Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 21 Disember 2025

SURAT DARI SEKOLAH KE RUMAH: MENGEMBALIKAN MANUSIAWI ANAK KITA

 SURAT DARI SEKOLAH KE RUMAH: MENGEMBALIKAN MANUSIAWI ANAK KITA

Ke hadapan Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati,

Apabila anak-anak melangkah keluar dari pagar sekolah semalam, kami, para guru, telah menyerahkan kembali amanah ini ke tangan tuan puan. Di sekolah, kami membina struktur akalnya mengajar membaca, mengira, dan menaakul. Namun, bermula hari ini, di rumahlah terletaknya bengkel sebenar untuk membina jiwanya.

Cuti sekolah adalah detik paling genting untuk kita menyuntik kembali "vaksin kemanusiaan" yang kian luntur ditelan kesibukan rutin.

Justeru, ambillah peluang emas ini untuk mengajarkan Kurikulum Kehidupan yang tiada dalam buku teks:


1.Ajar Mereka Menjadi 'Hamba', Bukan 'Raja'

Dalam dunia moden, anak-anak sering dilayan bak raja; semua tersedia, semua mudah. Cuti ini, ajarkan mereka erti khidmat. Libatkan mereka dalam tugasan rumah menyapu sampah, melipat baju, menyiang ikan. Ini bukan penderaan, tetapi pendidikan. Ia mengajar mereka bahawa tanggungjawab adalah sebahagian daripada kehidupan, dan keselesaan itu perlu diusahakan, bukan sekadar diminta.


2.Rawat Ketagihan 'Segera' dengan Kesabaran

Anak-anak kita ialah generasi klik-dan-dapat. Mereka membesar dengan algoritma yang memberi kepuasan serta-merta. Di rumah, ajarkan nilai sabar. Tanam pokok yang memakan masa untuk berbuah, atau masak makanan yang renyah prosesnya. Biar mereka belajar bahawa perkara yang indah memerlukan masa, dan kebosanan bukanlah musuh, tetapi ruang untuk merenung ke dalam diri.


3.Pulihkan Bahasa Sentuhan dan Tatapan Mata

Gajet telah merompak seni perbualan kita. Mata anak memandang skrin walau mulut bercakap dengan ibu. Kembalikan adab perhubungan manusiawi. Tetapkan peraturan mudah: "Bila bercakap, pandang mata. Bila makan, letak telefon." Nilai empati dan santun tidak boleh dipelajari melalui Emoji WhatsApp; ia dipelajari melalui nada suara ibu dan raut wajah ayah yang sebenar.


4.Raikan Kegagalan dan Kesusahan Kecil

Jangan terlalu melindungi anak daripada kesusahan kecil semasa cuti. Jika mereka jatuh basikal, biar mereka bangun sendiri. Jika mereka bosan, biar mereka cari jalan menghiburkan diri tanpa skrin. Pendidikan manusiawi bermaksud mendidik anak menjadi resilient (tahan uji). Anak yang tidak pernah merasa susah, tidak akan kenal erti syukur.


5.Jadilah Cermin, Bukan Sekadar Penasihat

Akhir sekali, ingatlah bahawa anak-anak tidak mendengar apa yang kita syarahkan, tetapi mereka meniru apa yang kita lakukan. Jika kita mahu anak yang beradab, tunjukkan adab kita dengan pasangan dan orang tua. Jika kita mahu anak yang tidak hamba gajet, letakkanlah telefon kita dahulu.


Tuan Puan,

Sekolah boleh menjadikan anak tuan puan pandai, tetapi hanya rumah yang boleh menjadikan mereka manusia yang budiman.

Gunakanlah cuti ini untuk membina akar yang kukuh di dalam diri mereka. Supaya apabila sekolah dibuka nanti, tuan puan bukan sahaja menghantar kembali seorang murid yang cerdas otaknya, tetapi seorang manusia yang hidup hatinya.

Selamat mendidik dengan kasih sayang.

Yang menjalankan amanah,

GB IZZ

Seorang Guru, Seorang Bapa.

Isnin, 25 September 2017

Luahan Hati Insan Bergelar Guru

Kami para guru disekolah seluruh negara tidak pernah membuat tayangan cerita 'blue' kat murid-murid. Apatah lagi kat murid sekolah rendah.Jadi dari mana mereka belajar tentang hal ini? Sehingga melukis gambar lucah cikgu sendiri dan berkongsi pula dengan rakan-rakan.Amat menyedihkan akhlak anak-anak sekarang, berani mengugut untuk merogol guru mereka sendiri. Ugutan ROGOL tuan puan. Bukan ugutan mencalar kereta atau sekadar melawan dengan kata-kata. Lebih menyedihkan, ugutan ini keluar dari murid sekolah rendah. Yang usianya belum pun mencapai 13 tahun lagi. Apa hal ini kita masih boleh menutup mata?Semalam saya berkongsi gambar pelajar lelaki yang mengacungkan jari tengah (simbol fuck) kepada guru mereka.

Luahan Hati Seorang Walid

Saya tak sedih tahfiz terbakar sebab YA....sudah nak terbakar, terbakarlah dia. Biarlah orang nak persoalkan ciri keselamatan ker hapa. Pandai2lah ambil ikhtibar.Saya juga tak sebak anak2 tahfiz tu rentung. Syurgalah tempat mereka. Anak saya yang masih hidup ni tak tahu lagi akan menghuni syurga atau sebaliknya. Harap2 syurgalah juga namun jika boleh usahlah pergi dalam keadaan azab dan rentung, tapi andai itu yang sudah ditetapkan yang maha kuasa, YA.. saya akan belajar untuk redha. INSYAALLAH.

Tapi air mata saya bergenang, dada saya sebak dan tak tertelan air liur saya dek kerana terasa berpasir tatkala mendapat tahu yang menjadi dalang kepada musibah itu adalah anak2 yang sebaya anak saya malah lebih muda dari anak saya sendiri.
Spontan terlintas difikiran..."Ya Allah... anak2 jenis apakah yang sudah generasi aku lahirkan keatas dunia ini? Kenapa zalim dan langsung tidak ada sedikit rasa kasihan atau peri kepada manusia lain yang masih bernyawa?Adakah anak2 ini yang tidak boleh ditegur guru, ditegur jiran, dirotan guru, didenda tatkala tidak menyiapkan kerja sekolah dan adakah anak2 generasi ini yang tidak boleh duduk di atas jalan tar semasa perhimpunan sekolah?

Adakah anak2 ini yang tatkala kita ibu bapa dipanggil guru kerana anak kita merokok dan memonteng kelas tapi kita maki kembali cikgu dengan mengatakan anak kita anak yang baik dan kita akan menyaman sekolah kerana kununnya mahu menfitnah anak kita?
Adakah anak2 ini yang tatkala rambutnya dibotakkan guru displin kerana berfesyen serta berwarna kita serang sekolah dan menyuruh anak kita untuk tidak hadir ke sekolah kerana kununnya guru2 kurang ajar dan tidak tahu adab bersama pelajar?Adakah anak2 ini?
Anak2 yang dimanjakan secara membuta tuli. Anak2 yang diajar kasih sayang melalui wang ringgit, gadjet mewah dan kebebasan tanpa batasan.

Anak2 yang kita fikir sudah terlalu dewasa dan matang untuk menjaga diri sendiri tatkala kita terlalu sibuk dan lelah mencari nafkah memburu rezeki dari subuh gelap hingga lewat malam gelita dek kerana desakan kos sara hidup yang semakin menyempit?
Allahuakhbar!!!Tak terfikir Tak terbayang!Kenapa anak2 generasi baru ni terlalu ekstrem!
Kenapa anak2 generasi baru ni terlalu bebas!Kenapa anak2 generasi baru ni terlalu 'cendiakawan'!Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa???Ibu bapa generasi hujung 70an dan awal 80an.

Kita boleh berbangga kita hamil kerana menggunakan produk itu dan produk ini. Bunjut itu dan bunjut ini.Kita megah air susu kita meriah kerana mengamalkan produk itu dan produk ini. Pam itu dan pam ini.Tapi untuk mendidik anak menjadi anak yang mendengar kata, anak yang ada sifat peri dan belas dalam diri, anak yang berakhlak serta berbudi, tidak ada alat atau pun produk atau supliment yang boleh kita beri pada mereka kecuali kita berikan didikan dan tauladan yang baik yang datangnya dari kita sendiri.

Mungkin kita tak punya banyak masa memantau mereka tetapi bagaimana kita berusaha mencari duit untuk hidup begitulah juga kita harus berusaha mencari masa agar anak kita tidak terlalu selesa bebas melakukan apa saja sehingga tergamak melakukan jenayah yang akhirnya membuat kita merana.*Berhentilah masuk campur urusan guru2 sekolah semasa mendidik anak2 kita. Biarlah anak kita dirotan, ditampar didenda selagi mana anak kita tidak lumpuh tidak koma tidak mati. Yakinlah guru2 disekolah niatnya mahu mendidik. JARANG guru menghukum murid tanpa sebab. KEBANYAKKAN guru menghukum kerana mahu mendidik. Anak kita dihukum pasti bersebab.*
*Sudah2lah asyik mahu menyerang sekolah menyaman sekolah hanya pada perkara kecil yang mana zaman2 kita dahulu pun kita lalui perkara yang sama tapi ibu ayah kita tak menyebelahi kita pun, malah ibu ayah akan menyokong apa yang guru2 buat pada kita kerana mak ayah kita berpegang pada prinsip, "cikgu mahu mendidik dan jika anak aku tak salah cikgu tak akan menghukum".*
Tapi mak ayah zaman moden sudah terlalu manjakan anak sehingga anak2 hilang hormat pada guru malah tidak ada rasa hormat pada masyarakat jiran keliling kerana sudah dididik jika jiran mengadu perihal buruk anak mereka, si ibu atau si ayah akan menyerang si pengadu dengan mengatakan "usah masuk campur urusan keluarga mereka"
Makanya generasi 70an dan 80an.
Fikir... adakah kita berterusan mahu melahirkan generasi yang terlalu ekstrem dan hilang rasa belas kasihan pada insan lain?
Jawapannya sudah tentu TIDAK.
Namun apa usaha kita untuk membendung semua ini?
Muhasabah diri.
Fikir berkat tak berkat rezeki yang kita kenyangkan perut anak2 kita.
Renung dalam2 mata anak kita dan tanya diri kita...
*1) Bila kali terakhir kita kejut anak kita solat subuh?*
*2) Bila kali terakhir kita punggah beg sekolah anak2 kita dan periksa sehelai demi sehelai buku2 sekolahnya?*
*3) Bila kali terakhir kita periksa gadjet2 anak kita?*
*4) Bila kali terakhir kita peluk kita cium dan kita berbual2 dengan anak kita?*
*5) Bila kali terakhir kita solat sama2 dan mengaji sama2 dengan anak kita?*
*6) Bila kali terakhir kita memberi nasihat dan mengingatkan anak kita apa yang boleh dibuat apa yang jangan dibuat?*
*Fikir, Ingat, Renung dan Masih Sempat Jika Mahu Berubah* .

Ahad, 24 September 2017

Salam Awwal Muharram 1439


Assalamualaikum sahabat- sahabat yang dirahmati Allah SWT

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kesempatan kepada kita untuk berada dalam tahun baru hijrah 1439 Hijrah. Bersempena dengan tahun baru hijrah ini, marilah sama sama kita berusaha untuk menjadi insan yang terbaik dan bermanfaat kepada semua. Selain itu, sama- sama kita buat perubahan dalam diri kita terutama dari segi ibadah dan pembangunan sahsiah diri.

Semoga kita senantiasa diberikan pertunjuk dan hidayah daripada Allah SWT.

Selasa, 25 Oktober 2016

Melaka Juara Liga Perdana 2016

Assalamualaikum 

Tahniah diucapkan kepada pasukan Melaka United yang telah berjaya menjuarai Liga Perdana untuk tahun 2016. Tahniah diucapkan kepada pemain dan pihak pengurusan terutama kepada Ketua Jurulatih Melaka United, Coach Mat Zan yang telah bersusah payah berusaha untuk memastikan Melaka United terus unggul dan berjaya ke Liga Super pada tahun 2017. 

Sememangnya ini merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh anak melaka tak kira dimana mereka berada.Kenangan yang akan terpahat disanubari setiap anak melaka yang ingin melihat pasukannya berjaya dengan jayanya. 

Cuma ada beberapa harapan yang rasanya boleh saya coretkan disini khusus buat para pemain Melaka United sebagai bekalan pada masa hadapan : 

1. Amanah pada tanggungjawab yang diberikan. 
Sebagai pemain yang profesional dan dibayar gaji, perlulah sentiasa melaksanakan tugasan atau homework yang diberikan serta melaksanakan tugas dengan sebaiknya. Walaupun dibayar mahal tetapi persembahan yang diberikan dalam setiap perlawanan perlu setimpal dengan apa yang diberikan. 

Sombong Punca Ukhwah Terputus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua 

Rasanya dah lama sangat tak menulis dalam blog yang rasanya dah dekat 5 tahun nie. Malam nie tergerak hati nak tulis satu tajuk yang mungkin sama-sama kita boleh ambil kesedaran dan manfaat untuk semua khususnya kita yang mengaku beragama islam. 

Bila cakap pasal sombong, memang rata raka dikalangan kita tahu yang sombong nie salah satu daripada sifat mazmumah yang tercela. Sombong juga merupakan salah satu daripada punca atau asbab yang menyebabkan iblis dan syaitan disingkirkan daripada syurga dek kerana merasakan dirinya lebih hebat dan lebih mulia daripada Nabi Adam Alaihissalam. 

Kita juga sebagai anak adam dan hamba Allah yang hidup di akhir zaman ini juga tidak lari daripada sifat tersebut tak kiralah kita ini pemimpin atau orang biasa. Disebabkan kita merasakan yang diri kita ini dah cukup hebat dan cukup bagus jika dibandingkan dengan orang lain yang kurang berbanding kita. 

Jumaat, 7 Oktober 2016

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua readers yang dihormati 
semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan semoga kita senantiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT . 

Sahabat yang dikasihi, 

Bersempena dengan peperikaan PT3, SPM dan STPM yang bakal menjelang tiba bermula 10 Oktober ini, saya ingin berkongsi satu doa yang mungkin boleh kita sama-sama amalkan khusus para ibubapa yang anaknya bakal menduduki peperiksaan tidak berapa lama lagi 

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء و المرسلين سيدنا محمد وعلى اله واصحابه اجمعين 


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.