Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 23 Ogos 2006

saat yang memilukan hatiku .. Sayonara Mesir

assalamualaikum...
alhamdulillah bersyukur pada Allah yang maha esa lagi maha berkuasa .. yang masih lagi memberikan nikmat iman dan islam dalam diri ini. syukur kupanjatkan juga kerana masih lagi diberikan peluang untuk bernafas dan bergerak yang kadang kadang manusia kufur pada segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan mengengkari segala nikmat serta apa jua yang telah dikurniakan padanya. Alhamdulillah juga kerana dikurniakan kejayaan yang kuimpikan sekian lama selama 4 tahun yang lalu .. dapat juga kali ini daku merasai nikmat kejayaan yang mana sentiasa diimpikan oleh mahasiswa yang menuntut diluar negara . walaupun dilanda dengan amanah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang cukup berat kurasakan kini.. namun kuseerahkan segalanya pada Mu Ya Allah..

kini telah sampai masa bagiku untuk kuucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan seperjuangan yang masih lagi berjuang disini. rasa sedih dan juga pilu bila mengenangkan semangat ukhuwah yang tertanam selama ini. kadang memang ada rasa nak sambung Master kat sini tapi apa kan daya diriku sangat-sangat diperlukan untuk membentuk serta memperbaiki ummah yang sedang sarat dengan masalah yang meruncing dengan rosak akhlak dan aqidah yang melanda anak muda..masalah identiti ummat islam sendiri yang tercalar.. kadang sedih bila mengenangkan apa yang berlaku . kemanakah rakan-rakanku yang terdahulu ??? apa yang kalian buat bila kalian diperlukan .. ummat memerlukan dirimu .. janganlah sembunyi dibalik ideologi .. ketepikan fahaman masing-masing dahulu .. tolak tepi dulu .. baik yang sokong umno atau pas yang kita nak sekarang nie selamatkan islam dahulu .. sebab musuh islam sekarang nie dah semakin berani memperlekehkan dan men"sampahsarap"kan islam.. mana yang mengaji azhar ?? mana perginya kejantanan si ikhwah yang sebelum ni semangat masa berada di mesir atau di timur tengah ?? malu pada masyarakat sebab banyak ilmu atau tak ada ilmu langsung ?? ini bukan menghina atau memperlekehkan tapi sebagai membakar semangat sahabat-sahabat yang sebelum ini punya semangat yang berkobar-kobar waktu di medan pengajian. mana pula serikandi yang sebelum nie syadid dalam segala benda semasa belajar ?? kenapa tak tatbikkan ilmu yang ada secara meluas ?? kalau masa belajar dulu kita semangat .. kalau boleh biar semangat sampai kita syahid .. apa guna masa belajar saja semangat bila dah kerja semua kuncup?? lagi baik syahid dari hidup terhina .. lagi baik potong jer apa yang ada pada ikhwah tu dari tak berani untuk berdepan dengan masyarakat. maaf andai terkasar sikit bahasa .. biasalah orang melaka memang cakap lepas dan kahau bila bercakap tapi maksudku hanya untuk memberi inzar dan ingatan buat diriku dan diri sahabat-sahabat yang telah tamat pengajian tak kiralah dimana .. yang dah kerja .. jangan jadikan kerja sebagai penghalang untuk kita berdakwah dan membetulkan ummat .. sama sama kita betulkan ummat islam kita kini sehingga sinar islam tersebarbuat kali yang kedua dan islam kembali ke puncaknya.. salam perjuangan

Tiada ulasan: