Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 8 Jun 2006

STAM syarat ke Al-Azhar tahun depan

MULAI tahun depan, pelajar Malaysia yang mahu melanjutkan pengajian di universiti tertua di dunia, Universiti Al-Azhar, Mesir, disyaratkan mempunyai kelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pada masa sama, universiti yang banyak melahirkan pemikir agung Islam dan mempunyai 1.5 juta penuntut itu juga tidak lagi menerima pelajar untuk terus masuk secara automatik ke tahun tiga pengajian.

Rektor Universiti Al-Azhar, Profesor Dr Ahmad Mohamad Tayyib, berkata keputusan itu diambil berikutan prestasi pelajar Malaysia terutama yang tidak mempunyai kelulusan STAM seperti dari sekolah pondok kurang memberangsangkan.

"Kualiti dan prestasi pelajar Malaysia perlu ditingkatkan kerana rata-rata mereka mempunyai masalah dalam menguasai bahasa Arab, sekali gus menyukarkan mereka mengikuti pengajian.

"Justeru, mulai tahun depan kita hanya menerima pelajar yang mempunyai kelulusan STAM kerana mereka mempunyai asas pembelajaran dan penekanan bahasa Arab.

"Malah, kajian yang dijalankan mendapati, lulusan STAM menunjukkan prestasi yang cemerlang dan dapat mengikuti kuliah dengan baik," katanya ketika menerima kunjungan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di pejabatnya di sini, semalam.

Turut sama dalam kunjungan itu ialah Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir yang bertindak sebagai penterjemah. Mohamad sebelum itu mengadakan pertemuan dengan ulama terkemuka dan Ketua Universiti Al-Azhar, Sheikh Profesor Dr Syed Tantawi.

Dr Ahmad berkata, pihaknya juga sedang merangka dan menggubal kurikulum baru bagi mencerminkan kehendak zaman dan isu semasa khususnya kepada penuntut dari Asia.

Katanya, cadangan memperkenalkan kurikulum baru itu sudah dibincangkan dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan pihaknya mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan daripada semua pihak.

"Kita sedang memikirkan formula sesuai bagi memudahkan pelajar menimba ilmu terutama dalam mengatasi masalah penguasaan bahasa Arab dan menjurus kepada keperluan dan kehendak negara masing-masing," katanya.

Mengulas isu yang sama, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Al-Azhar, Dr Mohamad Abdul Fudhail Al-Qusi, berkata antara kaedah yang difikirkan dapat membantu ialah menggantikan buku turath (kitab pengajian Bahasa Arab lama) dengan buku teks yang lebih moden.

Pendekatan kedua pula, katanya, ialah memilih buku turath asal yang boleh digunakan dan dikuasai semua pelajar selepas diringkaskan serta dipermudahkan.

Katanya, ada juga cadangan setiap satu tajuk dipelajari dalam dua bahasa iaitu bahasa Arab moden dan bahasa Arab lama dengan menggunakan pensyarah tertentu yang mengajar penuntut dari benua Asia.

"Bahasa Arab moden yang digunakan dalam surat khabar lebih mudah difahami masyarakat, tetapi perkara ini meletakkan Al-Azhar dalam dilema kerana ada pihak tidak bersetuju," katanya.

respon: bagi saya sendiri .. benda nie dah lama dah.. isu lama dipanaskan kembali. semestinya di universiti guna bahasa standart tapi sesetengah pensyarah saja yang guna bahasa pasar almaklum orang mesir sendiri pun bukan nak guna sangat bahasa standart.mereka lagi suka bahasa pasar sebab bagi mereka mudah. jadi kita nielah yang kena. warga Wafidlah yang kena guna bahasa standart dan bahasa pasar untuk kuasai ilmu. agak2 Datuk Laksamana Hang Tuah dan Seniman Allahyarham P.Ramlee dulu datang tanah arab dan benua keling pakai bahasa apa yer ???

Tiada ulasan: