Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 29 November 2008

Daftar Pemilih dibuka

Assalamualaikum ...
Dengan ini dikhabarkan kepada anak-anak melaka yang berada diperantauan yang berada diseluruh negara.Jika anda anak melaka dan anda mahukan Islam dan kedaulatan Islam dikembalikan ke persadanya di bumi bertuah ini, mari rebut peluang ini.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Negeri Melaka akan mengadakan hari bersama pelanggan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 6 Disember 2008
Masa : 10.00 pagi -12.00 tengahari
Tempat di : JAPERUN DUN SERKAM

Sila bawa kad pengenalan anda untuk semakan daftar pemilih dan bagi yang belum mendaftar boleh mendaftar dan bagi yang ingin bertukar alamat tempat mengundi ke negeri melaka juga dialu-alukan (anak melaka terutamanya).Masa Depan Ketuanan dan Survival Gerakan Islam bergantung pada diri anda semua.

Takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Razali Ismail- Malaysiakini

Assalamualaikum ...
Takziah assirkami ucapkan buat keluarga Allahyarham Datuk Razali Ismail diatas pulangnya Datuk ke Rahmatullah. sesungguhnya tiada yang kekal abadi diatas mukabumi Allah ini melainkan hanya Dia. Dan buat keluarga yang masih ada dan yang ditinggalkan, banyakkan bersabar dan berdoa moga ruh Allahyarham diberikan rahmat serta mendapat keampunan dari Allah SWT.
Buat anak-anak beliau yang tinggal, banyakkan doa dan zikir untuk beliau sebab sabda Nabi SAW dalam hadith : Apabila meninggal seseorang anak adam akan terputus segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuat,ilmu yang dimanfaatkan dan doa dari anak-anak yang soleh dan solehah.

Khamis, 27 November 2008

MB Perak Guna Blogger Sebar Maklumat-Malaysiakini

IPOH: Dengan alasan tidak mendapat liputan adil media arus perdana, kerajaan Perak menubuhkan Sekretariat Blogger bagi menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hasil pertemuan beliau dengan Persatuan Blogger Perak semalam, kesemua 26 penulis blog yang hadir berjanji menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri menyebarkan maklumat menerusi tulisan mereka. “Segala maklumat dan berita akan disebarkan secara meluas sehingga ke seluruh dunia menerusi penulis-penulis blog ini,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat negeri Perak di sini malam tadi.

Mohammad Nizar berkata seketariat itu, yang diketuai oleh setiausaha akhbar beliau, Anuar Hashim, dapat menepis tomahan, kritikan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri menerusi media arus perdana. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengagkutan Awam Negeri, Nga Kor Ming, dalam ucapannya pula menyelar RTM dan Perak FM kerana tidak memberi liputan yang adil kepada kerajaan negeri dalam menyebarkan maklumat dan aktiviti yang dijalankan


Sumber : Berita Harian

Ulasan : Tak dapat satu cara .. banyak lagi cara lain .. yang penting sampai maklumat

Adat Melayu Banyak Budaya Hindu -Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Hrkh) - Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. telah menegur pihak Majlis Fatwa Kebangsaan supaya memberi alternatif pada fatwa yoga dengan membuang unsur yang bertentangan dengan agama Islam. Beliau menasihatkan agar Majlis Fatwa tidak terlalu kaku dalam mengeluarkan fatwa dan memberi alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga untuk kebaikan kesihatan.

"Saya bukan kata fatwa itu salah. Memanglah apa saja perlakuan yang menyerupai agama lain itu haram. Kita sepatutnya pisahkan bacaan atau mentera dalam senaman yoga itu sendiri. Jangan ada sebarang unsur-unsur syirik yang menyamai agama lain. "Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif," katanya yang dipetik daripada laman web.

Katanya banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando dan semua sukan tersebut bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. Katanya seseorang perlu meningggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan namun boleh mengekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan.

"Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. "Kenapa tak kaji amalan-amalan lain yang ada unsur Hindu seperti tepung tawar, bersanding, merenjis. Semua ini boleh dibahaskan...," kata Dr Asri.
Sumber : Harakahdaily
Ulasan :
sebenarnya banyak adat-adat melayu yang dipengaruhi dengan adat hindu. Antaranya dah disebutkan oleh Sohibus samahah DR. Asri iaitu adat merenjis air mawar dan menepung tawar. Tu tak masuk lagi adat mandi safar,adat puja pantai, puja semangat dan melenggang perut dan bersanding yang diamalkan oleh ajaran agama lain. kita dok marahkan hindu pasal HINDRAF. HINDRAF tak heran sebab Orang Melayu lagi Hindu daripada Orang Hindu sendiri.
Nak bersanding boleh tapi ada syarat-syaratnya dan syarat-syarat mestilah berpandukan pada syariat. Bak kata Adat Pepatih Negeri Sembilan : Adat bersendikan syarak, Syarak bersendikan kitabullah.

Rabu, 26 November 2008

YANG HARAM TETAP HARAM - Malaysiakini

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Fatwa berhubung pengharaman amalan yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini tetap sah daripada segi syarak walaupun ia belum diwartakan oleh negeri-negeri.Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, soal pewartaan hanyalah untuk memberikan kekuatan undang-undang kepada fatwa tersebut bagi membolehkan pendakwaan diambil sekiranya berlaku pengingkaran.

''Warta atau belum, daripada segi syarak, fatwa itu adalah sah yang bermakna kedudukan hukum amalan yoga di sisi Islam telah jelas iaitu haram. Justeru umat Islam perlu faham tentang soal ini.''Cuma apabila fatwa itu belum diwartakan, tiada tindakan boleh diambil ke atas mereka yang ingkar. Kedudukannya seperti satu pandangan hukum sahajalah apabila tidak diwartakan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis Fatwa Kebangsaan Sabtu lalu memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan, bertentangan dengan syariat Islam.
Keputusan itu menyebabkan wujudnya polemik termasuk di kalangan pengamal yoga beragama Islam. Sementara itu, Zainul Rijal berkata, kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam perundangan adalah jelas kerana badan tersebut ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja.Katanya, Majlis Raja-Raja telah memperkenankan penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam suatu masa dahulu yang strukturnya turut mempunyai jawatankuasa fatwa.

''Sehubungan itu Majlis Fatwa Kebangsaan adalah institusi yang mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan melihat daripada sudut sejarah penubuhannya, saya berharap tidak timbul sebarang tanggapan lain.''Lagi pun jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dianggotai oleh setiap mufti negeri dan oleh itu keputusan dibuat berasaskan pandangan semua yang terlibat. ''Dan apabila hendak diwartakan sesuatu fatwa itu, ia juga akan merujuk pihak raja-raja serta majlis agama Islam negeri-negeri untuk mendapat perkenan,'' ujarnya.

Sementara itu, Zainul Rijal melahirkan rasa hairan dengan reaksi yang ditunjukkan oleh segelintir golongan bukan Islam berhubung isu fatwa pengharaman yoga kerana ia hanya melibatkan mereka yang beragama Islam.''Kenapa perlu ada yang berkecil hati pula, itu yang saya hairan sebab fatwa hanyalah untuk orang Islam. Yang haram itu untuk Muslim sahaja dan orang lain bebas untuk mengamalkannya.''Sementara bagi umat Islam pula, kita kena jelas bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam membuat keputusan ini telah menjalankan kajian secara terperinci.''Malah jika kita baca penjelasan salah seorang ahli panel kajian akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam Utusan Malaysia hari ini, kita akan dapat gambaran mengapa senaman yoga diharamkan,'' ujarnya.
ulasan :
kalau dah fatwa haram tu tetap haram. kalau bendanya qatie' bertentangan dengan syarak dah tentu haram takkan kita nak haramkan arak kena minum arak dulu baru tau haram ke tak. kalau hukum zina haram takkan nak berzina dulu baru nak jatuh hukum haram .. kalau tak tau baiklah bertanya dengan orang yang tau jangan menghukum sembarangan.Itulah kalau tak tau jangan bodoh sombang ye dah tak tau buatlah cara tak tau bertanya pada yang tau.

Pewaris kiyai kini Mufti Johor yang Baru -Malaysiakini

JOHOR BAHRU 25 Nov. - Desas-desus mengenai siapa yang menjadi Mufti Johor ketika ini terjawab apabila Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail berkenan melantik Timbalan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Kiyai Samsudin, 60, sebagai Mufti Johor yang baru. Dengan pelantikan yang berkuat kuasa mulai 13 November lalu, Mohd. Tahrir dipilih menggantikan Datuk Nooh Gadot yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 7 November lalu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berikutan itu Sultan Johor juga berkenaan melantik dan menaikkan pangkat Nooh sebagai Penasihat MAIJ mulai tarikh yang sama.''Nooh yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir, telah tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 7 November setelah berkhidmat sebagai Mufti mulai 1999 hingga 7 November lalu.

''Tempat Nooh diisi oleh Mohd. Tahrir yang juga lulusan dari universiti yang sama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Zainal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor berkata, pelantikan Nooh, 62, sebagai Penasihat MAIJ adalah satu penghormatan kepadanya yang turut sama-sama meningkatkan syiar Islam di negeri ini.Mohd. Tahrir menjadi Timbalan Mufti sejak 1999 hingga November lalu.

Lebih Mudah Berzina Dari Berkahwin ...-Malaysiakini

MINGGU depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti. Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal.

Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegah yang makruf dan mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat Islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah SWT.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumah tangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-kerenah yang pelbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-kerenah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.


Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibu bapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya. Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu.

Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi SAW: “Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam erti kata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mi pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya: “Kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?” Maka bertangguhlah hasrat si anak.

Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya. Sepatutnya si bapa bertanya: “Kau dah ada pasangan ke?” Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam Rukun Nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf. Nabi SAW bersabda: “Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maka, menderitalah bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Kursus kahwin

Saya bukan antikursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, khususnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh profesional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara, penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru semakin meningkat.

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah.

Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi‘i, maka sahlah ijab dan kabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fiqah semasa Dr. Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”.

Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang Arab Badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi SAW (ingin berkahwin dengan Nabi SAW), Arab Badawi itu berkata:“Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi SAW: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan kabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak.

Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355). Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab kabul itu begitu mudah dan senang.

Memadai jika bakal suami menjawab: “Aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: Perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Berkahwin
Setelah berkahwin, rumah tangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa. Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai-bagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak.

Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah. Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun.

Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr. Karim ‘Abd al-Karim Zaidan: “Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah...Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi‘in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah: “Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (fasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Sama ada suami sengaja atau tidak sengaja”. (Ibid 8/439). Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumah tangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumah tangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera.

Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah birokrasi mahkamah. Hakim barangkali ringan lidahnya menyebut: “Kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri. Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagiaan dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.
sumber : Utusan Malaysia (Ruangan Bicara Mufti)
Ulasan :
Sememangnya dalam musim cuti ini banyak kenduri kendara tak kiralah yang kahwin ke tak diadakan almaklum cuti sekolah. pada pendapat saya, saya menyokong hujjah yang diberikan oleh Datuk Dr. Asri diatas pendedahan yang dilakukan oleh Dr. berkenaan dengan realiti masyarakat melayu khususnya yang beragama islam yang kuat berpegang dengan adat resamnya. Kalau nak diulas dan dikomen berkenaan perkara yang disebutkan oleh Dr. tadi cukup banyak dan saya sebagai seorang yang mewakili golongan muda merasa terpanggil untuk mengulas perkara ini. ini berlaku dalam realiti masyarakat kita melayu sendiri. Bila dah sampai masa cukup umur dan nak kawin dan bila diajukan pertanyaan mengenai perkahwinan pada ibu bapa pasti mereka akan bertanya " dah cukup duit ker ?? kalau tak der 10 ribu atau 20 ribu tak payah cerita nak kawin anak orang " kadang kadang kita fikir tak .. harga sebuah perkahwinan tu boleh dinilai dengan duit ker ?? harga kebahagiaan rumah tangga tu kita nilai dengan harta benda ker?? saya cukup tak bersetuju dengan pendapat duit adalah segala-galanya. kalau kita lebih mementingkan duit daripada nasab kita sendiri seumpamanya elok kita langgan saja pelacur untuk anak kita dan kita bayar saja berapa harganya. Sedangkan kita tau Sabda Nabi SAW "perkahwinan yang bahagia ialah dengan mahar yang paling murah" tapi orang kita tak begitu .. suruh belajar tak nak .. masih nak ikut adat yang menysauhkan kepala otak kita.
perkara yang kedua yang saya ingin ulas ialah apa yang dikatakan oleh Dr tadi mengenai birokrasi yang berlaku semasa akad nikah. kadang nak marah pun ada gak pada juru nikah yang mintak ulang 3-4 kali lafaz nikah nie Dalam hati mau jer kata "Agak pak imam nie pekak badak ker sampai nak kena ulang lafaz ijab qabul tu 3-4 kali". Itulah sebabnya pemilihan qadhi atau juru nikah perlu pilih orang yang sihat tubuh badan , muda ,ada keupayaan .. ini tak pilih yang dah tua bangka .. yang dah tak kuat pendengaran .. sampai nak kena ulang banyak kali. Pada saya seeloknya Imam-imam yang dah lanjut usia nie di gantikan dengan imam-imam muda yang ada ilmu yang balik dari timur tengah atau lulusan pengajian islam dari Universiti yang ada keupayaan dan bukan yang cokia-cokia. Kebanyakan imam yang saya perhatikan dipilih atas dasar pilihan Pengerusi JKKK( Ketua Umno). Malahan ada jugak Imam yang tak tau ujung pangkal alih-alih naik jadi imam. bukankah ini satu malapetaka pada kampung tersebut.Pilihlah yang boleh memimpin bukan kerana pengaruh atau politik.

Selasa, 25 November 2008

Tayang Pusat Tanda Seksi Ke???-Malaysiakini

LOS ANGELES: Peragawati terkenal, Karolina Kurkova (gambar) yang lebih popular sebagai model pakaian dalam, muncul wanita paling seksi di dunia dengan mengalahkan barisan artis terkemuka Hollywood, termasuk Angelina Jolie, menerusi undian dilakukan laman web gosip dan hiburan, E! Online.Model pakaian dalam berasal dari Republik Czech itu berada di tempat teratas 10 wanita paling seksi dan pemilihan itu sesuatu yang menarik kerana membabitkan senarai jelitawan dari seluruh pelosok dunia.

"Selain wanita Amerika Syarikat, senarai itu menghimpunkan jelitawan yang menarik wajah dan tubuh menawan dari enam benua berbeza," kata satu kenyataan E! yang dipetik Fox News, semalam.Di tempat kedua, model kelahiran Israel yang juga teman wanita aktor Leonardo DiCaprio, Bar Rafaeli. Tempat ketika menjadi milik aktres popular, Angelina Jolie. Bekas teman wanita DiCaprio, model Gisele Bundchen di tempat keempat manakala tempat kelima, aktres yang disifatkan jelmaan Marilyn Monroe, Scarlett Johansson.

Apa yang menarik, pemilihan Kurkova, 24, berlaku di tengah-tengah kontroversi membabitkan fizikal badannya yang didakwa memiliki 'kecacatan' kerana tidak mempunyai pusat.Malah kecacatannya itu disaksikan ramai, apabila beliau muncul menggayakan koleksi terbaru Victoria's Secret di Florida, minggu lalu.Kurkova adalah antara model yang menerima bayaran paling tinggi untuk muncul di muka depan majalah tetapi ketiadaan pusatnya hanya disedari baru-baru ini apabila gambarnya memperagakan pakaian dalam memaparkan kecacatannya itu. Ini mencetuskan kontroversi yang mendakwa kemunculannya menerusi sesi fotografi dan gambarnya terpampang lengkap dengan lubang pusat, adalah hasil sentuhan komputer. - Agensi

Ulasan : Agak kalau tak menonjolkan pusat dan tak mendedahkan aurat tu tak seksilah yer??? ukuran seksi seseorang wanita diukur dekat situ ker ?? rendahnya nilai maruah seorang wanita kalau diukurkan hanya disitu saja.Patutlah remaja sekarang nie suka sangat tunjuk pusat . rasanya elok diorang dihantar masuk kepusat jugak lah ... pusat pemulihan akhlak ... yang lelaki memang comform ramai yang dah masuk pusat jugak .. pusat serenti.

Isu Babi lagi - Malaysiakini

Dalam minggu ini tak sudah-sudah dimainkan isu mengenai babi dan tak tau bila akan berkesudahan. dah pun abis isu di selangor timbul pulak isu di kedah . Di melaka memang dah terkenal sangat terutama dikawasan masjid tanah area kuala. Dalam banyak banyak binatang yang halal di Malaysia ini kenapa babi jugak yang dipilih sebagai ternakan komersil ?

Sedangkan dalam Al-Quran dah disebutkan mengenai pengharaman babi tapi kenapa kita dok bela lagi. Tak sudah dengan tu lagi dua hari lepas ada pulak pihak yang cuba nak mainkan isu perkauman dengan menaikkan poster dan jugak kain rentang kalau tak silap saya di kawasan masjid tanah sebab semalam ada sembang dengan seorang kawan di kedai kopi. Kawan tu tunjukkan pada saya ada satu poster yang telah ditampal dan antara tajuk poster tersebut ialah " Hidup Melayu, Islam Bantah Babi"

kawan saya juga ada memberitahu bahawa ada pihak yang telah cuba untuk membuat protes atau demonstrasi bantahan terhadap babi. Setahu saya yang guna slogan hidup melayu ini satu parti saja , iaitu parti yang berideologikan kebangsaan melayu. tapi apa pun itu sajalah yang mampu dibuat agaknya. sepatutnya perkara yang boleh menimbulkan sensitiviti ini perlulah dirujuk pada pihak berkuasa dan perlu tindakan segera.

Isnin, 24 November 2008

ARAK HARAM TAPI ....-Malaysiakini

assalamualaikum ... alhamdulillah segala puji bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam buat rasul junjungan seterusnya buat para sahabat baginda dan tak lupa buat para pejuang serta pendokong perjuangan risalah islam yang telah dan turut sama berjuang hingga kini.

saya cukup tertarik dengan satu respon yang diberikan olejh salah saorang dari pengunjung yang telah berkunjung ke blog saya dan menyatakan respon beliau mengenai entry saya yang bertajuk Yoga: Haram untuk ummat islam.

Ikhwah sekalian, dua atau tiga hari lepas heboh diperkatakan dan dipaparkan didada-dada akhbar mutaakhir ini mengenai fatwa mengenai pengharaman yoga yang disifatkan mengandungi unsur-unsur pemujaan terhadap agama hindu dan respon yang saya terima mengatakan kenapa hari ini baru diharamkan kenapa arak, judi dan sebarang perkara yang haram tidak diharamkan dalam negara malaysia.

pada pandangan saya terhadap respon yang diberikan, saya merasakan saudara kurang arif terhadap apa yang berlaku. sebenarnya arak, judi, tenung nasib semuanya sememangnya telah pun diharamkan oleh Allah SWT melalui ayat yang diturunkan serta sejarah pengharaman yang telah dirakamkan dalam sirah Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT mengenai arak pada ayat yang 219 dalm surah Al-Baqarah mafhumnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.

Jelas kita bahawa arak dan judi merupakan dosa yang besar walaupun terdapat manfaat disebaliknya. Kemudian turun pula ayat yang seterusnya yang menegah seseorang mukmin itu meminum arak sewaktu ingin menunaikan solat.Dan selepas itu turun pula ayat dari surah almaidah ayat ke 90 yang mengharamkan terus arak dan judi serta tenung nasib sepertimana mafhumnya : Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Kini jelas pada kita sesungguhnya arak, judi serta perkara-perkara yang membawa kemusnahan telah lama diharamkan oleh Allah SWT diatas mukabumi ini. Akan tetapi, persoalannya dimalaysia kenapa perkara ini tidak dilaksanakan dan dipraktikkan di malaysia?? kalau tak ada orang yang berjudi dan yang minum arak dah tentu tak kan ada masalah sosial pada hari ini bukan ??

sebenarnya yang bawa arak dan judi ini masuk ke negara kita ialah penjajah inggeris dan minuman arak serta permainan ini juga merupakan warisan mereka yang masih lagi diamalkan dan dibiarkan berleluasa didalam negara kita. malahan yang main judi bukan sahaja golongan bawahan malahan terdapat juga dari golongan pemerintah yang memerintah. Kenapa tak dihapuskan tu pendapat saya, sahabat kena tanya diri sahabat sendiri. sebabnya kita sendiri yang tak nak mengubahnya.

Nabi dah ingatkan kita dengan firman Allah "Tidakkah kamu berfikir"'tidakkah kamu melihat"?? so dalam konteks ini Sabda Nabi SAW dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh abu Saed Alkhudri R.A ; Barangsiapa melihat kemungkaran didepan matanya maka hendaklah diubah dengan tangan, jika tak mampu juga hendaklah diubah dengan lidah, dan jika tidak mampu juga maka ubahlah dengan hati, maka itulah selemah-lemah iman. Nak ubah bukan susah. Tapi kenapa 8 Mac yang lepas kita tak ubah ?? masih dengan mimpi-mimpi dan angan-angan yang indah-indah ?? silap kita sahabat-sahabat. Jika kemarin kita tak ubah kita tunggulah sampai 2012 nanti baru lah kita ubah. Sebab kita dah terlewat.

Dulu lagi nabi dah ingatkan kita, tapi kita tak ingat. Iyer itulah manusia, manusia mudah lupa, melayu mudah lupa (kata TDM). Tapi orang yang beriman, orang yang memperjuangkan islam dulu kini dan selamanya tak pernah lupa. Nak join mudah saja pergilah ke jalan raja laut dan isi borang. insya Allah saudara takkan lupa lepas tu.

Ahad, 23 November 2008

michael @Mikaeel -Malaysiakini

KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh) - Keputusan penghibur terkenal dunia, Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikan agama berkenaan benar dan bukan rekaan manusia. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama Islam diterima oleh sesiapa sahaja termasuk superstar dunia setelah mendapat hidayah daripada Allah Taala.

"Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itu kerana ia merupakan agama yang benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Ke-83 di sebuah hotel di sini semalam. Beliau diminta mengulas keputusan penyanyi terkenal berkenaan memeluk agama Islam sebagaimana dilaporkan media semalam. Penyanyi kontroversi Amerika itu menukar namanya kepada Mikaeel Jackson. Nama itu merupakan pilihannya sendiri. Mikaeel merupakan nama malaikat pemberi rezeki.

Jacko dibesar dalam lingkungan agama Kristian dikatakan mengambil keputusan menganut Islam semasa beliau menggunakan studio di rumah kawannya ketika merakamkan album baru. Rakannya David Wharnsby seorang penulis lagu dan produser Philips Bubal menasihatkan beliau supaya memeluk agama Islam. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan Jackson itu membuktikan beliau tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya sebelum ini.

"Walau pun Jackson merupakan seorang penyanyi tersohor dunia, sudah tentu dia banyak membaca untuk mendapat maklumat berhubung kebenaran Islam. "Memanglah dia tu penyanyi, semua orang kenal dia, tetapi tidak bererti dia tu menyanyi sahaja," katanya.

Beliau juga berharap penyanyi terbabit dapat mempromosikan Islam melalui tindak tanduk yang baik dan lirik-lirik lagu yang dapat memberi keinsafan kepada manusia serta mengakui kebesaran Allah. Menurutnya, hanya agama Islam yang benar kerana diperakui oleh Allah Taala. Kata beliau juga mereka yang sudah lama beragama Islam jarang mengambil peluang untuk mempromosikan agama itu kepada umum bagi menarik lebih ramai orang bukan Islam mendekati agama tersebut.

"Walau pun Islam tidak memaksa sesiapa memeluk agama suci itu, namun setiap dari mereka wajib berdakwah serta mempromosikannya kepada penganut agama lain. "Kelantan sendiri tanpa disedari telah mempromosikan agama Islam dalam pentadbirannya seperti mengharamkan riba, menutup aurat, cuti dua hari dan pemberian manfaat kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas," katanya. Beliau juga berkata, masyarakat bukan Islam termasuk Hindu pernah menjemputnya menyampaikan ucapan pada majlis anjuran mereka.

Yoga Haram Untuk Ummat Islam -Malaysiakini

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.


Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam."Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.


"Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim yang juga Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

ulasan :
Yoga Haram untuk orang islam disebabkan ada unsur-unsur pemujaan tapi kenapa araj, judi dan perkara-perkara yang jelas terang-terang diharamkan oleh Allah tidak diharamkan dan diambil tindakan oleh Kerajaan yang kononnya negara islam ?? nak senaman boleh senaman tapi buatlah yang Islam ajar kita. Islam kan cara hidup yang sesuai untuk manusia. Tak Percaya ???

Muslimat oh muslimat ...-Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) - Muslimat mestilah menjadi tempat rujukan masyarakat untuk mendapatkan ilmu, memohon pertolongan serta sentiasa bersiap siaga untuk menghulurkan bantuan serta berdakwah kepada masyarakat pada bila-bila masa dan di mana jua.Itulah antara harapan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Salleh yang disuarakan dalam ucapan aluannya sempena sambutan Jubli Perak Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, semalam.

Bersesuaian dengan tema,'Muslimat Mendepani Cabaran Kota raya', dalam ucapannya juga Nuridah mengharapkan agar semua muslimat di Wilayah Persekutuan bersikap lebih proaktif dan kreatif dalam melaksanakan aktiviti untuk mendekati masyarakat.

Selain itu, sempena sambutan Jubli Perak ini juga Nuridah menyeru semua ahli dan kepiminan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan bermuhasabah sama ada berpuas hati dengan segala aktiviti yang telah dilakukan.

"Tentunya kita tidak berpuas hati. 25 tahun juga merupakan usia matang bagi seseorang. Jadi, Jadi sempena sambutan ini, inilah masanya untuk kita bermuhasabah untuk meningkatkan komitmen kita untuk mencapai matlamat perjuangan PAS.

"Tanggungjawab dakwah pula mesti dilakukan secara berjemaah atau bersama-sama dalam satu organisasi seperti contoh tauladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Sehubungan itu usaha menggembleng tenaga dan idea perlu diteruskan secara konsisten supaya benar-benar dapat mencapai piawaian Allah,"katanya.

Sambutan yang bertempat di padang awam, Flat Seri Labuan, Bandar Tun Razak, itu dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad.

Antara tetamu yang hadir ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'lo' Ghazali; Timbalan Pesuruhjaya PAS III Wilayah Persekutuan, Salbiah Wahab serta mantan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif.

Pada sambutan itu juga, Anugerah 'Jasamu dikenang' dikurniakan kepada seramai lapan orang mantan Ketua dan Setiausaha Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan. Mereka yang menerima anugerah ialah Adibah Baharudin (Ketua Penaja dan Setiausaha 1983), Allahyarham Ustazah Hayati Hassan (Ketua Penaja dan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan-1983-1997), Kamar Ainiah Kamaruzzaman (Setiausaha Penaja) dan Siti Alauyah Harun (Setiausaha 1987-1991).

Turut menerima anugerah ialah Faizah Ismail (Setiausaha 1987-1991), Sakinah Awang ( Setiausaha 1991-1997 dan 1999-2001), Julia Yaacob (1997-99) dan Rahmah Suraji (2001-2007).

Kemuncak sambutan Jubli Perak Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan ini ialah acara 'Ladies Night' yang bertempat di Dewan Ballroom, Anjung Rahmat, Jalan Gombak, Selangor, malam tadi.
ulasan :
Muslimat tempat lain dah mula bangkit , muslimat dan nisa' melaka apa cerita ?? takkan duk sembunyi dalam kelambu lagi kot. kalau nak menang buat cara nak menang .. usaha sampai dapat. insya Allah tangan yang menghayun buaian jugak mampu menghayunkan dunia.

Rabu, 19 November 2008

PMRAM peringatkan Mahasiswa-Malaysiakini

Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail mengingatkan kepada sekalian mahasiswa dan mahasiswi supaya mengambil berat faktor keselamatan di Mesir kerana ia membabitkan pihak keselamatan.

Tanpa merujuk mana-mana insiden, dalam kenyataan terbarunya itu, beliau mengingatkan visa dan pasport adalah perkara utama yang perlu diambil perhatian sewaktu berada di Mesir bahkan di mana-mana negara. Tarikh tamat visa (iqamah) dan pasport perlu diambil perhatian yang serius. Perkara lain yang harus diberi perhatian juga ialah hubungan dengan warga Arab yang lebih perlu berhati-hati.

"Sesetengah kita gemar belajar dan mengaji dengan guru-guru warga Arab atau menghadiri kelas pengajian mereka tanpa pengetahuan PMRAM, yang kita tidak ketahui status guru tersebut di sisi pihak keselamatan Mesir, ia amat membahayakan," ujar beliau. Oleh itu, pihak PMRAM menasihati agar para mahasiswa dan mahasiswi tidak menghadiri majlis pengajian atau program yang melibatkan warga Arab khasnya selain anjuran PMRAM.

"Ini kerana majlis di bawah anjuran PMRAM, pihak PMRAM terlebih dahulu akan memaklumkan nama pengisi kepada pihak keselamatan Mesir dan sebarang program PMRAM adalah dalam makluman pihak polis," jelas beliau lagi.

Untuk makluman, Mesir adalah negara yang masih diperintah di bawah undang-undang tentera dan pihak keselamatan boleh menahan sesiapa jua yang disyakinya dengan apa jua jenis kesalahan yang boleh disabitkan. Antara kesalahan yang dikategorikan "amat berat" ialah melibatkan diri dalam aktiviti menentang kerajaan atau gerakan-gerakan politik yang anti-kerajaan.

Justeru, pihak PMRAM mengharapkan agar mahasiswa dan mahasiswi Malaysia tidak melibatkan diri langsung dalam kegiatan tersebut kerana niat dan tujuan utama kita ke Mesir ialah untuk menuntut ilmu.
sumber : PMRAM,BKKIMM

BILA MANTAN MENTERI PELAJARAN BERSUARA- Malaysiakini

Tun Abdul Rahman Yaakob berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).Bekas Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara.

“BM akan dipinggirkan, tak patut jika (pengajaran dalam BI) diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Wacana Ilmu: Pembangunan Pendidikan Di Sarawak, hari ini.Abdul Rahman berkata, isu yang membabitkan pendidikan negara perlu diserahkan kepada pakar pendidikan untuk merancang sementara tugas ahli politik adalah menerima segala cadangan sebelum sesuatu dasar pendidikan diperkenal dan dilaksanakan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, berkata sekiranya sesuatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara dibuat oleh golongan bukan benar-benar pakar dalam bidang tersebut, ia mungkin gagal mencapai objektif yang dikehendaki.Semasa ceramahnya yang dianjurkan Institut Aminudin Baki, Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan BI merupakan tindakan mundur ke belakang dan bukan ke depan.

Rafidah dan kamilia Teruskan pertarungan -Malaysiakini

JOHOR BAHRU 18 Nov. - Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz atau Exco pergerakannya, Datuk Kamilia Ibrahim diminta supaya melakukan 'pengorbanan murni' bagi memastikan tiada pertandingan pada pemilihan UMNO Mac depan.Naib Ketua Wanita Johor, Senator Sharifah Azizah Datuk Syed Zain berkata, pengorbanan itu sekali gus membantu mencapai matlamat peralihan kuasa yang bertujuan mengelakkan berlaku pertandingan bagi dua jawatan utama sayap itu.

"Kita mahu mereka bincang baik-baik supaya tiada pertandingan, maka ini dengan sendirinya bermakna sama ada Rafidah atau Kamilia perlu berkorban," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Sharifah Azizah berkata, Wanita Johor tetap dengan pendiriannya untuk memastikan pelan peralihan kuasa berjalan pada Jun ini.Namun, beliau membayangkan dengan perkembangan terkini Kamilia tetap mahu bertanding, Rafidah perlu berkorban untuk tidak mempertahankan jawatannya atau Kamilia sendiri berkorban menarik diri daripada bertanding.

"Perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat Wanita baru-baru ini dan akhirnya keputusan sebulat suara dicapai."Ia seperti dinyatakan oleh Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Halimah Sadique bahawa Johor akur dengan peralihan tetapi kita minta mereka bincang dengan baik supaya tidak ada pertandingan pada bulan Mac," katanya. Secara peribadi, beliau berkata, pengorbanan itu untuk mengelakkan pertandingan dan memastikan peralihan kuasa diteruskan bagi mengekalkan perpaduan dalam Wanita UMNO.
assirkami: Hai Hari Raya Korban pun dah dekat nie agak-agak siapalah yang akan dikorbankan sempena raya korbankan yer. baik jantan baik betina serupa jer .. nak rebutkan lauk yang sikit

hantaran penentu kasih sayang ??- Malaysiakini

mula saja cuti sekolah, bertaburan lah beberapa kad jemputan kesana kemari sebagai undangan ke majlis perkahwinan dan ramai juga kawan-kawan dan sahabat assirkami yang telah pun mendirikan rumahtangga berbanding dengan assirkami yang masih lagi single. bukan tak nak kahwin dan berumah tangga tapi kadang kadang bila tengok kawan-kawan dan sahabat nikah terkedu bila mendengarkan duit hantaran yang diminta oleh pihak pengantin perempuan.

ada yang paling murah Rm 6-7 ribu dan paling mahal setakat nie yang assirkami baru dengar ada yang sampai 20 ribu.(yang kerja biasa-biasa )tapi kadang kita terfikir gak, hantaran dan maskahwin yang tinggi-tinggi ini boleh jamin kebahagiaan dalam hidup berumah tangga ke?? sebabnya bila kita baca surat khabar setiap hari dipaparkan mengenai perkahwinan tak kiralah artis ke bukan artis, yang keluarga sederhana atau keluarga kaya, masing masing mengenakan hantaran dan maskahwin yang cukup tinggi.

sedangkan yaang meminang tu taklah kaya mana pun.kadang yang meminang tu kerjanya pembantu pejabat, cikgu tapi keluarga yang perempuan pulak letak lah harga mahal-mahal siap ada yang kata " minyak dah mahal sekarang nie , jadi hantaran pun mahal gak lah yer"" kalau tak ada 10 ribu jangan haraplah nak pinang anak orang". Inikah ukuran sebenar yang kita nak?? Dengan meletakkan hantaran yang tinggi sehinggakan sanggup untuk "menjual" anak perempuan mereka dengan harga yang tinggi.

kalau menurut pandangan islam, perkahwinan yang baik ialah dengan mahar yang murah.susah rasanya kalau mantaliti kita dah diletakkan pada kebendaan. sedangkan nabi ada ingatkan kita, Sabda Nabi SAW : kahwinlah kamu seorang perempuan itu kerana empat perkara iaitu keranma cantiknya, kerana nasab keturunannya,kerana hartanya dan kerana agamanya maka pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan bahagia.

maknanya harta kekayaan bukanlah ukuran sebenar dalam mengukur kasih sayang.Satu lagi masalah bila, keluarga yang perempuan suka memperlekehkan kedudukan orang lain. ini satu lagi masalah yang cukup berat yang dirasai oleh kaum lelaki yang berpendidikan rendah, terutamanya yang hanya berkelulusan sijil atau diploma.

Ya, mungkin kerana gaji yang kecil ditakuti tak mampu untuk menyara keluarga tapi bukankah rezki tu Allah yang aturkan ..Kenapa kita masih lagi tak percaya pada ketentuan Allah . Kadang ada gak dengar keluhan kawan-kawan yang minta pandangan dan mengadu masalah pada assirkami mengenai ahli keluarga yang suka memperlekehkan kedudukan orang lain baik sesama biras atau ipar duai.

assirkami ini yerlah .. kalau masalah kengkawan nie kita dengar dan ambik iktibar jangan sampai berlaku pada diri sendiri.tapi kita fikir-fikirlah dan selalu muhasabah diri kita akan kekurangan yang ada pada diri kita.

Isnin, 17 November 2008

As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin Rahmatullah alaih-Malaysiakini

Pengasas Pergerakan Hamas, Sheikh Ahmad Yassin juga merupakan salah seorang daripada lulusan Al-Azhar yang giat memperjuangkan agama, negara dan bangsa,Sheikh Ahmad Yassin dilahirkan pada tahun 1937 di perkampungan Al-Jura berdekatan bandar Majdal yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Mandat British Palestin sebelum berpindah ke Gaza selepas kampung tersebut musnah dalam Perang Israel 1948.Mengalami kecederaan ketika bersukan pada usia 12 tahun yang membawa kepada kecacatan anggota sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang hayat.

Ia bagaimanapun tidak menghalang beliau dari melanjutkan pelajaran di Al-Azhar selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, ketika pergerakan Islam dan perjuangan nasionalis Arab sedang berkembang pesat.Yassin kemudian menyertai Ikhwanul Muslimin ketika pengajian beliau di Al-Azhar dan seterusnya terus melibatkan diri dengan cawangan kumpulan tersebut di Palestin.

Semasa Intifada pertama pada tahun 1987, Yassin dan rakan baiknya Abdel Aziz Al-Rantissi menubuhkan Hamas dan menjadi pemimpin kerohanian kumpulan tersebut yang menekankan perjuangan menentang Israel.Ditangkap dua tahun kemudian bersama hampir 200 anggota Hamas dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana menyerang askar Israel dan penduduk Palestin yang disyaki bersubahat namun Hassan dibebaskan pada tahun 1997 selepas campur tangan arwah Raja Hussein dari Jordan.Setibanya di Gaza pada 6 Oktober 1997, Yassin mengisytiharkan bahawa sekiranya Israel berundur dari Tebing Barat dan Gaza serta menutup kesemua penempatannya, maka Hamas bersedia berdamai dengan Israel.

Pada September 2003, tiga tahun selepas kebangkitan Intifada kedua di Palestin, Israel gagal dalam cubaan membunuh Yassin namun beliau terkorban pada tahun berikutnya apabila peluru berpandu mengenai keretanya ketika dia baru keluar dari sebuah masjid di Gaza.

Tokoh Yang cukup kukagumi (bahagian 2) -Malaysiakini

Seorang lagi pemimpin terkenal yang dikenali dari Al-Azhar adalah Taqiuddin al-Nabhani, pengasas kepada Hizbut Tahrir.Dilahirkan pada 1909 di Ijzim, Haifa dan merupakan pakar perundangan Islam dan telah menghafaz Al-Quran pada usia 12 tahun lagi sebelum meneruskan pengajian peringkat rendah dalam bidang Syariah di Haifa. Beliau mengambil langkah drastik dengan mengikuti kuliah di Al-Azhar dan Dar al-Ulum serentak pada 1928 dan berjaya lulus dengan cemerlang yang membolehkannya mendapat Diploma Syariah Universal.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di Al-Azhar anjuran cendekiawan terkenal seperti Sheikh al-Akhdar Hussein memberi peluang kepada beliau untuk mengasah kemahiran dalam perdebatan serta perbincangan.Selepas pulang ke Palestin beliau berkhidmat sebagai guru dari 1932 hingga 1938 dan Taqiuddin kemudiannya beralih ke arah sistem kehakiman Islam yang masih menggunakan sistem perundangan era Uthmaniyah.Pada awal 1953, beliau dan beberapa rakan menubuhkan Hizb ut-Tahrir di Quds, Baitulmaqdis namun pembentukan parti tersebut ditentang oleh Jordan yang seterusnya membawa kepada pengharamannya, namun Hizb ut-Tahrir terus berkembang ke seluruh dunia Islam malah turut sampai ke Aceh, Indonesia.

Selepas Taqiuddin meninggalkan Jordan buat sementara waktu untuk melawat Damsyik dan Beirut pada 1955, kerajaan Jordan mengharamkan beliau untuk kembali ke negara itu memaksanya Hizb ut-Tahrir menukar pusat operasi ke Damsyik dan Beirut.Taqiuddin dipenjarakan di Iraq semasa melawat negara itu pada 1973 dan diseksa teruk namun dilepaskan hanya kerana pihak keselamatan membuat kesilapan apabila mengenal pasti beliau sebagai anggota Hizb ut-Tahrir dan bukan sebagai ketuanya.Tekanan berterusan dari kerajaan Jordan memaksa beliau melepaskan peranan kepada masyarakat dan tidak lagi dilihat di khalayak ramai kerana takut dibunuh namun beliau meninggal dunia di Beirut pada 20 Disember 1977.

Tokoh Reformis yang cukup kukagumi (bahagian 1)- Malaysiakini

Dilahirkan pada 1906 di Mahmudiya, Mesir, beliau telah terlibat dengan pembaharuan seawal usia 13 tahun. Hassan juga menyertai demonstrasi dalam revolusi 1919 bagi menentang penjajahan British.Berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 14 tahun, Hassan memulakan pengajian di Dar al-Ulum, Kaherah pada 1923 ketika berusia 16 tahun. Sepanjang empat tahun di ibu negara Mesir memberi pendedahan kepada beliau tentang situasi politik dan bagaimana corak sekular dan Barat telah menembusi masyarakat.Pada waktu ini jugalah Hassan menyedari bahawa golongan muda semakin jauh daripada landasan agama dan percaya hati dan minda pemuda- pemudi Islam adalah penting dalam mempertahankan kemurnian Islam.

Hassan turut mengikuti kuliah di Al-Azhar yang memberi pendedahan mengenai pandangan-pandangan ulama yang terkini serta ilmu dakwah untuk menyebarkan Islam. Menjadi guru bahasa Arab pada usia 21 tahun di sebuah sekolah di Ismailiyya dan pada masa tahun yang sama Hassan, adiknya Jamal al-Banna dan lima sahabatnya bersumpah sehidup semati untuk mempertahankan Islam sekali gus tertubuhnya Ikhwanul Muslimin.Pertubuhan itu seterusnya berkembang pesat dengan lebih setengah juta keahlian tidak termasuk cawangan-cawangan di negara-negara Arab lain malah turut menghantar ribuan tentera dalam perang terhadap Israel pada tahun 1948.Hassan telah ditembak mati di sebuah pasar pada Februari 1949 pada usia 43 tahun.

Iraq Izinkan Kuffar kekal di Iraq-Malaysiakini

BAGHDAD 16 Nov. - Kabinet Iraq hari ini meluluskan perjanjian keselamatan yang akan membenarkan askar Amerika Syarikat (AS) untuk terus berada di negara ini sehingga 2011.Kelulusan perjanjian itu adalah hasil rundingan intensif selama hampir setahun.Perjanjian tersebut masih perlu diluluskan oleh Parlimen Iraq tetapi Menteri Luar, Hoshiyar Zebari menjangka kelulusan tersebut diberikan sebelum akhir bulan ini.

Perjanjian tersebut yang mengawal kehadiran askar AS bagi tempoh selepas akhir tahun ini, kini dikenali secara rasmi sebagai perjanjian mengenai pengunduran askar AS."Kabinet secara sebulat suara telah meluluskan perjanjian antara Iraq dengan AS bagi melaksanakan pengunduran askar Amerika dari Iraq," kata jurucakap kerajaan, Ali al-Dabbagh.Menurut draf perjanjian itu, askar AS dikehendaki berundur dari pekan dan kampung di Iraq ke pangkalan mereka selewat-lewatnya pada pertengahan tahun depan dan meninggalkan negara ini terus menjelang akhir 2011.
ulasan assirkami:
Hai nampak gaya tak berjaya gak cadangan Presiden Obama nak tarik balik tentera dan terpaksa biarkan tentera USA kekal di Iraq. Tapi kalau yang dikekalkan tu muslim dan dapat bantu muslim yang lain tak perlah jugak .. ini kapiaq yang dibiarkan untuk menghancorkan ummat islam sepertimana yang berlaku didunia islam yang lain. akai ada ka ??

Ustaz Ashaari dikejar ..Ayah Pin dibiar - Malaysiakini

dua tiga minggu lepas timbul kembali isu mengenai ayah pin(pengasas ajaran ayah pin) muncul kembali diperkatakan dan tiada sebarang tangkapan yang dilakukan bahkan dibiarkan bebas bergerak walaupun telah diisytiharkan ajaran tersebut haram dan sesat. Yang heran bin ajaibnya, pak pin nie boleh dibiarkan bebas untuk balik ke kampung halaman dan hidup seperti sedia kala walaupun sebelum ini cukup aktif dengan perkampungannya diterengganu.

saya melihat ini adalah satu tindakan double standart yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkaitan. teringat saya pada salah saorang pemimpin salah satu kumpulan yang diharamkan iaitu Abuya Ustaz Ashaari Mohamad yang ditahan di bangkok kerana menyebarkan ajaran aurad muhammadiah yang didakwa sebagai sesat.

kenapa abuya ditangkap sedangkan ayah pin dibiarkan bebas ?? kalau dah isytihar kata menyeleweng kenapa tak der tindakan apa apa ?? pihak berkuasa agama buat apa ?? makan gaji buta ker ?? kalau tak cukup kakitangan ambil kakitangan baru.

macammana maksiat dan gejala sosial nak berkurang kalau yang buatnya ramai yang nak benteras dan kawalnya boleh bilang ngan jari. Fikir-fikirkan ...

Turun Jugak Kau akhirnya yer Minyak -Malaysiakini

PUTRAJAYA: Kerajaan petang ini mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok. Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.15 seliter kepada RM2, RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Ia adalah penurunan kali kelima dibuat dengan pelarasan terakhir pada 1 November lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter. Penurunan harga minyak itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan media di sini. Harga bahan api itu telah dinaikkan sebanyak 78 sen sejak Jun lalu. Penurunan sebelum ini dibuat pada 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober dan 1 November.

assirkami:
merasa baliklah apa yang pernah saya cakap dulu ... ingat lagi tak wal hasil balik asal ?? heheheh...

Perut Buncit Pendek Umur ?? - Malaysiakini

LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda. Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.


Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan. "Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik," katanya.


Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit. Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.


"Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita," katanya.


Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang. "Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya," kata beliau.

Zina Hati dan Cara Mencegahnya- Malaysiakini

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)




Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.


Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”


Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Ahad, 16 November 2008

Walkaton.. Joghathon dan Sunatthon ..-Malaysiakini

Tak cukup ngan basikalthon, walkathon dan kini ... sunatthon .. cam bunyi jawa pun ada gak apa apa pun baca lah kat bawah nie yer ..
HULU SELANGOR 15 Nov. - Seramai 38 kanak-kanak miskin dan 42 mualaf Orang Asli berkhatan beramai-ramai menerusi program Sunathon anjuran Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini hari ini.Pengelola program, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainudin berkata, selain meraikan golongan berkenaan, program berkhatan secara percuma itu juga bertujuan mendedahkan 80 pelajar IMU dengan aktiviti kemasyarakatan.

''Ia juga mampu mengeratkan lagi hubungan IMU dengan institusi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Abdul Khalid Sintol; Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ali Mahmud dan Timbalan Pengarah JHEOA, Meor Adam Hashim.Seorang mualaf, Jamini Ila, 40, yang memeluk Islam lima tahun lalu bersyukur kerana dapat berkhatan hari ini walaupun berasa agak malu.''Saya antara peserta paling dewasa dalam program ini sampai ada kanak-kanak hairan mengapa saya juga ingin berkhatan,'' katanya.

Bagi murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Baru 1, Iman Shahidan, 7, mengakui hatinya berdebar saat menanti giliran untuk dikhatankan.Namun, dia yang hadir ditemani bapa berasa sedikit lega kerana mendapat semangat daripada abangnya, Nor Amin Shahidan, 10, yang berkhatan tahun lalu.Berlainan pula bagi Abdul Rahim Mohd. Rashid, 7, yang mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam dewasa selepas berkhatan.
''Saya tidak takut, lagi pun mak dan ayah sudah pesan supaya membaca doa dan surah al-Fatihah bagi menghilangkan rasa takut.''Tetapi yang seronoknya, apabila sihat nanti, mak dan ayah sudah berjanji mahu membawa saya dan adik-adik bercuti ke Genting Highlands,'' katanya.

Makin Ramai Remaja Yang Lupa Agama- Malaysiakini

semalam lepas pulang dari kenduri kahwin di rumah sahabat saya mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar taman tempat saya tinggal dan saya hanya menaiki motorsikal sahaja pada waktu tu. Tak lama dalam perjalanan itu saya temui beberapa orang remaja yang sedang asyik dengan tarian shuffle mereka.

kadang saya terfikir juga apa maksud shuffle tu dan apa manfaat serta dari mana datangnya shuffle tu. Kadang bila nampak remaja ini bershuffle kononnya nampak seperti anak kera yang baru terlepas dan baru bebas dari kandang. kesian kadang-kadang bila tengok gelagat mereka yang tak ubah seperti kera kehilangan ekor.

terkinja-kinja macam kera kena belacan pun ada gak. Mereka hilang perasaan malu dan kadang-kadang hilang pertimbangan dan kawalan badan akhirnya menyebabkan mereka tak hiraukan keselamatan diri.

Hati ini tertanya-tanya kemana arah tuju mereka yang sebegini?? adakah ini generasi yang bakal mewarisi kegemilangan generasi terdahulu ?? atau kerana mereka kurang penghayatan agama dalam diri. Kat mana silapnya ?? di sekolah dah diajarkan matapelajaran agama islam tapi makin ramai pulak yang tak faham islam.
Nak dikatakan kat rumah tiada penjagaan , rasanya ibubapa ada yang selalu perhatikan gelagat anak mereka tapi tak pula mengubahnya. Kat mana silapnya sampai anak-anak lupa agama ?? Takkan tak der ubat yang boleh cegah perkara ini ?? mana ustaz-ustaz dan ustazah -ustazah lepasan dalam dan luar negara ?? apa yang anda buat ?? Fikir-fikir dan muhasabah diri kita .

Rabu, 12 November 2008

Kelantan Bersih Rasuah .. Melaka ???-Malaysiakini

KOTA BHARU, 11 Nov (Hrkh) - Kelantan mengekalkan rekod bersih apabila hampir tiada laporan rasuah dan salah laku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sepanjang tempoh 18 tahun. Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu tiada laporan salah laku atau kegiatan rasuah di kalangan kakitangan pentadbiran awam sejak 1990 sehingga sekarang. "Setiapkali mesyuarat Exco bersidang lebih 100 surat dari pelbagai jabatan diangkat ke mesyuarat itu.

"Malah kadang-kadang melebihi 200 kertas berhubung permohonan rakyat dibincangkan," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri 2008 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini hari ini. Menurutnya perkembangan itu membuktikan kakitangan kerajaan negeri tekun melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam.

"Bagaimanapun saya tak boleh la nak kata puas hati, itu terpulang kepada ketua-ketua jabatan mereka," ujarnya. Beliau juga berkata, bagi mewujudkan budaya kerja kualiti di kalangan kakitangan awam setiap mereka perlu ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Katanya, ikhlas ialah ajaran Islam yang tiada dalam fahaman agama lain kerana perkataan itu menyentuh kalbu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, kempen anti rasuah atau apa sahaja tidak akan berjaya sekiranya perasaan ikhlas tidak bertapak di hati seseorang.
"Kerajaan Malaysia sendiri sejak sekian lama telah memerangi rasuah, tetapi sehingga sekarang tidak berakhir sama ada di peringkat kerajaan atau parti.

"Semua yang berlaku kerana tiadanya rasa keikhlasan dalam jiwa apabila melaksanakan tanggungjawab. "Apa yang menjadi keutamaan mereka ialah wang," ujarnya. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri Alias, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco dan pegawai-pegawai kanan lain. Sementara itu, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas mendapat Anugerah Kualiti Darulnaim sempena program berkenaan. Hasil kemenangan itu, pejabat terbabit menerima wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.
Ulasan :
Tahniah saya ucapkan pada Kerajaan Yang Bersih lagi Adil yang berada dibawah pimpinan Tok Guru yang cukup berwibawa. Kadang-kadang cemburu juga bila tengok pentadbiran yang bersih nie Tak tau lah bila negeri hang Tuah nie nak dapat pimpinan yang macam nie.

TINDAKAN TAK SELARI SYARIAT UNDANG PADAH-Malaysiakini

Semalam dipaparkan di media arus perdana berkenaan dengan hukuman bunuh yang dijatuhkan kepada 3 orang yang dituduh sebagai pelaku pengebomam holel JW.Marriot jakarta yang mengorbankan ribuan nyawa yang terdapat di hotel tersebut. Malahan pelbagai kenyataan berbentuk kritikan dan pandangan yang turut dilemparkan kepada pihak pemerintah Indonesia yang telah menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang dituduh.

saya sebagai salah seorang insan biasa, tampil bukanlah untuk menyokong mana-mana pihak tetapi saya ingin menyatakan pendirian bahawa tindakan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan adalah satu tindakan yang biadab dan bertentangan dengan syariat.

Dalam syariat islam ada ke diajarkan kita untuk melakukan kezaliman terutamanya kepada pesalah ?? kalau kita buka kitab -kitab yang dikarang oleh ulama terdahulu, tak satu pun ulama yang menyatakan bahawa hukuman mati yang dihatuhkan oleh orang yang membunuh ialah menembak. Apa yang saya tahu hukuman tembak ini ada lah hukuman yang digunakan oleh orang kafir terhadap orang yang bersalah.

sabda rasulullah SAW dalam satu hadis yang maksudnya lebih kurang begini:
Akan datang pada satu masa nanti, kamu akan mengikut jejak langkah ummat yang terdahulu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta , sedepa demi sedepa hinggakan disuruh masuk ke lubang biawak yang kotor sekalipun kamu akan tetap mengikut mereka. Para sahabat Nabi SAW bertanya siapakah mereka itu wahai Rasulullah ?? Jawab baginda SAW: mereka itulah golongan Yahudi dan orang nasrani.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran dalam surah Al Baqarah :
Tidak akan redha orang-orang yahudi dan Orang nasrani sehingga kamu mengikut agama mereka.

Firman Allah dan juga Sabda Rasulullah SAW yang dinyatakan sebelum ini jelas menunjukkan bahawa jika kita berkelakuan sepertimana yang berlaku sekarang ini maka kita pun 2X5 juga macam mereka. Oleh yang demikian, kita perlulah berhati-hati dengan setiap yang kita lakukan bagi mengelakkan kita berada dalam kelompok golongan yang mendapat kemurkaan dari Allah SWT.

Mesir Yang kaya dengan Piramidnya-Malaysiakini

SAQQARA, Mesir 11 Nov. - Ketua Antikuiti Mesir hari ini mengumumkan penemuan sebuah piramid yang dianggarkan berusia 4,300 tahun di kompleks pemakaman dinasti purba di sini.Menurut Zahi Hawass, piramid berkenaan dipercayai milik Ratu Sesheshet, ibu kepada Raja Teti yang mengasaskan Dinasti ke-6, kerajaan purba Mesir.Piramid itu terletak di Saqqara, kira-kira 19 kilometer ke selatan Kaherah.

Zahi dan pasukannya melakukan kerja-kerja penggalian di tapak itu selama dua tahun dan menurutnya, piramid itu hanya ditemui kira
-kira dua bulan lalu."Kami hanya yakin selepas penggalian selama dua tahun mendapati, binaan setinggi lima meter yang tertanam di bawah pasir itu adalah piramid."Ia merupakan piramid ke-118 yang ditemui di seluruh Mesir setakat ini,'' tegas Zahi.
Ulasan :
Mesir nie memang tak der lain lah .. kalau tak keluar cerita piramid cerita sungai nil. Tapi apa pun yang diperkatakan Mesir meninggalkan sejuta kenangan buat diriku walaupun baru 2 tahun kutinggalkan tapi kenangan berada disana masih lagi bermain-main dalam mimpi dan tidurku. apa nak kata mesir nie bumi anbia, bumi para nabi dan rasul, bumi Ardil Kinanah. Dalam hati ini masih ada lagi hajat nak berziarah dan bertandang ke sana tapi mungkin disebabkan kos tu yang membantutkan niatku untuk menjejakkan kaki kesana. Rasanya lagi seonok tinggal kat sana berbanding dengan tinggal di malaysia. seronok belajar dengan kawan-kawan dan pensyarah disana. Mesir aku akan datang lagi nanti.

Speaker Parlimen suka main tolak-tolak -Malaysiakini

Nak kata selalu ikut persidangan parlimen setiap hari tu tak adalah tapi kadang-kadang bila tengok rasa nak gelak pun ada jugak pasal tengok suasana yang kadang-kadang macam budak sekolah tadika. Ketua Darjah nya pulak Datuk Speaker yang kadang-kadang pun macam bebudak jugak suka main tolak-tolak. kadang ada isu yang menarik yang sepatutnya dibincangkan pun tak dibincangkan ditolak mentah-mentah oleh speaker.
pada pandangan saya, seeloknya sebagai seorang juru cakap di parlimen atau sebagai seorang yang mengendalikan proses perbahasan dan sebagainya yang berkaitan dengan parlimen perlu teliti hal yang demikian. Janganlah di sebabkan kerana banyak pendedahan yang dibuat terhadap pihak kerajaan semuanya ditolak dan tak diterima.
Pihak kerajaan perlu menilai dengan teliti terhadap isu yang dibangkitkan. Contohnya seperti semalam dalam persidangan terdapat isu yang boleh dikatakan panas tetapi ditolak oleh speaker isu mengenai keretakan dan keselamatan hospital . bagi saya ini adalah isu penting yang perlu diberikan perhatian serius oleh pihak speaker untuk membincangkan hal ini dan mengambil tindakan segera. kalau kerja kita buat lambat-lambat keselamatan pun takkan terjamin.
Mengenai isu penahanan RPK (Raja Petra Kamarudin) yang ditahan disebabkan penulisan beliau yang mengaitkan beberapa orang pimpinan negara. Sepatutnya kalau mahkamah dah jatuhkan hukuman penangkapan atau penahanan RPK tidak sah kenapa kita masih lagi nak tegakkan benang yang basah?? kenapa masih lagi kita nak dakwa orang yang tak bersalah sedangkan orang yang bersalah dibiarkan bebas sepanjang masa. Nampak sangat doble standart.Sepatutnya orang yang bersalah ditahan dan diadili bukan orang yang hanya mengemukakan pandangan ditahan dalam lokap.

Tahniah Yb Ustaz Hashim Jasin -Malaysiakini


KANGAR 11 Nov. - Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin hari ini, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang pada mesyuarat ketiga, penggal persidangan pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-12.

Hashim mengangkat sumpah taat setia jawatan itu di hadapan Yang Dipertua DUN, Datuk Yazid Mat di Kompleks DUN di sini.

Upacara itu disaksikan oleh semua barisan 14 ADUN yang bersidang hari ini, sekali gus mengisi jawatan tersebut yang kosong sejak lima bulan lalu.

Pada 24 April lalu, Hashim memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kerusi DUN Sanglang dengan alasan beliau sepatutnya diisytiharkan sebagai calon yang menang.

Bagaimanapun, pada 18 Jun lalu Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan petisyennya atas alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mengisytiharkan beliau sebagai wakil rakyat kerana Seksyen 35(C) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memberi kuasa kepada Mahkamah Pilihan Raya membuat perisytiharan tersebut dimansuhkan pada 2003.

Pada 16 September lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan pelantikan Hashim setelah membuat rayuan dan beliau diisytihar sebagai pemenang yang sah bagi kerusi DUN Sanglang dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Sementara itu, pada sidang yang sama ADUN Chuping, Mansor Jusoh dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis berkuatkuasa hari ini.

Cadangan dibuat untuk mengisi jawatan itu dibuat oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri. Dr. Md. Isa Sabu dan disokong oleh ADUN Pauh, Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail tanpa ada sebarang bantahan.

Isnin, 10 November 2008

Pejuang Perpaduan atau Pejuang perpecahan ??-Malaysiakini

SAJAK BUAT PARA PEJUANG
Aku lihat engkau selalu melaungkan perpaduan
kaum dan bangsa!
Aku dengar engkau selalu sahaja mengingatkan orang
jangan cetuskan perpecahan!
Tapi aku lihat sikap engkau
seolah-olah engkau tidak tahu erti perpaduan
dan tidak faham erti perpecahan

Engkau ajak orang berpadu
gelagat engkau membawa perpecahan
Engkau selalu sahaja berslogan persatuan,
cakap-cakap engkau merenggangkan orang
Engkau tidak fahamkah apa yang engkau cakapkan?!

Seruan engkau aku lihat double standard!
Siapa sebenarnya engkau ini?!
Pejuang perpaduankah,
pejuang perpecahan?

Engkau berlakonkah di pentas kehidupan,
macam orang berlakon di dalam drama
Apakah engkau berlakon
atau itu realiti kehidupan engkau?

Rakyat melihat, orang ramai menilai
Nanti orang ramai kenal siapa sebenarnya engkau
Engkau pelakon?
Engkau pejuang?
Atau engkau petualang?

Berhentilah berslogan,
sebelum orang kenal
Jika orang kenal,
nahas engkau,
engkau akan dipinggirkan orang
atau disingkirkan orang

UMMU WAHIDA

Nak Cinta Pada Siapa ?? - Malaysiakini

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami melayang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dah syatialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqin kan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diriuntuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan 'arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin puting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Sama ada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecildan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindudi syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagimereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa sajayang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Sama ada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

"Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung."

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. Malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, "Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. Tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu."

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: "Jika kau berikan hatimu atau pun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat."

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Sumber:
http://cahayamukmin.blogspot.com/