau dengan kuatnya dan memeranjatkan semua orang yang sedang berada didapur. ibu terkejut dengan apa yang berlaku dan segera mendapatkan ayah.bayangkan kucing sayangkan tuan sampai tuan dia sakitpun dia masih lagi taat menjaga tuannya. cuba kita buat perbandingan dengan manusia .. amacam ?? beza dengan manusia yang tak sayangkan tuannya iaitu Allah dan rasulNya. apa yang kita boleh lihat manusia kini leka bahkan ada yang sanggup menderhaka pada tuannya.contoh yang terdekat yang kita boleh lihat ialah bagaimana ada golongan manusia yang mengaku islam dengan lidahnya .. namanya islam .. keluarganya islam tetapi sanggup lawan hukum islam .. lawan hukum Allah .. hina nabi dan keluarga nabi contohnya yang berlaku dalam mesyuarat sulit pilihanraya Arau perlis pada beberapa tahun yang lalu ada orang yang sanggup memperlekehkan nabi dan yang terbaru dalam program talk show SENSASI, seorang pelakon wanita islam,Rosnah Mat Aristelah menghina nabi, menghina keluarga nabi. orang beginikah yang kita kata lebih mulia .. bagi kita yang berpegang pada ajaran islam orang ini rosak aqidahnya dan jika dibiarkan kata-katanya berlarutan boleh bawa pada murtad. jika kita tengok sifir matematik 5-1=4 tapi jika kita semak sifir ahli tauhid pula 5-1 =0. jadi hati-hati dalam mengeluarkan perkataan. itu baru kata-kata yang diucapkan secara zahirnya,batinnya kita tak tahu. kalau batinnya pun mengakui apa yang dikatakan maka jika dijalankan hukum islam ,sabit kesalahan orang itu dikira murtad atau zindiq dan hukumnya bunuh dan jasadnya dibakar sepertimana yang dilakukan oleh khalifah islam yang kedua,Umar Al-Khattab.kucing sayangkan tuannya manusia tak sayangkan tuhannya.
jelas apa yang kita lihat pada masa kini, khususnya remaja dan golongan belia yang terlibat dengan pergaulan bebas menggambarkan mereka ini lebih teruk dari binatang. sebabnya jika kita buat perbandingan binatang dikurniakan otak dan manusia juga ada otak dan ada akal cuma apabila manusia tidak menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah pada mereka, mereka jelas lebih teruk dan lebih hina dina dari binatang yang berkaki empat.kalau perbandingan ringkas manusia yang ada otak tapi tak nak guna lebih teruk dari lembu dan kambing yang makan rumput. maksud firman Allah SWT dalam menggambarkan manusia yang menolak hukum Allah setelah dikurniakan akal tidak digunakan dengan baik, dikurniakan mata tidak melihat pada yang baik, dikurniakan telinga tidak mendengar yang baik-baik, maka mereka adalah seperti binatang ternakan bahkan lebih teruk dari itu.terdapat juga hadis qudsi yang mengherdik mereka yang makan rezki Allah ta'ala tetapi tidak mensyukuri segala pemberianNya,maka hendaklah dia mencari tuhan yang lain,tidak duduk dibawah lindungan langit Allah serta hendaklah keluar dari bumi Allah ini.
peringatan ini jelas menunjukkan supaya kita lebih cakna dengan apa yang diperintah Allah dengan melakukan segala yang diperintahkan serta meninggalkan apa yang dilarang dan ditegah selain menyayangi islam sebagai agama kita dulu kini dan selamanya.

Tiada ulasan: