Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 15 April 2009

Semester baru ..Azam baru ..-Malaysiakini

assalamualaikum .. salam perjuangan buat semua

semester baru untuk student DPLIUM telahpun bermula selasa lepas setelah berakhirnya semester satu 3 bulan yang lepas yang telah meninggalkan pelbagai kenangan manis dek ukhuwah yang mula terjalin sebermula pendaftaran dan minggu haluan siswa januari lepas.

kini hari ketiga semester yang baru bermula. ramai teman-teman dan rakan-rakan ku yang telah memasang azam baru dengan semangat yang jitu yang dikumpulkan dalam tempoh seminggu bercuti yang tak macam cuti. rasa semangat tu seolah-olah meresap didalam sanubari setiap yang bersalaman denganku. tampil dengan wajah yang ceria seolah-olah baru meraikan kemenangan dan kejayaan. tak kisah lah tu .. yang penting gerak kerja yang bakal dilaksanakan selepas ini diharapkan akan memberikan impak yang cukup berkesan dalam hati dan jiwa nurani bersama.

jika awal tahun miladi kita cukup sibuk memperkatakan tentang azam tahun baru, tak ketinggalan bagi pelajar DPLIUM yang telah sibuk memasang azam baru untuk semester yang baru. padaku tak salah untuk memasang azam dan tak perlu nak minta izin dengan en azam sebaliknya apa jadi dengan azam yang lama?? kat mana hala tuju yang nk kita pergi. cukupkah sekadar dengan memasang azam setiap kali nak mula seolah-olah macam kita dah lupa tentang persetiaan yang kita buat semasa kita solat.

tiada niat nak menyalahkan sesiapa cuma luahan rasa hati pada diri yang kurang mampu untuk merubah diri yang masih memerlukan bimbingan. hanya kuharapkan sokongan dan dokongan dari rakan-rakan untuk sama-sama memacu kekuatan mencapai kecemerlangan khususnya untuk mendaulatkan islam dalam diri anak didik kita nanti .. salam perjuangan ..adios

Tiada ulasan: