Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 28 Disember 2008

Pendakwah didakwah ke berdakwah ??-Malaysiakini

"Assalamualaikum ustaz, malam nie nak minta sampaikan kuliah kat surau boleh tak??ok ana tunggu yer ." Beginilah senario yang berlaku dalam negara kita apabila para pendakwah yang mempunyai ilmu pengetahuan tapi tak tau bagaimana untuk mengaplikasikan serta menyampaikan ilmu pada orang ramai.

semasa entry ini saya tulis, saya baru sahaja mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh Yb.Dr.Zulkifli Ahmad,Pengarah Pusat Penyelidikan Pas pusat yang dibuat di pantai kundur, melaka. Dalam seminar berkenaan, Dr.Zul telah menerangkan mengenai ciri-ciri pimpinan yang mudah untuk memenangi hati orang disekelilingnya.

antara komentar yang menarik perhatian saya ialah mengenai peranan pendakwah pada masa kini yang dikatakan mandom dan lesu dalam usaha mendampingi masyarakat. kita lihat pada masa sekarang, dunia makin lama makin maju dan sewajarnya daie atau pendakwah ini bergerak seiring dengan kemajuan dunia dalam menyampaikan dakwah.

kita lihat juga, antara sebab-sebab yang menarik perhatian orang ramai atau masyarakat untuk terhadap dakwah islam ialah cara komunikasi atau interaksi yang digunakan.Kadang-kadang cara atau kaedah yang digunakan oleh pendakwah islam dalam menarik perhatian masyarakat khususnya yang bukan beragama islam untuk bersama sama dengan perjuangan islam pada masa sekarang boleh lah saya kata sebagai kurang sesuai dengan situasi masyarakat sekarang di malaysia.

Jika dulu, para sahabat Nabi SAW, menggunakan pendekatan yang berhikmah dengan memperdengarkan bacaan alquran serta menyampaikan hadis Nabi SAW melalui lisan tapi sekarang kenapa kita tak nak cuba gunakan teknologi moden yang ada pada masa sekarang nie untuk sebarkan dakwah. rasanya tak berdosa kalau kita sampaikan dakwah menggunakan teknologi yang sedia ada sekarang. Pokok pangkalnya pada kita. Tepuk Dada Tanya Iman jangan tanya aiman comform dia akan kata " Aiman tak kisah"

Tiada ulasan: