Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 5 Jun 2006

Mati pucuk? - Ibu jari bersuara
Oleh Shafinaz Sheikh Maznan


“DR. ISMAIL, saya ada hal sikit nak cakap dengan doktor tetapi saya segan dan gementar. Kebelakangan ini, saya rasa macam ada yang tidak kena dengan kehidupan seks saya.”Atau, “Dr. Zul, sudah banyak yang saya dengar tentang disfungsi erektil (ED atau mati pucuk). Bolehkah kita berbincang mengenainya?”Atau, “Doktor, saya rasa tidak selesa dan rendah diri sebenarnya untuk bercakap mengenainya. Tetapi, saya perlu memecahkan kebuntuan ini. Saya menghadapi masalah dengan ereksi.”Bagaimanapun, anda mungkin terkejut mendengar maklum balas doktor yang tidak seperti tergambar di minda sebelum berjumpa mereka:“Usah bimbang. Anda tidak keseorangan dan bukan juga orang pertama yang mengadu masalah seumpama ini. Saya sudah bertemu dengan ba...nyak lelaki yang menghadapi masalah serupa.“Apabila sudah berumur, lelaki mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan ereksi, zakar tidak setegang dahulu dan lambat mencapai klimaks (kemuncak).“Lagipun, masalah erektil sudah menjadi sesuatu yang umum sekarang. Adalah dianggarkan 60 peratus lelaki Malaysia berumur 40 tahun ke atas mengalami kesukaran ini, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.” Pengakuan berani “Saya ada ED” - bukanlah satu pernyataan yang mudah bagi lelaki. Ia cukup peribadi bagi spesies Adam itu.Tidak dinafikan, menjadi sesuatu yang kekok untuk memperkatakan tentang masalah mati pucuk dengan orang lain termasuklah pasangan sendiri mahupun doktor.Namun, tidak kira betapa luar biasanya yang anda rasakan sepanjang pembicaraan tersebut, doktor sedia maklum bahawa masalah seksual merupakan sebahagian aspek terpenting kesihatan.Jadi, berterus terang sahajalah kepada doktor sebaik sahaja memulakan rundingan dan bukannya apabila anda sudah berada separuh jalan untuk keluar dari biliknya.Empat daripada lima lelaki yang bercakap dengan doktor tentang ED berasa lega, merasakan perasaan mereka dihormati dan paling penting, harapan untuk dirawat.“Dalam pengurusan ED, halangan utamanya adalah keengganan lelaki untuk berbincang mengenainya bersama doktor mereka atas pelbagai alasan seperti malu, penafian dan kurang kesedaran.“Kajian menunjukkan, sehingga 47 peratus lelaki Malaysia yang berusia 40 tahun ke atas menghidapi ED. Tetapi, hanya tujuh peratus mengaku menghadapi masalah perubatan ini,” kata Ketua Unit Urologi, Jabatan Pembedahan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Zulkifli Md. Zainuddin.Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen kesihatan terbaru firma farmaseutikal Bayer Healthcare - Kempen Ibu Jari, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Ia bertujuan menggalakkan lelaki mati pucuk untuk menyuarakan masalah tersebut serta memulakan perbincangan dengan doktor mereka tentang masalah perubatan berkenaan.Menurutnya, hasil kajian mengenai lelaki vitalseksual Malaysia yang diterbitkan Mac lalu mendapati, lelaki Malaysia enggan mengaku mereka menghadapi masalah ED.“Sehingga kini, masih ramai lagi lelaki Malaysia yang memilih untuk menderita dalam diam.”Bagaimanapun, kajian yang sama mengenai lelaki vitalseksual Malaysia menunjukkan, lebih 39 peratus lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas didedahkan sebagai lelaki vitalseksual.

Senarai semak seorang vitalseksual:

- Lelaki

- Berumur 40-an

- Hubungan seks adalah penting dalam hidupnya

- Hubungan spontan dan kepuasan pasangan adalah keutamaannya

- Akan mendapat rawatan jika menghidapi ED

Sementara itu, Ahli Bersekutu Persatuan Penyelidikan Impoten Asia Pasifik, Dr. Mohd. Ismail Mohd. Thambi berkata, ramai pesakit yang tidak menerima rawatan kurang sedar akan kesan jangka panjang ED ke atas kesihatan psikologi dan seksual mereka.“ED bukan masalah lelaki seorang tetapi turut membabitkan isteri masing-masing dan patut diselesaikan secara berpasangan.“Para isteri boleh memainkan peranan yang penting dalam memperbaiki hubungan seksual dengan menggalakkan pasangan mereka berbincang dengan doktor,” katanya.Hanya setelah masalah ini berjaya diatasi, hubungan seksual serta kemesraan mereka akan bersambung secara biasa. Ia juga akan meningkatkan komunikasi mereka sebagai pasangan.Pengurus Besar Bayer Healthcare Pharmaceuticals bagi Singapura, Brunei, Malaysia, Vietnam, Lim Siew Kheng berkata:“Adalah sesuatu yang paradoksikal (bertentangan) bila mana semakin ramai lelaki Malaysia mempunyai keinginan untuk memberi lebih kepuasan kepada pasangan mereka tetapi mendapati bahawa ED adalah satu topik terlarang.“Kempen Ibu Jari menyediakan cara yang mudah dan efektif untuk lelaki dan pasangan mereka mengatasi halangan daripada menerima rawatan profesional tanpa rasa takut atau malu,” katanya.Mengulas lanjut, Dr. Zulkifli menyifatkan kempen itu sebagai satu mesej ringkas yang menyeru mana-mana lelaki dengan gangguan erektil berserta pasangan mereka yang ingin mengatasi masalah perubatan tersebut, tetapi berasa sukar untuk memulakan perbincangan mengenainya dengan doktor mereka.“Ia menyediakan platform bagi profesional kesihatan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat umum bahawa ED dihadapi oleh ramai pesakit dan ia adalah satu masalah perubatan - bukannya sumpahan.

“Tiada apa yang perlu dimalukan mengenai penyakit ini. Rawatan efektif untuk ED boleh didapati dan tindak balasnya yang pantas membolehkan penghidap ED serta pasangan menikmati hubungan seksual yang lebih spontan dan memuaskan,” jelas beliau.
Tambahnya, adalah penting bagi mereka yang menghidap ED untuk mendapatkan rawatan kerana masalah kesihatan itu juga dikaitkan dengan penyakit-penyakit lain yang mungkin tersembunyi seperti kencing manis, tekanan darah serta kolesterol yang tinggi.

Kempen ibu jari

Ibu jari adalah isyarat universal yang dikenali dan difahami oleh semua tanpa mengira latar belakang pendidikan.Dengan menggunakan ibu jari sebagai alat komunikasi, para penghidap ED atau pasangan mereka boleh mengatasi kesulitan menyuarakan masalah mereka kepada doktor.Isyarat yang mudah difahami yang disarankan oleh kempen ini telah terbukti berkesan di negara-negara di serata dunia di mana para lelakinya juga menghadapi masalah berbincang mengenai topik seks.Dengan menyasarkan para doktor dan lelaki yang menghidap ED, kempen pendidikan global oleh syarikat pengeluar pil mati pucuk - Levitra ini menggunakan soalan dan isyarat visual yang mudah.Para pesakit akan melihat simbol-simbol komunikasi berupa lambang ibu jari pada borang soal selidik untuk pesakit, poster, pelekat lantai, beg kertas, risalah siling dan kotak tisu di lebih 1,200 klinik yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.

Untuk keterangan lanjut mengenai Kempen Ibu Jari mahupun senarai klinik-klinik terbabit, sila hubungi vitalsexualmalaysia@bayerpharma. com.my.Tunggu apa lagi? Sudah tiba masanya untuk ibu jari anda bersuara.

Mengenai disfungsi erektil

ED bermaksud ketidakbolehan yang konsisten atau sering berlaku kepada seseorang dalam mendapat dan/atau mengekalkan ereksi zakarnya cukup untuk melakukan hubungan seks.Sesetengah kaum lelaki menganggap bahawa ED merupakan gejala penuaan yang tidak dapat dielakkan. Ini tidak benar.Ia biasanya disebabkan oleh keadaan kesihatan, kesan sampingan ubat-ubatan tertentu atau tabiat yang mengganggu pengaliran darah. Untuk mendapatkan ereksi, anda perlu mempunyai pengaliran darah, penyambungan saraf dan rangsangan seks.Faktor risiko termasuklah merokok, berat badan berlebihan dan ketagihan alkohol. Gaya hidup sihat, diet seimbang, bersenam dan tidak merokok dapat membantu mengamalkan kesihatan seks kerana keadaan kesihatan yang berkaitan dengan pengaliran darah merupakan punca umum ED.Rawatan yang paling popular dan digunakan ramai bagi disfungsi erektil adalah perubatan oral (bentuk pil telan). ED boleh dirawati dengan cara lain, seperti suntikan, supositori atau pembedahan.

Adalah dianggarkan bahawa ED dihadapi dalam pelbagai tahap oleh lebih kurang separuh lelaki berusia 40 tahun ke atas.Lebih kurang 152 juta lelaki menghidapi ED di seluruh dunia. Jumlahnya dijangka meningkat lebih sekali ganda kepada 322 juta pada tahun 2025.Walaupun jumlah yang mengalami ED semakin meningkat, hanya 15 hingga 20 peratus pesakit sedang menerima rawatan.

p/s sesamalah kita jaga kesihatan ... utamakan kesihatan

Tiada ulasan: