Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 24 Februari 2011

PENUBUHAN ALUMNI PELAJAR MELAKA MESIR

PENUBUHAN ALUMNI PELAJAR MELAKA MESIR 
 
TARIKH : 26 FEBRUARI 2011
 
MASA : 9.00 PAGI 
 
TEMPAT : INB RESORT , AYER KEROH , MELAKA


Sabtu, 12 Februari 2011

HENTAM VALANTINE : PEMUDA KRISTIAN BERANG ..

Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.

Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.

Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."

Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.

Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."

Menurut kenyataan itu lagi, Siti Nor Bahyah juga telah melandaskan hujahnya dalam rancangan itu "dengan legenda dan kisah dongeng yang tidak disokong (fakta)."

"(Siti Nor Bahyah) juga telah memilih untuk menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran masyarakat lain dengan pandangan yang salah (dan) diperolok-olokkan sebagai fakta," kenyataan itu dipetik.

Tiada asas dalam Kristian


Selebriti berkenaan juga antara lainnya telah menyebut beberapa versi latar belakang sambutan Hari Valentine dalam program berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Youtube.

Versi pertama yang disebut oleh Siti Nor Bahyah itu membabitkan amalan penyembahan seorang "dewi cinta" oleh masyarakat Rom kuno.

Salah satu lagi versi yang disebut itu membabitkan sambutan bagi memperingati seorang paderi bernama Saint Valentine yang dibunuh kerana menyebarkan ajaran Kristian.

"Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordoba, Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka."

"Yang keempatnya sebab kita tak boleh sambut Valentine ini sebab meraikan burung yang suka mengawan pada 14 Februari. Ini ialah tradisi orang Inggeris," kata Nor Bahyah lagi dalam rancangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan.

Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.

p/s: inilah usaha kristian untuk menyesatkan umat islam ..

HARAMKAN VALENTINE

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menyeru supaya fatwa pengharaman sambutan Hari Valentine diwartakan di seluruh negara. Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah itu perlu dilakukan "bagi membolehkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan lebih tegas."

Katanya, masih terdapat sebahagian umat Islam yang menyambut hari berkenaan walau ianya telah diputuskan sebagai "haram" oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005."Tidak ada salahnya pihak yang diberi kuasa melaksanakan kawalan moral sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang terhadap umat Islam."Malah orang awam juga dibenarkan mengikut Akta Tatacara Jenayah (Mahkamah Syariah) di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri melaksanakan kawalan pencegahan maksiat ini seperti yang dibenarkan oleh undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak berkuasa agama Islam perlu tegas dalam menjalankan kawalan pencegahan maksiat seperti itu dan bukannya terhad kepada hari Valentine sahaja.

"Tiada istimewanya hari tersebut yang membolehkan umat Islam bebas dari undang-undang jenayah syariah."Kawalan pencegahan maksiat ini perlu terus dilaksanakan sepanjang tahun selepas ini," katanya.Katanya lagi, PPMM turut kesal dengan kenyataan golongan tertentu yang mempertikai pengharaman Hari Valentine.Beliau mendakwa, Hari Valentine itu sememangnya berpunca daripada agama Kristian serta disambut bagi mengingati seorang santonya – Saint Valentine.

"Saint Valentine dianggap sebagai pejuang agama Kristian yang dibunuh kerana menyebarkan agama Kristian oleh orang Rom."Saint Valentine dianggap sebagai utusan agama Kristian yang dikenang, didewakan serta dipuja pada tarikh kematiannya," katanya lagi.

Khamis, 10 Februari 2011

Rokok ada bahan Babi

Satu penemuan baru oleh Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney Australia yang mendapati rokok mengandungi bahan dari darah khinzir sepatutnya membuka mata hati umat Islam yang berpendapat dan mengatakan ROKOK TIDAK HARAM.

Profesor Chapman telah merujuk kepada penemuan Pengkaji dari Belanda yang telah mengenal pasti sejumlah 185 bahan berbagai guna menggunakan "haemoglobin" atau darah merah.Termasuk darah khinzir yang di gunakan pada penapis "filter" rokok.Darah khinzir di gunakan untuk menjadikan penapis rokok lebih berkesan menghalang bahan kimia dari terus masuk ke dalam paru paru perokok.


Penemuan Prof Chapman ini telah membongkarkan bahawa selama ini syarikat Pengeluar rokok sedunia tidak pernah mengistiharkan adanya kandungan bahan ini dalam rokok keluaran mereka.Nampaknya perkara ini dirahsiakan selama ini.Sukar untuk di percayai bahawa syarikat pengeluar rokok tidak perlu mengistiharkan kandungan bahan yang ada dalam rokok kerana menurut kata mereka bahan bahan dalam rokok ada 'resipi rahsia bisnes".Ini sangat mengejutkan kita.


Jika anda seorang perokok , bayangkan sudah berapa banyak bahan HARAM termasuk darah khinzir saperti ini sudah meresap kedalam darah daging anda dan keturunan anda?

Sabtu, 5 Februari 2011

IMAM DARI SUDUT PANDANG MANTAN SU BKKIMM

assalamualaikum .. salam hormat buat semua reader yang mengunjungi blog hamba pada kali ini .. Alhamdulillah timbul satu perasaan yang membungkam dalam hati yang ingin hamba luahkan disini mengenai pertikaian antara penubuhan IMAM bagi mengantikan BKKIMM yang telah sekian lama berada di Bumi Ardhil Kinanah berbakti kepada sekelian pelajar Melaka yang menuntut di Mesir. Hamba merupakan salah seorang daripada pimpinan BKKIMM atau nama penuhnya BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR yang pernah memimpin Badan Kebajikan yang dulunya diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Melaka ingin menyatakan bahawa apa yang berlaku kepada Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir pada tahun ini sebenarnya adalah salah satu daripada tindakan yang kedua yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri Melaka Khususnya dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ini kerana pada pandangan saya tindakan menubuhkan IMAM iaitu Badan yang diterajui oleh pimpinan Kelab UMNO Melaka yang dahulunya berpusat di Seketeriat Kelab UMNO Mesir di Rabaah Mesir dan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah Mesir ini sebenarnya telah lama berlangsung dan ianya mengambil cara atau kaedah sepertimana yang pernah dilakukan pada Badan Kebajikan Pelajar Selangor Mesir (BKSM) sehingga badan kebajikan berkenaan tidak diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan pimpinan Dr. Khair Toyo Al-Jawi membawa kepada penubuhan Badan Anak Selangor atau BAS. 
Akan tetapi BAS akhirnya terbabas disebabkan tiada sokongan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang tumbang pada tahun 2008 dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dapat kembali semula mentadbir Rumah Selangor hingga kini. Itu Cerita Selangor. Cerita Melaka pula bermula selepas kunjungan Ketua Menteri Melaka pada 2003 yang memaksa BKKIMM untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan kami telah pun berdaftar. Tak cukup dengan itu BKKIMM digemparkan dengan pertemuan sulit antara pelajar-pelajar baru dari Kolej Universiti Islam Melaka yang telah diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah bersama dengan Pendaftar KUIM, diberitakan para pelajar ini telah digesa dan diugut untuk tidak menyertai sebarang program yang dianjurkan oleh Bkkimm serta PMRAM bahkan dipaksa untuk mengisi borang keahlian UMNO. Ini adalah langkah kedua yang dilakukan bagi memastikan Kelab UMNO Melaka Mesir berjaya menakluki Wisma Melaka. 

pada hemah saya tindakan yang dilakukan adalah kerana perasaan dendam kesumat yang telah lama terpendam dan akhirnya diterjemahkan pada tahun ini. justeru itu saya menyeru kepada sahabat-sahabat yang mengikuti perkembangan yang berkaitan adakah tindakan yang diambil wajar atau kita terjemahkan dalam pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi