Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 11 November 2012

Cari Bahagia .. Bukan Hospital Bahagia

Assalamualaikum .. salam mesra

Malam nie nak kongsikan apa yang diungkapkan oleh Tuan Guru Ustaz Dato' Ismail Kamus berkaitan 11 Tanda orang yang hidup bahagia. Bukan apa kadang -kadang kita tengok orang kaya hidupnya serba mewah tapi tak pernah rasa tenang dan bahagia. Macam tu jugak lah orang miskin yang hidup kat atas muka bumi Allah nie yang hanya mengutamakan kehidupan dunia sahaja tanpa memikirkan bekalan kat akhirat pun hidup tak bahagia. Malas nak berusaha dan sentiasa nak harapkan bantuan dan subsidi dari orang lain . Camnalah nak hidup bahagia ek. Satu lagi nak hidup bahagia bukan kena masuk hospital bahagia tapi ada cara mudah untuk hidup bahagia kalau kita berjaya amalkannya. 

Nak tau tak apa tanda dan alamat yang menunjukkan orang tu pastikan hidup tenang dan bahagia didunia dan akhirat antaranya ialah : 


1. Tanda orang tu bahagia ialah dia tak banyak bercakap atau kurang bercakap dan dia akan cakap bila ada keperluan tapi kalau jenis yang banyak cakap, kepoh sana kecoh sini belum tentu orang tu akan hidup bahagia. 

2. Sentiasa mengamalkan sikap tawaduk atau merendah diri. Yang ini yang kita selalu kurang dalam diri espacialy yang tulis blog ini ler .. so nak kena perbaiki balik sifat peribadi kita. 

3.Berkasih sayang sesama makhluk. Ini yang kita selalu kurang ambil berat iaitu mempunyai sifat ihsan dalam diri. Nampak kucing saja pakat sepak terajang belaka .. Nampak orang yang kurang siuman pakat maki hamun belaka. Sahabat-sahabat ini bukan sifat yang diajar oleh Nabi S.A.W. Apa yang Nabi S.A.W ajar ialah "Barang siapa yang ingin dikasihi maka dia perlu mengasihi" dan dalam Hadis  Nabi SAW yang lain " Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. 

4.Bersahabat dengan orang Soleh. Berkawanlah kita dengan para alim ulama yang berada dekat dengan kita. 

yang lainnya sahabat-sahabat boleh membacanya sendiri dan sama-sama kita perbaiki diri kita dan buat yang terbaik moga-moga kita dirahmati .. aamiin .. 

Tiada ulasan: