Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 6 Disember 2012

Pendekar Tahan Lasak

Assalamualaikum .. 

Pagi tadi sempat meneliti akhbar sinar harian yang memaparkan keganasan samseng / pemuda tahan lasak UMNO Selangor yang telah membuat onar mengganggu ceramah Merdeka Rakyat yang dilaksanakan di Gombak Utara. Nampak daripada apa yang dilakukan jelas membuktikan tindakan yang diambil oleh muda mudi tersebut tidak demoktarik dan mengkhinzir buta. 

Mana tidaknya tindakan yang dilakukan dengan mengancam, membaling objek kepada orang awam yang datang mendengar ceramah berkenaan membuktikan mereka sengaja mencetuskan provokasi dan dengan kata lain mereka sendirilah yang mengembalikan nostalgia tragedi Lubuk Merbau perak dimana berlaku kekacauan dan kekecohan yang ditimbulkan sendiri oleh penyokong UMNO/ BN yang berada disitu. 


Seolah-olah apa yang dilakukan itu menunjukkan mereka tidak ada lagi sifat malu dan segan bahkan dengan kata lain terlalu kurang ajar dan perlu diajar. Apa yang saya cukup kesalkan disini ialah tindakan lembab dan lambat pihak polis dalam menyelesaikan insiden yang berlaku sehingga menampakkan seolah-olah pihak polis sengaja membiarkan kejadian tersebut berlaku sebagaimana yang berlaku di Merlimau semasa kunjungan pemimpin pakatan rakyat dan juga kunjungan Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin. Jelas menampakkan mereka sebenarnya yang kolot, jumud dan purba. 

Ingatan saya buat sahabat-sahabat saya pemuda-pemuda UMNO, Jika anda benar-benar bertamadun, bertindak lah secara rasional dan waras.Jangan ganggu ketenteraman orang lain jika anda tidak suka diganggu. 


Tiada ulasan: