Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 22 November 2012

Briged Izzuddin Qassam Paksa Israel Menyerah Kalah



Brigade Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas menegaskan bahwa semasa pertempuran hijaratussijjil yang mengambil masa 8 hari, mereka telah melepaskan 1573 roket dan misil, sebagiannya digunakan untuk pertama kalinya dalam pertempuran ini.


Dalam perkembangan berkaitan mereka memaklumkan bahawa mereka telah  melepaskan enam jenis roket M75 jarak jauh dan buatan tempatan serta enam roket jenis Fajar 5 juga jarak jauh dengan target Hertezelian dan tiga di antaranya ke Jerusalem serta tujuh roket jenis yang sama kea rah kota Tel Aviv dan satu ke arah Berseba.Mereka juga menegaskan bahawa pihaknya juga mampu mensasarkan tembakan roket tersebut kearah pesawat tempur Israel, kapal perangnya dan alat tempur Israel lainnya dan untuk pertama kalinya menggunakan roket-roket jarak jauh buatan tempatan yang jarak tempuhnya hingga 80 km ke arah Hertezelia.

Brigade juga menegaskan, bahawa untuk pertama kalinya dalam sejarah konflik, pihaknya menyerang Tel Aviv dan Jerusalem (Al-Quds) dan elit Israel terpaksa mengibarkan bendera putih mengajak gencatan senjata.

Tiada ulasan: