Translate

Followers

Isnin, 29 Jun 2009

NAK KAHWIN TAK NAK KAHWIN

PERKAHWINAN antara ibadah mendekatkan diri kepada Allah. Seorang mukmin yang berkahwin dengan ikhlas untuk memelihara diri daripada maksiat mendapat pahala dan ganjaran Allah.
Pergaulan bebas hari ini mudah menjerumuskan golongan belum berkahwin melakukan perkara dilarang agama seperti bersekedudukan dan seks bebas. Justeru, untuk mengelak perkara yang boleh merosakkan kesejahteraan hidup bermasyarakat ini, Islam menganjurkan umatnya berkahwin serta membina keluarga bahagia berlandaskan syariat. Pada masa sama, sebagai umat Islam, kita ingin mengikut serta memenuhi sunah Rasulullah SAW yang menjadi idola. Sabda Baginda SAW bermaksud: "Nikah itu sunahku, siapa tidak suka sunahku, maka bukan ia daripada golonganku." (Hadis riwayat Bukhari)

Sabda Nabi SAW: "Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak kerana sesungguhnya aku akan bermegah dengan banyaknya kamu di depan umat lain pada hari kiamat." Hadis itu menjelaskan kahwin perlu disempurnakan setiap umat Islam yang berasa dirinya mampu berbuat demikian. Walaupun Islam tidak mewajibkan kahwin, namun ia adalah suruhan dan anjuran yang tidak wajar diingkari. Oleh itu, jika seseorang berkemampuan dari segi fizikal dan mental serta ditakuti melakukan perbuatan nista seperti zina, maka wajib ia kahwin. Jika tidak ada hal ditakuti tadi, sedangkan ia mampu dan sanggup berkahwin, maka hukumnya sunat, tetapi tidak digalakkan dalam Islam. Makruh seseorang berkahwin jika dia tidak mampu atau sanggup memberi nafkah selepas berkahwin.

Namun, perkembangan hari ini memperlihatkan sesetengah pihak menganggap perkahwinan tidak perlu bukan disebabkan tidak mampu sebaliknya sengaja memilih hidup solo kerana inginkan kebebasan mutlak. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang. Ada juga yang tidak mahu kahwin atas alasan tidak mahu memberi nafkah atau memikul tanggungjawab menjaga serta memenuhi keperluan ahli keluarga. Ini sikap orang malas dan berlawanan syariat Islam. Sabda Nabi SAW bermaksud: "Satu dinar engkau belanjakan di jalan Allah dan satu dinar engkau belanjakan buat memerdekakan budak, dan satu dinar engkau belanjakan buat anakmu. Yang paling utama daripada semua itu ialah satu dinar yang engkau belanjakan buat anakmu." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Diriwayatkan daripada Abu Dzar, Nabi Muhammad SAW bertanya Ukkaf Basir At Tamimi Al Hilali: "Wahai Ukkaf! Apakah engkau mempunyai isteri? "Ukaff menjawab: Tidak." Baginda SAW bertanya lagi: "Adakah engkau orang yang mampu dalam keadaan baik dirimu?" Jawab Ukaff: "Ya, aku orang yang mampu." Mendengar jawapan itu, Nabi SAW pun bersabda seperti memberi keputusan.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Jika begitu engkau daripada saudara syaitan. Jika engkau daripada kaum Nasrani, nescaya engkau termasuk pasturnya. Sesungguhnya sunah kami ialah nikah (kahwin). Sejahat-jahat kamu ialah yang tidak kahwin. Serendah-rendah orang yang mati daripada kamu ialah yang tidak mahu kahwin. Apakah dengan syaitan kamu akan berhubungan? Tidak ada senjata bagi syaitan yang lebih ampuh buat menggoda orang salih, lebih daripada meninggalkan perempuan (tidak kahwin)." Md Ali Alhamidy dalam bukunya Godaan Setan menulis: "Menahan diri tidak kahwin, pada hal kesanggupan dan kemampuannya masih ada, ditambah memang Allah dan Rasul-Nya menganjurkan kahwin, maka ia akan menanggung hidup yang sangat berat, apa lagi jika nafsu syahwatnya datang merangsang, maka kemungkinan ia terjerumus ke dalam perbuatan nista." Sebelum terjerumus seperti kata Md Ali Alhamidy itu, elok yang dewasa, berkemampuan dari segi kewangan, berkeupayaan dan sihat tubuh badan segera menyempurnakan sunah Nabi SAW. Jangan tangguh kerana kahwin melahirkan zuriat yang akan membanggakan Nabi SAW di depan umat lain pada hari kiamat.

Ahad, 28 Jun 2009

Email BERKENAAN ISU MINYAK DI KELANTAN

Aku nak tulis email ni sebenarnya malas nak masuk bab politik. Tapi sekarang ni dah jadi isu politik bila kerajaan Kelantan tuntut wang royalti hasil minya & gas yang disedut keluar dari luar pantai Kelantan ni.Perkara ni bagi aku, mmg patut. Sebab apa, macam negeri-negeri lain yang ada hasil minyak ni macam Terengganu, Sabah dan Sarawak, depa semua dapat hasil royalti masing-masing.Cuma aku simpati dengan Terengganu masa Hj Hadi pegang negeri tu dulu, Che Det pi tarik balik duit royalti & pi bubuh nama wang ehsan.Kesian kat Hj Hadi x ada duit nak develope negeri. Wang Ehsan Umno pi guna untuk promosikan diri depa. Perbagi duit tu kat rakyat yg ada member aku kerja minyak pun boleh dapat wang ehsan. Bukan setakat dia, bini dia sekali pun dapat.

Aku sound jugak kat dia, hang kerja minyak gaji dah besaq, apa kebuloq lagi duit RM300 tu, bukan setakat hang aja yang dapat, bini hang sekali. Dia selamba aja jawap, org nak bagi, sapu aja la.  Tapi takpa la, mak pak hang org JKKK, boleh la bedai duit tu. Bukan apa, aku rasa, ramai lg orang miskin yang lagi layak dapat duit tu.Ikut dia la tu, tapi nak buat lagu mana, duit ehsan depa dok taboq sampai umno boleh beli jiwa org terengganu sampai depa dapat perntah balik sampai la.Sebenarnya, aku nak cerita pasai minyak Kelantan ni. Kawasan minyak tu memang wujud. Dah lama dah kami dok sembang pasai benda ni.Kat Kelantan tu, bukan setakat telaga, tapi kawah minyak. Memang banyak minyak kawasan tu.Mula tu, kawasan ni jadi perebutan antara Malaysia dengan Siam, sama2 claim dok kata kawasan tu depa punya. Last2 sekali, bincang punya bincang, depa setuju nak develope sama-sama kawasan tu, jadi la nama dia Joint Development Area @ JDA. Lepas tu, 1 company depa setup lagi bagi nama Trans Thai Malaysia JV @ TTM JV.

Masa tu, nama macam Cakerawala & CTOC (carigali TTeppi Operating Company kalau x silap) pun aku ada dengar, tapi aku x berapa sure sangat pasai tu.Project pipeline dia ni, mmg aku terlibat. Skop aku offshore pipeline aja, sbb tu yg lain aku x berapa tau. Pipeline dari tengah laut tu sampai pantai Chana, Songkhla Thailand.Aku pun heran, awat depa nak buat pipeline sampai siam? Awat tak buat pi ke kelantan ka, sbb sana lagi dekat. Lepas tu aku dengar lagi, projek pipeline tu bahagian darat akan sambung sampai ke Gurun Kedah. So, mungkin che det nak bagi org kedah kerja aja kot.Lepas tu 1 lagi, org selatan thai ni mmg bantah projek ni. Kami yang pi kerja, masa sampai songkhla, mmg ada perasaan takut2.

Org siam buat demo bantah projek ni, sbb, bagi depa, hasil mai sedut tempat depa, tapi, hasil, semua taksin bawak naik pi bangkok. Org belah selatan, majoriti muslim ni dapat sikit2 ja atau x dapat langsung hasil tu.Kami semua dinasihatkan jangan pakai baju atau apa2 beg ka, topi ka yg ada logo syarikat minyak. Takut kena tibai dengan org siam.Nak mob/demod naik chopper pun kena naik kat heli base dalam army base. Aku kadang2 rasa macam nak berperang pulak, padahai, nak pi sambung pipe ja.Barge yang aku kerja tu nama dia Semac 1, milik Saipem. Kerja sambung pipe ja.Masa tu tahun 2005. Ada la dalam 4 bulan projek pipeline tengah laut tu, kalau x silap, dalam 160 KM panjang pipeline tu dari tengan laut sampai ke pantai Chana, Siam tu.

Tahun 2007, aku pi sekali lagi kat kawasan tu atas barge yang sama, masa ni aku buat pipeline untuk antara planform pulak. Masa tu, Thai Oil jadi client.Masa tu, platform Carigali Hess dah siap dah dah mula operasi sedut minyak. Carigali Hess yang aku tau Petronas ada share. Lepas tu, platform carigali hess ni ada dalam perairan malaysia (kelantan la tu)Aku kata dia ada dalam perairan kelantan, sbb masa tu, kami ada masalah permit to work sikit. So ada masalah, kami di Semac 1 berada kat Thailand water, lepas tu ada terlibat dengan Malaysian water dengan platform carigali hess ni. Tapi benda tu sekejap ja settle.Maknanya, dari situ la aku start tau bahawa carigali hess ni berada di perairan malaysia iaitu kelantan. Minya sedut dari Kelanta, lepas tu, pi bawak ke siam. Hasil depa share antara malaysia dengan Thailand.Bila keluar berita pasai Kelantan nak mintak royalti ni, baru la aku ingat pasai project yang aku pernah involve ni. Mmg sahih, platform tu ada kat Kelantan.Pasai kelantan patut dapat royalti, bagi aku, mmg patut.

Sumber : http://lordazaab.wordpress.com

Jumaat, 26 Jun 2009

EN. MICHAEL JACKSON MENINGGAL DUNIA

Pop giant Michael Jackson, who took to the stage as a child star and set the world dancing to exuberant rhythms for decades, died on Thursday after being taken ill at his home. He was 50.

Jackson was pronounced dead at about 2.26pm PDT (5.26am Malaysian time) after arriving at a Los Angeles hospital in full cardiac arrest, said Fred Corral of the Los Angeles County Coroner’s office.

The cause of death was not known and an autopsy would likely take place on Friday, he said.

Media set up across the street are seen outside the emergency room dock at UCLA Medical Center in Los Angeles. – Reuters pic

Jackson’s sudden death had been reported earlier by US media, which said he was taken ill at his Holmby Hills home and rushed to the hospital by paramedics who found him not breathing when they arrived.

There was no immediate comment from spokespersons for Jackson, who was known as the “King of Pop,” for hit albums that included “Thriller” and “Billie Jean.”

Outside the hospital in Los Angeles about 200 fans and reporters gathered on Thursday, waiting for confirmation of Jackson’s death or condition.

Some fans were crying and hugging each other, and others were climbing atop fences to get a better look at a microphone stand where a news conference was supposed to take place.

He had been scheduled to launch a comeback tour from London next month.

The entertainment website TMZ said that “We’re told when paramedics arrived, Jackson had no pulse and they never got a pulse back.”

Earlier, the Los Angeles Times said the singer had been rushed to a Los Angeles-area hospital by fire department paramedics.

The newspaper said paramedics performed cardiopulmonary resuscitation at the scene before taking him to the UCLA Medical Center hospital.

Known as the “King of Pop,” for hits that included “Thriller” and “Billie Jean,” Jackson’s dramatic, one-gloved stage presence and innovative dance moves were imitated by legions of fans around the world.

He transformed music videos and his lifetime record sales tally is believed to be around 750 million, which, added to the 13 Grammy Awards he received, made him one of the most successful entertainers of all time.

But Jackson’s belief that “I am Peter Pan in my heart”, his preference for the company of children, his friendship with a chimp, his high-pitched voice and numerous plastic surgeries also earned him critics and the nickname “Wacko Jacko.”

Comeback concerts

Jackson, who had lived as a virtual recluse since his acquittal in 2005 on charges of child molestation, had been scheduled to launch a comeback tour from London, starting July 13 and running until March 2010. The singer had been rehearsing in the Los Angeles area for the past two months.

The shows for the 50 London concerts sold out within minutes of going on sale in March.

His lifetime record sales tally is believed to be around 750 million, which, added to the 13 Grammy Awards he received, makes him one of the most successful entertainers of all time.

He lived as a virtual recluse since his acquittal in 2005 on charges of child molestation.

There were concerns about Jackson’s health in recent years but the promoters of the London shows, AEG Live, said in March that Jackson had passed a 4-1/2 hour physical examination with independent doctors.


Michael Jackson gestures during a news conference at the O2 Arena in London March 5, 2009 file photograph. – Reuters pic

Child star to megastar

Jackson was born on Aug. 29, 1958, in Gary, Indiana, the seventh of nine children. Five Jackson boys – Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael – first performed together at a talent show when Michael was 6. They walked off with first prize and went on to become a best-selling band, The Jackson Five, and then The Jackson 5.

Jackson made his first solo album in 1972, and released “Thriller” in 1982, which became a smash hit that yielded seven top-10 singles. The album sold 21 million copies in the United States and at least 27 million worldwide.

The next year, he unveiled his signature “moonwalk” dance move while performing “Billie Jean” during an NBC special.

In 1994, Jackson married Elvis Presley’s only child, Lisa Marie, but the marriage ended in divorce in 1996. Jackson married Debbie Rowe the same year and had two children, before splitting in 1999. The couple never lived together.

Jackson has three children named Prince Michael I, Paris Michael and Prince Michael II, known for his brief public appearance when his father held him over the railing of a hotel balcony, causing widespread criticism. – Reuters



Pengembaraan bakal bermula

Assalamualaikum .. salam perjuangan buat semua

Hari ini aku dan beberapa orang rakan ku akan memulakan satu gerak kerja yang rasanya mungkin kali kedua akhir semasa keberadaan kami di UM ini sebagai pengakap kelana. Insya Allah perjalanan kali ini adalah ke Taman Rimba Komanwel Rawang yang bakal mengambil masa 1 jan setengah dari KL. Kembara hari ini adalah rentetan dari perkhemahan manikayu 1 dan hari ini bermula perkhemahan manikayu 3B. Krew aku yang diberi nama Krew tok kenali di ketuai oleh saiful rafizan atau acan disamping rakan-rakan lain iaitu nasir,nazru,muslimin dan aku sendiri . Ahli krew aku yang tak dapat nak turut serta kali ini adalah munir. Insya Allah kembara kami ke rimba komanwel bakal bermula jam 10.00 pagi dan dijangka balik ke UM pada hari ahad ini insya Allah.

Khamis, 25 Jun 2009

CEPATNYA MASA BERLALU ..

Assalamualaikum ... salam perjuangan buat sahabatku serta teman teman seperjuangan,

masa cukup mencemburui kedudukan kami sebagai pelajar DPLI Universiti Malaya 2009. Pejam Celik-Pejam Celik dah masuk ke bulan 6 dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi diriku ini bakal meninggalkan bumi Lembah Pantai yang penuh dengan kenangan suka dan duka bersama dengan teman-teman sejawatan. Pelbagai ragam dan peel yang menyinari kehidupan kami di kampus ini dan insya Allah pada 20 hb 7 nie bakal bermula lah cabaran kami untuk mengaplikasikan apa yang kami pelajari semasa memeramkan diri di UM ini selama 6 bulan 13 hari untuk mendalami ilmu pendidikan.

rasa macam sekejap sangat kenangan manis dan pahit serta masam ini berlalu seumpama menjilat ais kerim wall's yang lazat serta penuh dengan keenakan dalam berukhuwah. Hidup bagaikan satu keluarga, ada ibu .. ada ayah, ada pakcik ade yang jadi budak kecik. Segala kenangan itu bakal jadi kenangan sepanjang hayatku dan yang penting bagiku moga ukhuwah yang terjalin selama 6 bulan 13 hari dan hari-hari yang mendatang dapat memberikan kekuatan bagiku untuk menempuh segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Esok bakal bermula satu lagi gerak kerja kokurikulum yang bakal menguji kecekapan dan ketahanan Guru Dalam Latihan ini untuk mengendalikan satu perkhemahan.

Tah kat mana akan dibawanya kami ini tak taulah . Ikutkan saja apa yang dikehendaki andai kata ianya memberikan manfaat dan akan ku timba segala ilmu didalamnya bagi memantapkan diri yang sebelum ini buta tentang perkhemahan.

Rabu, 24 Jun 2009

DAH MULA NAK BUAT HAL DAH

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.

Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai 'tahanan di sebalik tabir'.

Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis - menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.

Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.

Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.

Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang.

Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.

Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.

Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam

Selasa, 23 Jun 2009

BILA KUMPULAN A JADI MAINAN POLITIKUS

Mengikut pekeliling Perkhidmatan Awam Guru dan Kakitangan Awam Kumpulan A tidak dibenarkan aktif berpolitik. Tetapi ramai sedia maklum klausa larangan itu hanya difokuskan kepada kakitangan awam kumpulan A yang menyokong parti pembangkang atau Pakatan Rakyat. Bagi kakitangan awam yang aktif berpolitik dalam Umno dan Barisan Nasional perkara ini dibuat seperti tak nampak sahaja. Walaupun mereka terlibat secara terang-terangan dan memegang jawatan penting dalam Umno@BN. Malah ada yang berlagak selamba menampal logo Umno atau dacing senget sebelah serta bendera Umno@BN di kenderaan mereka, dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.

Maka ramailah di kalangan kakitangan awam yang aktif atau hanya menjadi penyokong Pakatan Rakyat yang ditukarkan ke pedalaman dan ditukarkan berjauhan dengan isteri, anak-anak dan keluarga atau dikenakan tindakan tatatertib kerana dikatakan melanggar etika dan pekeliling perkhidmatan awam.

Larangan berpolitik kepada kakitangan awam kumpulan A oleh kerajaan ternyata bersifat prejudis dan menyekat kebebasan bersuara dan berpolitik yang diiktiraf dalam negara yang menjunjung prinsip demokrasi.

Ternyata larangan berpolitik ini berniat serong dan mempunyai agenda yang tersembunyi. Dalam masa yang sama pihak Kerajaan dari Perdana Menteri sehinggalah kepada Timbalan Menteri terus memperalatkan dan melacurkan kakitangan awam dengan memaksa mereka untuk ke majlis yang bersifat politik yang dihadiri oleh mereka. Mana-mana yang tidak menghadiri majlis berkenaan akan dikenakan surat tunjuk sebab dan diambil tindakan.

Lihatlah apa kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam kempen politik kepada guru-guru di Manek Urai hari ini dengan meminta mereka supaya mengundi Umno@BN. Tindakan Timbalan Menteri berkenaan menunjukkan bahawa Umno@BN dalam keadaan terdesak dalam Pilihanraya Kecil di Manek Urai sehingga sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa melanggar undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh mereka sendiri

Ahad, 21 Jun 2009

GPI PERLU CELIK IT

assalamualaikum .... salam perjuangan

semalam saya berkesempatan untuk mengisi kekosongan ilmu yang ada dalam diri dengan menghadirkan diri dalam satu kursus atau boleh dikatakan bengkel penyediaan bahan interaktif untuk mata pelajaran pendidikan islam dan pendidikan alquran. bengkel tersebut diadakan di makmal komputer, menara pendidikan , fakulti pendidikan Universiti Malaya. Bengkel yang julung kali diadakan ini dihadiri seramai 33 orang Guru dalam Latihan DPLI UM 2009 dan bermula jam 9.00 pagi.





menurut tenaga pengajar yang mengajar kami, Ust Haji Mohd Asri bin Abdul Rahman, kebiasaannya, bengkel yang seumpama ini diadakan selama 3 hari tapi atas kemampuan yang diberikan oleh Allah kami berjaya untuk melaksanakannya dalam tempoh 5 jam sahaja. Dengan menggunakan perisian powerpoint yang sedia ada baik dengan microsoft office 2003 dan 2007, GPI mampu untuk mengendalikan sesi P& P dengan berkesan walaupun tiada bersama dengan anak murid. ini kerana sesi ini dikendalikan secara interaktif.



ramai dikalangan GDL yang berasa berpuas hati dengan bengkel yang diadakan. Ini kerana selain dapat menambahkan ilmu yang telah sedia ada, GDL juga dapat mengaplikasikan kemahiran untuk mencipta sesuatu yang interaktif yang dapat membantu sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang telah diberikan dapat dimanfaatkan bersama. GDL DPLIUM BOLEH !


inilah bahan yang berjaya saya hasilkan dalam tempoh 5 jam semalam

Sabtu, 20 Jun 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Bangun malam utk kejar bola boleh, sambil2 buat qiamullail tapi kalau tak kejar nak tgk bola, kita kejar tak nak buat qiamullail. Kenapa bila dah senang sikit, kita mudah senang pada DIA?

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri aktiviti golfnya, aktiviti gymnya dan macam2 lagi hal2 dunia yang sebenarnya tak sepenting solat. :?

Manusia memang mudah hilang focus. senang sikit, mula lupa segala amalan2 'extra' yang sebelum ini dilakukan semasa kita dalam keadaan susah dan amat memerlukan Allah. Bila senang, kita lalai dengan perlakuan kita, menonton tv hingga larut malam, menyebabkan lambat bangun subuh, malah terlepas subuh.

Ingatlah.Jangan lalai. Syaitan amat suka kita lalai dan perkataan 'takpe' itulah yang syaitan paling suka. Takpe,kejap lagi boleh buat.takpe la campur gaul dengan laki perempuan, asalkan takde maksud apa2..

8,200 BAKAL ISI KEKOSONGAN GURU

Kira-kira 8,200 bakal guru dari seluruh negara akan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran, Datuk Misrah Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,000 bakal guru akan mengikuti KPLI yang bermula bulan ini.

''Seramai 1,200 daripada 2,000 orang adalah dari Sabah dan Sarawak manakala 800 orang lagi dari Semenanjung. Jumlah dari Sabah dan Sarawak lebih tinggi bagi mengisi kekosongan guru di pedalaman dua negeri itu.

''Sementara 6,200 orang lagi yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM akan mula mendaftar pada Julai ini. Pengambilan ini pun kita lebih utamakan pemohon dari Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Sabah 2009 di Magellan Sutera di sini hari ini.

Katanya, pihak kementerian menerima 97,000 permohonan daripada mereka yang berminat menjadi guru melalui kursus itu tetapi hanya 6,200 permohonan sahaja diterima.

Menurutnya, pengambilan untuk dua kursus tersebut pada kali ini lebih mengutamakan pemohon lelaki berikutan kekurangan guru lelaki di seluruh negara selain pemohon dari Malaysia Timur.

''Pengisian kekosongan guru di pedalaman Sabah dan Sarawak akan diisikan dengan pengambilan ini yang dilakukan secara berperingkat, dianggarkan 12,035 guru berkhidmat di pedalaman seluruh negara," katanya.

Dalam pada itu Misrah berkata, sekolah-sekolah di Sabah masih lagi mengalami kekurangan guru-guru yang mengajar program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF).

Kekurangan tersebut kata beliau, akan cuba diatasi dan pada masa kini guru-guru dari Semenanjung ditukarkan ke negeri ini bagi memenuhi keperluan berkenaan.

Mengenai bantahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) terhadap cadangan kementerian untuk memanjangkan tempoh KPLI dari enam bulan kepada setahun enam bulan, beliau berkata, perkara itu masih dalam peringkat kajian.

AJARAN BARU KAH INI ??

Umat Islam yang mengundi Barisan Nasional (BN) atau Pas, kedua-duanya boleh masuk syurga kerana apa yang menghalang mereka memasuki syurga Allah adalah dosa, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam tetapi yang membezakan antara kedua-duanya, BN mempunyai lebih kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara demi Islam.

"Keupayaan BN untuk bangunkan negeri lebih kuat berbanding keupayaan Pas di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Malah, BN mampu membangunkan negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk semua lapisan rakyat,” katanya pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, komitmen Kerajaan Pusat terhadap bidang pendidikan jelas berdasarkan peruntukan besar yang disalurkan selama ini, termasuk kepada Jabatan Pelajaran Kelantan.

Katanya, peruntukan RM1.6 bilion yang disalurkan kepada JPN Kelantan sepanjang tahun lalu, sebenarnya jauh lebih besar daripada belanjawan kerajaan negeri Kelantan.

Pada majlis ramah mesra bersama jentera pilihan raya BN di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh pula, Timbalan Presiden Umno itu meminta pemimpin dan ahli dalam bahagian Kuala Krai menerima dan menyokong calon yang dipilih bertanding di DUN Manek Urai, 14 Julai depan.

Muhyiddin berkata, semua pihak dalam Umno dan BN perlu mengetepikan sebarang perbezaan pendapat sesama sendiri demi meraih sokongan pengundi Manek Urai dalam usaha mencipta sejarah pada pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, BN mempunyai ramai tokoh yang layak dan usaha mengenal pasti calon untuk pilihan raya kecil itu bukan satu masalah kepada Umno.

WANITA DOMINASI UNIVERSITI ??MANA HILANGNYA KELELAKIAN LELAKI ??

Kira-kira 65 peratus atau 26,200 daripada 40,366 calon yang ditawarkan mengikuti program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi pengajian 2009/2010 bermula bulan depan, adalah wanita.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata masalah jumlah calon pelajar wanita jauh mengatasi lelaki ke IPTA tidak dapat dielakkan kerana pemilihan dibuat berdasarkan prinsip meritokrasi.

"Walaupun perbezaan gender ini sering ditimbulkan setiap tahun, kita tidak mempunyai cara untuk mengatasinya. Dasar pengambilan pelajar berasaskan prinsip meritokrasi iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum bagi menentukan nilai merit seseorang calon," katanya.

Memberitahu sidang media mengenai keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program ijazah pertama sesi akademik 2009/2010 di sini semalam, beliau bagaimanapun berkata, jumlah pelajar lelaki melebihi wanita dalam bidang tertentu khususnya kejuruteraan kimia, sivil dan mekanikal.

"Pelajar perempuan selalunya meminati bidang yang 'bersih' seperti penyelidikan dalam makmal dan tidak membabitkan kegiatan lasak berbanding lelaki," katanya.

Dr Radin Umar berkata, jumlah calon meningkat sebanyak 0.5 peratus atau 182 tempat bagi sesi ini berikutan pertambahan 69 kursus di IPTA iaitu dalam bidang kejuruteraan, pendidikan, pengurusan, keusahawanan, sains gunaan, ekonomi, perakaunan dan seni halus.

Daripada jumlah itu, 27,829 orang adalah calon Bumiputera, 10,116 Cina serta 2,421 pelajar India dan lain-lain kaum.

Beliau berkata, turut termasuk dalam senarai calon yang diterima ke IPTA sesi ini ialah 4,424 calon yang tersalah diberi tawaran oleh Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

"Semua calon berkenaan berjaya melepasi sesi pemilihan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU). Mereka adalah antara 4,574 calon yang tersalah diberi tawaran oleh USM berikutan kesilapan teknikal pada 29 Mei lalu.

"Baki 150 pemohon yang tidak disenarai akan dipertimbangkan oleh USM menerusi rayuan kerana pada dasarnya mereka telah melepasi pra-penilaian yang dibuat oleh pihak universiti," katanya.

Dr Radin Umar meminta semua calon yang ditawarkan ke IPTA supaya membuat pengesahan sama ada menerima atau menolak tawaran itu selewat-lewatnya pada atau sebelum 25 Jun ini, bagi memudahkan pihaknya memproses permohonan rayuan oleh calon yang gagal.

Calon boleh membuat semakan di laman web jpt.uum.edu.my atau www.jpt.utm.my atau upu.mohe.gov.my atau talian 03 88835858 atau 03 88835848 atau menerusi sistem pesanan ringkas (sms) dengan menaip UPU RESULT ke 15888. Rayuan pula boleh dikemukakan menerusi aplikasi e-rayuan di upu.mohe.gov.my.

Jumaat, 19 Jun 2009

MENJAGA KESIHATAN DALAMAN

MASALAH penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, pedih hulu hati dan senak perut boleh dianggap gejala biasa yang lazimnya tidak serius.

Bagaimanapun, kita semua ingin mengawal atau mencegah gejala ini daripada kerap berlaku dan berlarutan sehingga menjadi penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Hakikatnya, bukan susah untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman. Anda hanya perlu menjaga gaya hidup dan diet pemakanan, kerana kesihatan sistem penghadaman bergantung kepada makanan yang anda makan (atau tidak makan!), gaya hidup yang diamalkan dan kegiatan fizikal yang anda lakukan.

*Awasi apa yang dimakan

Untuk membolehkan badan anda menghadamkan makanan dengan cekap dan menyerap nutrien, anda memerlukan sistem penghadaman yang sihat.

Diet tidak sihat dan tabiat makan yang tidak sihat seperti makan dengan gelojoh dan juga tidak makan pada waktu makan boleh mengganggu sistem penghadaman.

Sebagai contoh, pengambilan makanan yang sudah diproses dan makanan berlemak setiap hari akan memberi tekanan kepada sistem penghadaman anda kerana ia perlu bekerja lebih masa untuk memecahkan atau mengurai makanan tersebut.

Pemakanan yang tidak sihat menjejaskan kesihatan sistem penghadaman, hingga boleh menyebabkan usus kecil kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada makanan.

Sistem yang tidak sihat juga menyebabkan kemerosotan aktiviti rembesan (disebabkan kerosakan kelenjar tambahan dan mukosa usus), mengurangkan toleransi lemak dan mengakibatkan kekurangan zat makanan. Semua ini boleh menjejaskan kesihatan.

*Tabiat sihat untuk usus

Untuk memastikan kesihatan sistem penghadaman anda berada pada tahap optimum, anda boleh mencuba petua yang disyorkan oleh Pertubuhan Gastroenterologi Sedunia:

*Amalkan pengambilan hidangan makanan lebih kecil secara lebih kerap seperti 4-5 sajian lebih kecil dan bukannya 2-3 sajian besar, setiap hari. Bagaimanapun, pastikan sajian lebih kecil ini tidak meningkatkan pengambilan kalori anda secara keseluruhan!

*Makan lebih banyak makanan berserat seperti buah-buahan (pear, epal, betik), sayuran (brokoli, sayuran berdaun hijau, cendawan), kekacang (pea, lentil) dan bijian penuh (roti, bijirin, beras perang).

*Makan lebih banyak ikan, sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu.

*Pilih daging kurang berlemak seperti ayam, ayam belanda atau daging lembu tanpa lemak.

*Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak atau makanan goreng.

*Ambil probiotik seperti susu kultur dengan lebih kerap.

*Minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan kurangkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan gula.

*Aktiviti dan gaya hidup sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat dan senaman fizikal secukupnya sangat penting kepada kesihatan sistem penghadaman, dan juga kesihatan badan secara keseluruhan.

Cara berikut dapat membantu anda memastikan sistem penghadaman anda bekerja secara optimum:

*Kurangkan tekanan – tekanan atau stres berlebihan boleh melencongkan pengaliran darah daripada sistem penghadaman anda. Sistem penghadaman mudah disesuaikan dengan rutin harian. Justeru, dengan menetapkan masa tertentu untuk tugas tertentu, anda dapat membantu sistem penghadaman anda dan seterusnya membuat diri berasa lebih berupaya mengawal keadaan. Jika anda mengalami Sindrom Gangguan Usus (SUT), tekanan boleh mencetuskan kekejangan dalam kolon anda.

*Kekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat – risiko Penyakit Refluks Gastroesopfagus (GERD) dan kanser adalah lebih tinggi di kalangan individu yang gemuk atau mengalami berat badan berlebihan. Senaman jenis kardiovaskular membantu menguatkan otot abdomen dan mengurangkan rasa malas badan dengan merangsang otot usus untuk menolak kandungan dalam usus untuk melalui sistem anda.

*Berhenti merokok – merokok menjejaskan seluruh badan, termasuk sistem penghadaman. Ia mengurangkan tekanan di persimpangan antara perut dan esofagus, menyebabkan asid perut mengalir balik ke dalam esofagus dan boleh menyebabkan pedih hulu hati dan pelbagai komplikasi lain. Merokok juga boleh memburukkan lagi ulser peptik dan keradangan usus, dan turut dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit kanser.

*Hadkan minuman yang mengandungi alkohol, kafein atau gula – semua ini boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman anda dan menyebabkan masalah seperti pedih hulu hati, sembelit dan memburukkan lagi gangguan seperti SUT. Alkohol boleh menyebabkan keradangan perut atau dinding esofagus dan mencetuskan gejala pedih hulu hati. Kafein pula boleh menyebabkan asid perut mengalir masuk balik ke dalam esofagus (refluks) dan mengakibatkan pedih hulu hati.

BILA NAFAS TERHENTI SEKETIKA ..

OBSTRUCTIVE Sleep Apnea (OSA) atau nafas terhenti semasa tidur untuk beberapa ketika (beberapa saat hingga melebihi satu minit) merupakan gangguan tidur yang paling lazim berlaku di seluruh dunia. Masalah ini berlaku kerana saluran pernafasan yang tersekat sementara.

OSA bukan sahaja boleh memberi impak negatif terhadap kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang, tetapi juga meningkatkan risiko penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, serangan jantung, angin ahmar, peningkatan berat badan, mengurangkan kadar hayat dan mengurangkan fungsi imun serta lain-lain penyakit.

Bagaimanapun ramai yang tidak mengendahkan gangguan berkenaan lalu membiarkannya tanpa mendapatkan diagnosis perubatan. Ini kerana mereka menganggap gangguan itu adalah suatu yang tidak membawa musibah kepada tubuh atau kehidupan.

Itu adalah tanggapan yang salah. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai simptom-simptom seperti berdengkur dengan kuat dan amat mengganggu, tercunggap-cunggap mencari udara atau tersedak semasa tidur dan terasa amat mengantuk pada siang hari, maka mereka telah pun 'dijangkiti' OSA.

Naib Presiden Philips Asia Pacific Home Healthcare Solutions, Peter White berkata, tempoh dan kualiti tidur orang ramai menurun disebabkan perubahan gaya hidup yang berlaku, tekanan kerja, kebimbangan kewangan atau diet yang lemah.

''Kesan-kesan daripada tidak cukup tidur mempunyai impak ekonomi yang besar, selain daripada penurunan produktiviti yang ketara. Keadaan mereka yang tidak stabil ini turut boleh mengakibatkan kemalangan industri mahupun jalan raya.

''Kekurangan tidur juga boleh mengakibatkan pertambahan berat badan, diabetes, tekanan darah tinggi dan juga serangan jantung,'' katanya ketika menyampaikan ceramah Understanding OSA baru-baru ini.

Menurut White, OSA juga sangat berkaitan dengan darah tinggi. Sebanyak 40 peratus pesakit OSA menghidap darah tinggi sementara 30 hingga 50 peratus pesakit darah tinggi mengalami OSA.

''Mekanisme dalam OSA juga memain peranan dalam menyebabkan serangan jantung. Kaitannya sungguh mudah, seseorang yang mempunyai masalah OSA akan mendapat diabetes. Manakala 2/3 pesakit diabetes mati akibat daripada serangan jantung dan strok.

''Tidak ketinggalan juga pesakit OSA mempunyai risiko komplikasi berkaitan dengan anestesia,'' katanya.

Justeru itu, katanya, seseorang yang mengalami OSA akan didiagnosis dengan pemeriksaan fizikal, sejarah serta soal jawab mengenai tidur atau simptom yang berlaku semasa siang dan masalah tidur.

''Selalunya pesakit OSA akan diperiksa sekiranya mempunyai simptom seperti tidur yang letih, darah tinggi, leher yang panjang iaitu 43 cm untuk lelaki dan 41 cm untuk wanita, mempunyai rahang yang kecil dan menghidap diabetes,'' ujarnya.

OSA boleh dengan mudah didiagnosis oleh doktor yang menilai aduan dan simptom pesakit. Jika gangguan tidur yang disyaki, pesakit akan dirujuk kepada kajian diagnostik tidur dikenali sebagaiPolysomnogram atau PSG bagi mengesahkan bentuk dan tahap serius gangguan tidur, serta rawatan yang sewajarnya diambil.

Sebaik sahaja OSA dikenalpasti sebagai punca aduan dan simptom pesakit, ia selalunya boleh dirawat secara berkesan dengan terapi Tekanan Saluran Udara Positif Berterusan (CPAP) iaitu kaedah rawatan yang lebih digemari untuk OSA.

CPAP memberikan aliran lembut tekanan udara menerusi saluran lubang hidup menggunakan topeng menggelakkan saluran udara daripada tumbang bagi membolehkan pesakit OSA bernafas bebas semasa tidur. Peralatan CPAP dilengkapi dengan pelbagai ciri untuk meningkatkan keselesaan pesakit semasa terapi.

Kebaikan CPAP berbanding dengan rawatan biasa meminimumkan kesan OSA, meningkatkan tenaga dan perhatian semasa siang, menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko strok dan serangan jantung serta meningkatkan kualiti hidup.

Sementara itu, Presiden Persatuan Masalah Tidur Malaysia (SDSM), Prof. Dr. Syed Hassan Ahmad memberitahu individu-individu dengan OSA adalah dua atau tiga kali lebih tinggi untuk menghidap hipertensi dan juga meningkatkan risiko serangan jantung berbanding mereka yang tanpa OSA.

Kajian-kajian lanjut telah menunjukkan bahawa diabetes jenis dua lebih kerap berlaku pada pesakit dengan pernafasan gangguan tidur yang bebas daripada faktor-faktor lain.

''Di Malaysia, peningkatan usia, obes, merokok dan penggunaan sedatif adalah dikaitkan dengan dengkur yang merupakan simptom OSA. Kumpulan etnik Cina dan India jua berisiko lebih tinggi berbanding Melayu,'' katanya.

Khamis, 18 Jun 2009

LAUNGAN HADHARI BERGEMA DI ILIM

assalamualaikum ... salam perjuangan buat semua teman-teman seperjuangan

pada malam nie nak citer sikit pengalaman yang dilalui semasa menghadirkan diri dalam proses Bina Insan Guru yang diadakan selama tiga hari dua malam. Program yang dianjurkan bersama fakulti pendidikan ,pusat pengajian sains dan dakwah ILIM. Dari segi pengisian program sememangnya ada manfaat yang tersirat dan pengertian yang tersendiri. Rasanya ini kali ketiga aku kesana tapi kali ini dengan tujuan yang berbeza . Jika sebelum ini,tujuan aku ke sini hanyalah untuk program ujian pemilihan jawatan pegawai tapi kali ini aku diarahkan untuk kesini untuk menguji ilmu dan ketahanan diri serta emosi sama ada aku layak untuk bergelar seorang guru atau murabbi atau sekadar menyentel sahaja dalam program.

jam 2.30 ptg laungan yang rasanya tak pernah aku laungkan sebelum ini.. bukan laungan Allah yang maha besar tapi laungan wira hadhari !! lepas pada itu ..terfikir lak pulak .. kenapa kena laungkan laungan ini dan bukan Allahu Akbar ??mungkin sahabat-sahabat yang lain ada jawapannya.

Rabu, 17 Jun 2009

SETIAP YANG BERMULA PASTI ADA AKHIRNYA

assalamualaikum .. salam perjuangan buat semua

setiap yang bermula pasti ada akhirnya.. begitu jugalah sesi pembelajaran yang kulalui selama 6 bulan di Universiti Malaya yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi bakal berakhir dan akan memasuki fasa latihan dalam perkhidmatan. pejam celik pejam celik tak sedar hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi aku bakal meninggalkan kampus utama UM yang menyimpan pelbagai kenangan dalam hidupku dan teman-teman.

beberapa hari yang lalu aku telah diberitahu yang aku akan ditempatkan di salah sebuah sekolah menengah agama yang terletak di kawasan sepang bersama dengan 2 orang lagi rakan karibku.Rasanya aku tak pernah sampai lagi kawasan tu dan tak tau kat arah mana nak dituju maka akan bermulalah satu lagi fasa yang bakal menguji ketahanan diriku untuk menghadapi karenah pelajar yang pelbagai. Buat rakan-rakan perjuangan yang sama belajar .. selamat menghadapi latihan mengajar .. buat rakan-rakan blogku .. insya Allah perjuangan kita belum selesai... selagi islam tak terdaulat .. selagi itu perlu berkeringat.

Ahad, 14 Jun 2009

GELAGAT PELAJAR DAN GURU 2





GELAGAT PELAJAR DAN GURU 1







Jenazah pelajar nahas dikebumikan

Jenazah pelajar Malaysia, Muhammad 'Ammar Zulkifli, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Mesir, Khamis lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bertam Indah di sini, pagi ini.

Jenazah Muhammad 'Ammar yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 malam tadi, dibawa dengan van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke rumah bapanya di Taman Bertam Indah.

Sejurus tiba kira-kira jam 4.50 pagi, keranda dibuka bagi membolehkan ibu bapa allahyarham, Zulkifli Ismail dan Siti Fatimah Ramli, serta adik beradik dan sanak suadara melihat jenazah untuk kali terakhir.

Selepas itu jenazah Muhammad 'Ammar dibawa ke Masjid Attaqwa dan disembahyangkan selepas solat Subuh dan dikebumikan.

Muhammad 'Ammar, 21, pelajar perubatan tahun tiga Universiti Kaherah, meninggal dunia apabila kereta yang dinaiki bersama empat rakannya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan ketika pulang dari Ain Sokhna bagi meninjau lokasi untuk program perhimpunan pelajar Generasi Keenam (Gen6) pada 28 Jun ini, kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu.

Empat lagi rakannya yang berusia 20-an iaitu Abdul Rahman Ramdzan, patah lengan kanan; Akram Abdul Kadir, masih koma; manakala Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya cedera ringan.

Muhammad 'Ammar adalah bekas pelajar Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI) Beseri, Perlis. Allahyarham adalah anak sulung daripada tujuh beradik dan Gen6 pelajar Malaysia dalam bidang itu di universiti berkenaan

SELANGOR PRAKTIKKAN PEMBANGUNAN JERIS

Kerajaan negeri Selangor menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM13,000 dalam pertandingan mencipta lagu tema 'Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social (SPIES) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Pertandingan ini meliputi kategori lagu terbaik dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM5,000; lirik terbaik, RM5,000; vokal terbaik, RM2,000; persembahan terbaik, RM1,000 dan disertakan dengan sebuah piala iringan.

Pertandingan ini akan bermula iaitu tarikh hantar lagu pada 24 Julai ini dan pertandingan akan diadakan pada 16 Ogos 2009.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, SPIES merupakan satu program pembangunan modal insan yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat cemerlang secara holistik.

"Sejajar dengan itu, Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa ini akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu tema SPIES yang diadakan bertujuan untuk memilih lagu yang boleh merumuskan dan menghidupkan SPIES sebagai dasar pembangunan insan negeri Selangor.

"Menyebarluaskan kempen program ini dan elemen-elemen SPIES dapat dihayati serta menjadikan ia dekat dihati rakyat negeri ini.

"Selain itu, penggunaan muzik sebagai salah satu kaedah dalam penyampaian inti pati program mampu menarik minat orang ramai. Oleh itu, kepada mereka yang berminat menyertai pertandingan ini bolehlah menghubungi pihak sektretariat pertandingan," ujarnya.

Sekretariat Pertandingan Mencipta Lagu Tema SPIES, Nasyeed Edutainment Sdn Bhd, 23 Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Center, 40100, Shah Alam atau hubungi di talian 0355121352 fax 0355131351, event@nasyeed.com.

Khamis, 11 Jun 2009

PRODUK TERLARANG -Malaysiakini

Kementerian Kesihatan meminta orang ramai mengelak membeli atau mengguna empat produk tradisional yang mengandungi bahan tidak dibenarkan seperti Sibutramine, Aminotadalafil, Diphenhydramine dan Paracetamol.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi kementerian itu Eisah Abdul Rahman berkata produk itu ialah Bodybeaus, Jinglida, Eng Leong Cordyceps, Chuanbei Plus Cough Pill 3.5gm dan Loong Choo Brand Reh Bih Ho Herbal Tea.

“Pendaftaran produk terbabit sudah dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-216 kerana dikesan mengandungi bahan yang tidak dibenarkan dalam ubat tradisional,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Eisah berkata, keempat-empat produk itu sudah melalui penilaian untuk memastikan produk berkenaan selamat, berkesan dan berkualiti.
Bagaimanapun, ubat yang mengandungi bahan itu kecuali Paracetamol boleh dibekalkan doktor atau diperoleh dari farmasi. — Bernama

ALFATIHAH UNTUK ARWAH SHUKERY HASHIM

“Selepas kerap keluar masuk hospital, suami sempat menempah kubur di Keramat pada Mac lalu,” kata Faridah Mat Desa, 51, isteri pelakon, Mohamad Shukery Hashim, 55, yang meninggal dunia akibat kanser pankreas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini, jam 1.45 tengah hari semalam.

Faridah ketika ditemui menyifatkan tindakan arwah itu seolah-olah seperti sudah mengetahui ajalnya semakin hampir.

Menurutnya, selain mahu dikebumikan berhampiran pusara arwah ibunya, dia sempat bertemu rakan lama dan melangsaikan segala hutang dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini.

“Arwah baru kehilangan adiknya yang meninggal dunia penghujung tahun lalu. Ketika menziarah kubur ibunya pada Mac lalu, arwah sempat bertanya pihak pengurusan tanah perkuburan itu mengenai penempahan kubur. Dia pula memang ramah dan mengenali orang di sana selain kerap berkunjung ke tanah perkuburan itu.





“Jadi penjaga kubur kata tidak ada masalah untuk tempah kubur awal. Disebabkan itu, jenazahnya dikebumikan di sana. Sebelum meninggal dunia arwah ada bertemu kawan-kawan lamanya dan melunaskan segala hutang. Dia turut memaklumkan tujuan berbuat demikian supaya dia tidak menyusahkan sesiapa apabila sudah tiada (di dunia) nanti,” katanya, menahan sebak.

Menurutnya lagi, penyakit Shukery mula serius sejak Mac lalu selepas menjalani beberapa pembedahan. Selepas mengadu sakit pada Jumaat lalu, dia mendapat rawatan di HUKM. Arwah meninggal dalam keadaan tenang ketika anggota keluarga berada di sisi katil hospital itu.

Anak bongsu Allahyarham, Mohd Amirul, 14, berkata sebelum meninggal dunia bapanya ada berpesan supaya dia adik-beradik tidak bergaduh dan sentiasa menjaga kelakuan.

“Bapa sakit tenat sejak pagi. Dia pernah berpesan kepada kami adik-beradik supaya jangan berpecah-belah dan sentiasa jaga perangai.Bapa seorang yang garang dan kadangkala suka berjenaka,” katanya.

Jenazah Shukery dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat selepas solat Asar. Arwah meninggalkan seorang balu, lima anak iaitu Norshikin, 28, Norizety, 26, Mohd Firdza, 25, Mohd Aidil, 22, selain Amirul dan tiga cucu berusia dua bulan hingga dua tahun.

“Perwatakan dalam televisyen ternyata berbeza dengan kehidupan sebenarnya. Kadangkala bapa agak tegas dalam beberapa perkara,” katanya.

Mohamad Shukery atau popular dengan nama komersialnya Shukery Hashim, menceburi kerjaya lakonan sekitar 1980-an dan di antara filem lakonannya ialah Rahsia, Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terbaru Shh... Dia Datang.

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 1995 turut membintangi ratusan drama, antaranya Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.

Jenazah Shukery dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat selepas solat Asar. Arwah meninggalkan seorang balu, lima anak iaitu Norshikin, 28, Norizety, 26, Mohd Firdza, 25, Mohd Aidil, 22, selain Amirul dan tiga cucu berusia dua bulan hingga dua tahun.

Ahad, 7 Jun 2009

ILMU MAMPU UBAH MANUSIA

Hanya melalui ilmu sahaja mampu merubah kehidupan umat Islam keluar dari belenggu kemiskinan, kata anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Takiyuddin Hassan.

"Hadis Rasullullah saw yang bermaksud 'Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah ia dengan ilmu, barang siapa inginkan akhirat hendaklah ia dengan ilmu dan sesiapa inginkan keduanya juga hendaklah dengan ilmu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar yang berjaya melanjut pengajian ke institusi pengajian tinggi dari kalangan anak penduduk Dun Bunut Payong bertempat di JKR10 baru-baru ini.

Takiyuddin yang juga Adun Bunut Payong berkata, walaupun sumbangan diberi tidak banyak, namun ia menandakan keprihatinan wakil rakyat kepada anak-anak Dun Bunut Payong yang berjaya ke menara gading.

Turut hadir pada program terbabit pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Ustaz Fadli Shaari dan pegawai khas Exco, Ustaz Nasruddin Mahmud.

Pada program itu turut diadakan penyampaian pampasan skim Takaful Kifaalah kepada seramai 10 wasi yang mana ibu bapa mereka meninggal dunia.

Sementara itu Fadli ketika menyampaikan tazkirah berkata, musuh Islam menggunakan pendekatan 5S iaitu smoke, song, sport, style dan sex bagi meracuni pemikiran anak muda di zaman sekarang.

BUKAN ISLAM LAGI FAHAM ISLAM DARI ORANG ISLAM ??

Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Ustaz Abu Kassim Abdullah berkata, adalah mengejutkan apabila beliau dimaklumkan bahawa cawangan Kelab penyokong PAS di parlimen Kuala Selangor lebih banyak berbanding cawangan PAS yang ada di sana.

Semasa mempengerusikan Muktamar hari ini beliau berkata, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad kepada beliau bahawa PAS mempunyai 34 cawangan manakala Kelab Penyokong PAS mempunyai 36 cawangan.

"Ini sesuatu yang cukup ajaib, kalau dia patah balik rebah kita," katanya selepas wakil dari Kelab Penyokong PAS Vincent Lee, selesai menyampaikan ucapannya dalam persidangan Muktamar hari ini.

Sementara itu, dalam ucapannya, Vincent mencadangkan agar slogan 'PAS untuk Semua' dijadikan slogan untuk parti PAS.Ini katanya, biar PAS menjadi pilihan semua orang.Tegasnya pimpinan PAS perlu menolak perpaduan dengan Umno dan menjadikan 'PAS the only choice'.Istilah 'perpaduan' katanya hanya memberikan pandangan 'negatif' kepada bukan Islam terhadap PAS

Sabtu, 6 Jun 2009

PESANAN BUAT TEMAN

assalamualaikum ... salam perjuangan buat semua

pertamanya nak ucapkan tahniah dan syabas atas pemilihan kepimpinan baru diperingkat PAS pusat,Pemuda dan Muslimat. Semoga dengan pemilihan yang dilakukan keatas diri antum semua akan menguatkan lagi semangat kepada semua penggerak gerakan Islam yang ada di Malaysia untuk berjuang bagi memastikan Islam dikembalikan di mercunya seperti zaman Rasulullah. Tunaikanlah segala amanah yang telah diberikan kepada kalian.

keduanya, nak ucapkan tahniah juga buat sahabat-sahabat DPLIUM ku yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini dan pada minggu ini. Mabruk 'alaikum dan semoga dengan ikatan yang kukuh yang dibina akan lahir generasi yang mampu untuk menjadi pejuang-pejuang dan para pendokong agama Allah diatas muka bumi. maaf tak dapat hadir atas undangan kalian .. ade tugasan lain yang perlu dibereskan

bagi diriku, aku hanyalah insan biasa yang masih lagi meneruskan kelanaku untuk mencari erti ketulusan dan keikhlasan dalam diri. Kalau nak cerita bab nikah kahwin .. bukan tak mampu tapi kenalah berlandaskan pada syariat dan kemampuan yang ada pada diri.

Rabu, 3 Jun 2009

MLVK PERLU LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

Keputusan seorang remaja, Fadilah Idrus, 23, melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej swasta di ibu negara kira-kira empat tahun lalu merupakan satu kesilapan besar dalam hidupnya.

Masakan tidak, sudahlah semasa menuntut pihak kolej sentiasa menekannya dengan menggertak untuk disaman jika lewat melunaskan yuran bulanan sebanyak RM500, lebih malang, sijil graduasi yang diterima pula tidak sah.

Fadilah yang mengambil jurusan fesyen di kolej tersebut berkata, untuk mendapatkan sijil yang diiktiraf oleh industri, beliau terpaksa 'bergelut' dengan pihak pengurusan kolej selama setahun.

Lebih mendukacitakan, jika setiap mahasiswa menantikan detik ceria hari konvokesyen, lain pula dirinya bersama 12 orang rakan lain daripada jurusan yang sama kerana mereka tidak dapat menikmati saat-saat manis itu apabila kolejnya tidak mengadakan sebarang majlis konvokesyen.

"Habis saja belajar, saya pergi untuk dapatkan sijil tapi nama saya disalah eja, kemudian bila saya datang sekali lagi, pihak pengurusan kata sijil saya tak siap lagi dan masalah itu saja sudah berlanjutan kira-kira tiga bulan.

"Saya tak putus asa, saya kembali lagi dan kali ini lebih menyakitkan hati apabila mereka kata urusan pensijilan bukan di bawah pengawasan mereka tetapi di bawah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Seri Manjung, Perak semalam.

Keadaan itu menjadikan Fadilah terpaksa memikirkan alternatif lain bagi mendapatkan sijil secara sah memandangkan beliau perlu bekerja untuk menampung keluarga di kampung.

Sumber : KOSMO

ALTERNATIVE RIDING CLUB SILA AMBIL PERHATIAN

KELUARGA bermasalah, mempunyai dua personaliti berbeza dan tidak patriotik. Inilah 'jiwa' mat rempit yang menjerumuskan mereka ke kancah masalah sosial, termasuk samseng jalan raya dan peragut.

Malah isu mat rempit yang lebih dikenali mat motor dan bohjan sebelum ini, seakan-akan tiada penghujungnya selagi masih ada peluang bagi anak muda ini menjadi ‘raja’ di jalan raya.

Ini diakui sendiri bekas mat rempit yang sudah insaf dan menjadi Presiden RD Club Malaysia, Azhanyzam Zakaria, 33.

RD Club yang ditubuhkan pada 1997, menghimpunkan pemilik motosikal yang mempunyai minat yang sama, selain mengelak gejala kurang baik, termasuk berlumba haram.

“Kira-kira 90 peratus belia yang terbabit dalam gejala merempit adalah mereka yang mempunyai masalah keluarga, selain tinggal di rumah yang sempit. Jiwa belia yang agresif pula memang sukar dikawal menyebabkan mereka lebih suka melepak di luar rumah.

“Ada yang tidak selesa dengan keadaan rumah sempit seperti rumah pangsa yang mempunyai satu atau dua bilik, menyebabkan mereka suka menumpang di rumah kawan. Ini menyebabkan mereka bebas keluar sehingga ke awal pagi kerana tiada siapa pun yang melarang,” katanya yang mengakui menjadi mat rempit sejak berusia 14 tahun.

“Ada juga kalangan mat rempit ini mempunyai krisis personaliti. Jika di rumah mereka berlagak baik tetapi apabila berada di luar, merekalah raja,” katanya.

Beliau berkata, biarpun mat rempit itu mewakili pelbagai kaum, tetapi majoritinya Melayu, diikuti kaum India.

“Masalahnya, satu pertiga daripada belia Melayu yang bergelar mat rempit adalah anak pendatang asing yang memiliki kad pengenalan merah. Begitu juga dengan minah rempit.

“Atas alasan inilah saya berani katakan sebahagian mereka ini seperti tiada semangat patriotik sehinggakan sanggup mencalar maruah dan keselamatan diri semata-mata untuk mencari kepuasan sementara,” katanya.

Azhanyzam berkata, tidak sukar mengenali mat rempit kerana kebiasaannya mereka lebih gemar menunggang motosikal Yamaha RXZ yang boleh dianggap motosikal rasmi kumpulan itu, selain Modenas Lagenda. Motosikal Yamaha RXS dan jipang pula menjadi pilihan mat rempit belasan tahun dulu.

Pengubahsuai pada bahagian enjin dan ekzos menjadi kemestian mat rempit kerana ia didakwa dapat menambah kuasa dan kelantangan bunyi ketika pedal minyak dipulas.

“Identiti motosikal milik mat rempit boleh diperhatikan pada plat motosikal bertampal pelekat hitam, nombor pendaftaran yang tidak lengkap atau nombor yang diterbalik bertujuan mengelak dikesan polis ketika berlumba haram,” katanya.

Azhanyzam memberikan contoh mengenai aktiviti mat rempit pada 1980-an yang disifatkannya tidak ganas kerana mempunyai pilihan beraksi di Litar Batu Tiga Shah Alam.

“Ketika itu, jika ada 1,000 mat rempit yang keluar pada malam minggu, mungkin separuh daripadanya lebih suka melepaskan gian berlumba di Litar Shah Alam kerana jika kelengkapan berlumba lengkap, mereka hanya perlu membayar RM10 untuk masuk,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan sekarang berbeza dan beliau berasakan perlu ada pendekatan lebih menarik untuk golongan mat rempit.

“Soalnya sekarang, jangan disogok mat rempit dengan aktiviti sukan seperti bola sepak atau pertandingan catur. Sudah pasti mereka tidak mahu kerana jiwa mereka hanya untuk aktiviti bermotor saja.

“Saranan saya kepada kerajaan supaya diwujudkan satu trek khas untuk mereka berlumba kerana mungkin ia dapat membantu mengurangkan gejala rempit ini. Selain itu, filem berkaitan mat rempit juga harus diselitkan unsur pengajaran kerana saya lihat banyak filem sebegitu lebih bersifat komersial tanpa ada sebarang teladan,” katanya.

Malah beliau menyifatkan mat rempit turut menyumbang kepada gejala sosial lain seperti ragut, rompak, rogol dan gejala samseng harus ditangani kerajaan dan masyarakat secara bijak.

Baginya, biarpun pernah bergelar mat rempit, beliau dan rakan-rakannya di RD Club cuba membantu dengan menawarkan alternatif kepada ahlinya dengan aktiviti sihat seperti konvoi bermotosikal secara selamat.

“Program dijalankan kebiasaannya bertujuan untuk menyemarakkan kempen tertentu seperti kempen lumba haram, jauhi dadah, banteras mat rempit dan isu semasa seperti bantuan untuk Palestin dan kembara mencari kanak-kanak yang hilang,” katanya.

Selasa, 2 Jun 2009

KENANGAN DI "KELAS TERAPUNG " BAKAL BERULANG KEMBALI

Kira-kira 58,000 pelajar sekolah menengah di seluruh negara dijangka tidak dapat belajar dengan selesa tahun depan berikutan kegagalan pemaju yang diberi kontrak membina bangunan-bangunan sekolah berkenaan menyiapkannya mengikut jadual.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata daripada 128 sekolah menengah yang sedang dalam pembinaan di seluruh negara ketika ini, 58 didapati tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang dipersetujui oleh pemaju dan kerajaan sebelum ini.

"Kalau dikira 1,000 bagi setiap sekolah bermakna dengan 58 buah sekolah itu dianggarkan 58,000 orang pelajar tidak dapat mengikuti pengajian dengan selesa tahun depan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Permuafakatan Pendidikan PPD Kuala Krai di sini, hari ini.

Kira-kira 200 orang guru, guru besar dan pengetua hadir pada majlis itu yang juga perjumpaan sulung beliau sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dengan warga pendidik.

Puad juga mendedahkan bagaimana sebuah syarikat pembinaan yang mendapat kontrak membabitkan 26 sekolah yang bernilai kira-kira RM300 juta, tidak dapat menyiapkan projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

"Kami tidak akan berkompromi lagi, kami sudah beri masa yang cukup, kenapa sambung lagi kontrak mereka. Kami ada bukti cukup, yang kontraktor itu gagal menyiapkan dalam masa yang dijanjikan dengan memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah," katanya.

Sumber: Berita harian

Isnin, 1 Jun 2009

NASIHAT BUAT BAKAL ISTERIKU


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Rum ayat k eke 21 maksudnya :

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Menerusi ayat ini kita dapat melihat bahawa antara tanda kesempurnaan kejadian manusia ialah penciptaan teman hidup yang akan meneruskan kesinambungan kehidupan manusia di bumi.Ayat yang menjurus kepada pembuktian tanda-tanda kekuasaanNya ini menghuraikan satu bentuk dari berbagai bentuk anugerahNya yang seringkali diabaikan. Para ahli tafsir menitikberatkan permasalahan yang berkaitan dengan Islam dan hokum, namun suatu perkara yang perlu ditangani ialah memahami mesej ayat dalam rangka realiti atau lebih tepat lagi kaedah menguruskan konflik rumahtangga yang sering dialami oleh pasangan-pasangan yang berkahwin.Mengapakah masalah ini timbul sedangkan mafhum ayat mengkehendaki dnegan perkahwinan adanya keserasian dan kedamaian. Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.

Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami.

Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'hamba' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'hamba' lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengegkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bereseronok. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu. ”walaupun nasihat ini lebih menumpukan kepada aspek bahasa, namun pengajaran yang dikutip di sebaliknya amat membantu kita memahami reality hayat kita di dalam rumahtangga.Secara ringkasnya, ibrah yang terdapat di sebalik wasiat ibu yang matang ini ialah :

1. Carilah pasangan yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

2. Ketaatan kepada suami adalah wajib selagi beliau tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah.

3. Kepentigan mengamalkan sikap berlapang dada dan bertolak ansur kerana ia pasti menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

4. Carilah keberkatan hidup dengan menjaga hubungan dengan Allah,contohnya dengan sentiasa berdoa kepadaNya tanpa menghebohkan kekurangan pasangan nescaya engkau akan dapat kasih sayangnya dan kasih sayang manusia.

5. Para perunding hendaklah sentiasa memberikan semangat terhadap banyaknya peluang untuk pembaik pulihan daripada mencari kelemahan seseorang.

Mudah-mudahan sedikit wasiat berupa pengalaman para hukamak ini dapat menyerikan lagi rumahtangga yang dibina bagi menjamin keberadaan sakinah, mawaddah dan rahmah!