Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 28 April 2006

MESIR ARDIL KINANAH ..


assalamualaikum... salam sejahtera ..
tepat 8.00malam selepas solat isyak .. daku termenung sejenak mengenangkan kebesaran dan kekuasaan Allah yang maha berkuasa. sungguh mesir bumi barakah dan kinanah . mana tidaknya apa yang pernah diucapkan oleh teman-temanku semuanya berlaku atas mereka .
bak kata orang lama-lama yang merantau disini... bumi mesir nie jangan cakap sembarangan buruk padahnya.

kurenung kata-kata ini dan kuselami apa yang berlaku. teringat daku semasa pulang ke tanahair pada hujung tahun lepas ku temui segala teman seperjuanganku yang pernah menuntut di al-azhar. mereka kini tak seperti dulu . dulu mereka lantang dan ganas bagaikan singa yang laparkan makanan kini bagaikan ular yang kekenyangan dan lembu yang kenyang yang bakal di akikahkan. mana tidaknya semasa dalam pengajian dulu pada suatu masa, mereka pernah mengatakan dengan egonya dan sombongnya bahawa mereka tidak akan berkhidmat dengan kerajaan dan agensi kerajaan bahkan mereka akan berkhidmat dengan agensi swasta sahaja tapi mereka tak sadar mengenai perancangan Allah SWT terhadap hambanya.

Kata mereka" buat apa berkhidmat dengan agensi kerajaan yang penuh dengan masalah dan korupsi serta pembohongan, baik buat kerja sendiri atau berkhidmat dengan swasta saja" tapi apa yang kutemui dan kuselidiki segala perancangan mereka tidak berjaya melainkan dengan perancangan Allah ta'ala. teman-teman yang dahulunya lantang menentang agensi kerajaan tersebut kini menjadi kuli yang berkhidmat dibawah agensi tersebut .. bukan kata sedikit tapi yang pernah jadi hadcore pun sama juga . alasan mereka cuma satu aja .. ala nak cari makan .

Deme tu tak fikir ker apa yang pernah dema katakan semua adalah pembalikan yang dijatuhkan pada mereka.mereka lupa firman tuhan yang bermaksud "wahai orang yang beriman adakah kamu memerintahkan sesuatu sedang kamu sendiri tidak melakukannya ? besarlah kemurkaan Allah bagi mereka yang berkata demikian"

Dengan tenang daku beristighfar mohon keampunan dari Yang Maha Esa moga dihindarkan dari perkara-perkara tersebut berlaku dalam hidup ini. sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah serta pengajarannya. perangkap tidak pernah lupakan pelanduk tapi pelanduk yang selalu lupakan perangkap



Tiada ulasan: